Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Hari Kekasih tiba! Untuk pasangan yang mahu mencipta momen yang paling romantis dalam suasana yang sangat cozy, MURAI cadangkan kamu untuk ‘Netflix and Chill‘ sahaja di rumah.
Percayalah, tiada cara yang lebih sweet dan romantik daripada marathon filem yang penuh dengan cinta, penuh dengan gelak tawa dan dapat buatkan hati kamu dan si dia berdebar-debar.
Berikut lima filem cadangan MURAI yang sesuai untuk ditonton oleh kamu dan si dia semasa Hari Kekasih nanti!
The Notebook

Kisah cinta antara Noah (Ryan Gosling) dan Allie (Rachel McAdams) yang melawan segala rintangan, termasuklah kelas sosial dan masa dalam perhubungan mereka. Filem klasik ini penuh dengan air mata, janji setia dan sesuai sangat untuk pasangan yang mahu menangis sambil berpeluk!
The Idea of You

Solène (Anne Hathway) iaitu seorang ibu tunggal berusia 40-an telah jatuh cinta dengan seorang penyanyi kumpulan lelaki muda, Hayes (Nicholas Galitzine). Chemistry antara mereka telah membuatkan ramai penonton tidak senang duduk, penuh dengan cerita cinta tanpa mengira usia dan sangat seksi- Psst… Filem ini hanya tersedia di Prime Video!
Crazy, Stupid, Love

Dengan bantuan Jacob (Ryan Gosling), Cal (Steve Carell) yang baru sahaja bercerai, telah belajar semula untuk kembali bercinta. Filem ini penuh dengan kisah cinta kelakar mengenai Cal, anaknya dan orang sekelilingnya yang saling terhubung dalam konflik yang menghiburkan, rumit serta penuh dengan twist.
Sidelined: The QB And Me

Berdasarkan kisah daripada platform Wattpad, iaitu Dallas Bryan (Siena Agudong) seorang penarih yang berusaha gigih untuk dapatkan biasiswa CalArts yang berprestij. Rancangannya tergendala apabila bertembung dan jatuh cinta dengan Drayton Lahey (Noah Beck), seorang quaterback yang sombong.
People We Meet On Vacation

Poppy (Emily Bader) dan Alex (Tom Blyth) adalah sahabat baik yang sering melancong bersama setiap tahun. Apabila persahabatan mereka mula bertukar menjadi perasaan yang tidak dapat dirungkai, kedua-duanya mula dihantui dengan soalan, “Adakah cinta boleh rosakkan persahabatan?”- Psst… Filem ini sesuai untuk pasangan yang sukakan adventure!
Jadi, tunggu apa lagi? Siapkan popcorn, manisan, selimut dan bersedia untuk nikmati filem cadangan MURAI pada Hari Kekasih nanti!






