Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

Tak Sempat Ganti Puasa Sebelum Ramadan 2026?- Ini Cara Bayar Fidyah ‘Online’

by Nurul A.
February 5, 2026
Foto - indonesiaberbagi.id

Foto - indonesiaberbagi.id

51
KONGSIAN
Share on Facebook

Bayaran fidyah adalah wajib kepada mereka yang tidak sempat mengagantikan puasa sebelum tiba Ramadan seterusnya.

Bulan Ramadan untuk tahun ini akan tiba dalam masa lebih kurang dua minggu sahaja lagi. Sebagai persediaan untuk menjalani bulan Ramadan, MURAI yakin golongan wanita kini aktif dalam menggantikan puasa lepas yang ditinggalkan.

Namun jika ada yang rasa tidak sempat untuk ganti sebelum tiba Ramadan berikutnya, kamu diwajibkan untuk membayar denda atau fidyah.

Apa Itu Fidyah?

Untuk makluman semua, fidyah adalah denda atau bayaran dikenakan ke atas individu Islam yang memenuhi syarat wajib puasa tetapi tidak mampu menjalankan puasa wajib atas sebab tertentu.

Bukan itu sahaja, fidyah juga dikenakan kepada individu yang sengaja melewatkan ganti puasa tanpa sebab sah dan individu meninggal dunia sebelum sempat menggantikan puasa.

Kadar Fidyah Mengikut Negeri

Kadar bayaran fidyah tidak sama untuk setiap negeri dan ianya ditetapkan berdasarkan harga semasa beras iaitu secupak beras dianggarkan bersamaan 567.5g dan bernilai RM4 (berdasarkan kadar tahun 1446H).

Kadar fidyah dan pautan pembayarannya secara dalam talian mengikut negeri:

  • Perlis: RM5 [BAYAR SINI]
  • Kedah: RM2/ RM4 [BAYAR SINI]
  • Pulau Pinang: RM1.75 [BAYAR SINI]
  • Perak: RM2.75/ RM4.40/ RM7.45 [BAYAR SINI]
  • Selangor: RM2/ RM4.30/ RM6.30 [BAYAR SINI]
  • Negeri Sembilan: RM1.90 [BAYAR SINI]
  • Melaka: RM2 [BAYAR SINI]
  • Johor: RM1.75/ RM3/ RM5 [BAYAR SINI]
  • Pahang: RM1.75 [BAYAR SINI]
  • Terengganu: RM2.50 [BAYAR SINI]
  • Kelantan: RM2 [BAYAR SINI]
  • Sarawak: RM1.90 [BAYAR SINI]
  • Sabah: RM1.90 [BAYAR SINI]
  • Wilayah Persekutuan: RM4 [BAYAR SINI]
Topik Berkaitan 6 Perkara Yang Kamu Perlukan Sebagai Persediaan Menyambut Bulan Ramadan

Formula Kiraan Fidyah

Untuk tahu jumlah fidyah yang perlu dibayar, kamu boleh menggunakan formula berikut:

  • Jumlah hari tidak berpuasa X Kadar Fidyah Ikut Negeri = Jumlah fidyah yang perlu dibayar

Contoh 1: 

Jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak ganti puasa tersebut sehingga tahun berikutnya, maka pengiraannya adalah:

  • Jumlah hari tak puasa X Jumlah tahun tertinggal x Kadar fidyah ikut negeri = Jumlah fidyah perlu dibayar
  • 3 hari X 1 tahun x RM4 = RM12 (Contoh kiraan)

Contoh 2: 

Jika seseorang meninggalkan puasa selama beberapa tahun, dan negeri tempat tinggal menetapkan fidyah perlu didarab dengan bilangan tahun tertinggal seperti:

  • Jumlah hari tak puasa X Jumlah tahun tertinggal x Kadar fidyah ikut negeri = Jumlah fidyah perlu dibayar
  • 3 hari X 3 tahun x RM4 = RM36

Penting: Jumlah hari wajib diganti akan kekal sama, cuma bayaran fidyah sahaja yang digandakan mengikut bilangan tahun tertinggal.

Individu yang wajib membayar fidyah adalah mereka yang uzur menunaikan puasa wajib, wanita hamil. ibu yang menyusukan anak, orang yang telah meninggal dunia dan mereka yang melambatkan ganti puasa.

Semoga bermanfaat!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
fidyahganti puasa fidyahramadan
Share20Tweet13SendShare

KINI TRENDING

Foto - Le Méridien Putrajaya
Budaya

Le Méridien Putrajaya Rai Musim Kebersamaan Dengan Koleksi Kuih Bulan

by Nurul A.
July 26, 2026

Le Méridien Putrajaya memperkenalkan Koleksi Kuih Bulan Pertengahan Musim Luruh 2026 sempena musim perayaan dan kebersamaan ini. Dihasilkan dengan penuh...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Nora Danish Amin Doa Bos Ned, Netizen Mula Berspekulasi

  2. 2

    4 Fakta Pengiran Raabi’atul Adawiyyah, Menantu Sultan Brunei Yang Ditarik Gelarannya

  3. 3

    Bukan Tipu! 7 Filem Hollywood Ini Lakukan Adegan Seks Yang Nyata

  4. 4

    Ulang Tahun Ke-10, Le Méridien Putrajaya Tawar Penginapan Terpilih & Pengalaman Kulinari

  5. 5

    Kenali 3 Menantu Sultan Brunei Yang Cantik Menawan- 1 Telah Ditarik Semula Gelarannya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara