Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

5 Hal Menarik Mengenai ‘Sawo Matang- Noraniza Idris Special Showcase’

by Phic ARMAN
April 9, 2019
Share on Facebook

Dalam beberapa hari lagi, penyanyi yang mendapat jolokan Ratu Irama Etnik Malaysia, Noraniza Idrisakan mengadakan ‘Showcase’ Istimewa Sawo Matang yang berlangsung di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) pada 12 hingga 14 April ini. Sedikit berbeza dengan Showcase artis yang lain, berikut kami rangkum 5 hal menarik yang boleh anda rasai jika berpeluang menyaksikan Showcase ini.

Sebuah Program Modal Insan

Sawo Matang ~Noraniza Idris Special Showcase” di MATIC Kuala Lumpur adalah sebuah program modal insan yang digarapkan melalui aktiviti bengkel dan persembahan pentas sebagai acara kemuncak. Pengisian persembahannya menterjemahkan sebuah perkampungan budaya Melayu melalui proses peralihan kedatangan pelbagai kaum membentuk satu keunikan dari gaya, bahasa pertuturan, pakaian, gerak tari, nyanyian dan muzik.

Memperkenalkan identiti Malaysia

Persembahan pentas dengan tema kali ini memperkenalkan identiti Malaysia
melalui seni persembahan , sejarah dan warisan dengan cara tersendiri, kreasi dan informatif serta seiring dengan matlamat VMY202

Konsep Pentas Alam Semulajadi

Pentas akan dihiasi dengan taman dan pokok-pokok melambangkan “Malaysian Garden” dan dihiasi dengan prop yang mempunyai elemen 6 etnik Malaysia . Berlatar belakangkan layar L.C.D (sedia ada) yang memaparkan visual-visual sokongan kepada suasana dan konsep persembahan untuk diterjemahkan kepada penonton. Terdapat visual yang dirakamkan lebih awal untuk mendapatkan impak yang meninggalkan kesan mendalam kepada penonton.

Barisan Pemuzik Yang Terhebat

Di atas platform berasingan kiri , kanan dan bahagian hadapan pentas , letaknya kumpulan-kumpulan pemuzik kombo pimpinan Dato’ Indra yang mengiringi artis utama. Di satu sudut tidak jauh dari pemuzik, diletakkan penyanyi-penyanyi koir menghidupkan karakter persembahan menerusi vokal yang disusun mengikut segmen.

Terdiri Dari 8 Segmen

Konsert ini akan terbahagi kepada 8 segmen, pembukaan dan penutupan. Acara pembukaan ini adalah berupa transformasi keunikan budaya 6 kaum terbesar di Malaysia dan punca kedatangan menerusi sejarah yang akan digarapkan menerusi koreografi kreatif, sokongan visual grafik , pakaian, tarian, nyanyian dan teknikal audio dan tata cahaya.

Segmen kedua memperkenalkan bunyian unik dari gabungan kreatif memainkan irama-irama berlainan elemen. Diihiasi tarian dan nyanyian artis utama dan himpuan 100 artis budaya “Malay world Cultural Paradise” . Turut diwarnai persembahan artis baharu seiring dengan konsep.

Segmen penutupan program ini menggabungkan dua vokal tradisional Malaysia dalam acara nyanyian dan persembahan duet Noraniza Idris bersama Azizul Haqiem (Juara program realiti 3 Juara TV3). Persembahan Joget mengakhiri konsert selama 2 jam ini.

SIRI JELAJAH #SAVEIRAMAMALAYSIA

View this post on Instagram

A post shared by Noraniza Idris (@noraniza_idris)

Permulaan yang baik untuk memperkenalkan siri jelajah #saveiramamalaysia dan memperkenalkan program “Malay World Cultural Paradise” (MWCP) bermula Hari Kraf Kebangsaan 2019 melalui program Fleastar Noraniza Idris.

Objektifnya adalah untuk memberi kesedaran mengenai kepentingan ilmu kemahiran bagi menjana pendapatan jangka masa panjang di samping menyemarakkan semangat cinta seni dan budaya di kalangan pelapis. Siri Jelajah ini tidak terhenti di sini sahaja malah kolaborasi ini akan diteruskan ke beberapa lokasi dan aktiviti dalam kalender seri jelajah seperti berikut:

1. Sawo Matang ~ Noraniza Idris Special Showcase [12 hingga 14 April2019 bertempat di MATIC Kuala Lumpur]
2. Fleastar Aidil Fitri [6 Mei hingga 4 Jun 2019 bertempat di Bangi Selangor]
3. Fleastar Merdeka [2 hingga 4 Ogos 2019 bertempat di Bulatan 18 Amanjaya & Casuarina Hotel Ipoh Perak]
4. Farquhar dan Kala Jengking [29, 30 November dan 1 Disember 2019, Teater Kanak-kanak MWCP oleh Pemenang Pertama Sayembara Menulis Teater Kanak-kanak anjuran Dewan Bahasa & Pustaka ]
5. Iktiraf ~Noraniza Idris in Concert (Singapura) [9 November 2019]
6. Jejak Budaya Noraniza Idris [21 Jun hingga 20 Julai 2019] Travelog 13 episod di 13 negeri seluruh Malaysia
7. Akar Kita Zapin 2019 [ 12 hingga 1 4 Oktober 2019 di MATIC Kuala Lumpur ]
8. Malai Solo ~ Noraniza Idris in Concert [2 hingga 4 April 2020 di Istana Budaya Kuala Lumpur]

Untuk tiket-tiket Sawo Matang ~ Noraniza Idris Special Showcase di MATIC Kuala Lumpur berharga RM99, RM119, RM139, RM169 dan RM189 boleh didapati dengan menghubungi Harithmai Production (HMP) di talian 019 339 1445, 018 871 4305 atau (whatsapp) 011 377 00894 atau 018 398 1810.

https://lomp.at/f2a1h
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Korea

Kyuhyun & AHOF Bakal Beraksi Di ‘K-Sarang Super Concert 2026’ Pada 11 April Ini Di Kuala Lumpur!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Gelombang Korea bakal melanda Malaysia dengan lebih hebat menerusi kemunculan sulung K-SARANG SUPER CONCERT 2026, sebuah acara muzik spektakular yang...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Dafi, Ryan Bakery & Farel Prayoga Bersatu Dalam ‘Raya Yay Yay’

by Naddy Joe
March 9, 2026

SEMPENA kehadiran Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, Dafi, Ryan Bakery dan Farel Prayoga muncul dengan lagu raya berjudul...

Read moreDetails
Indonesia

Konsert ‘Senandung Di Kuala Lumpur’ Bakal Gegar Ibu Kota Pada Mei Ini

by Naddy Joe
February 20, 2026

 Peminat muzik berjiwa retro dan jazz-pop bakal disajikan dengan sebuah pengalaman istimewa menerusi konsert “Senandung Ria Di Kuala Lumpur”, anjuran...

Read moreDetails
Musik

Hip Hop Tamizha Gegarkan Stadium Merdeka Dengan Pertunjukan Drone Mega

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Selepas kejayaan besar konsert U1 sebelum ini, Don’t Run Away Asia (DRA) sekali lagi membuktikan kemampuan mereka sebagai penganjur konsert...

Read moreDetails
Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara