Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Selera

5 Jenis Bahan Yang Boleh Menggantikan Santan Dalam Masakan Seharian!

by Aphit J.
November 15, 2020
via Vegan sandra

via Vegan sandra

13
KONGSIAN
Share on Facebook

Santan adalah salah satu bahan masakan wajib bagi rakyat Malaysia. Pelbagai jenis hidangan tradisi kebanyakannya menggunakan santan sebagai bahan utama. Bermula dari penyediaan kuih muih hinggalah ke sajian lauk pauk. Menurut Detik Food, anda boleh menggantikan santan dengan beberapa senarai di bawah sebagai alternatifnya.

Serbuk Krimer

via My Life

Anda boleh menggantikan santan dengan serbuk krimer dengan cara bancuh 5 sudu makan krimer dengan 1 cawan air. Ubah suai kepekatan bergantung pada masakan anda. Memang mudah dan sedap. Sesuai digunakan dalam masakan kari, kurma dan rendang.

Campuran Krim Rendah Lemak Dan Susu

via 2bestronger

Anda juga boleh menggunakan krim dan susu dangan cara sukatan 1 cawan santan, gantikan dengan 1/2 cawan krim rendah lemak dan 1/2 cawan susu.

Kacau rata dan kisar seketika supaya sebati. Campuran krim dan susu ini hanya memberikan rasa berkrim sahaja dan sesuai digunakan untuk buat manisan.

Whipping dan Cooking Cream

via Vegan sandra

Anda juga boleh menggunakan krim putar (whipped cream) atau krim masakan dalam hidangan bersantan. Biasanya bahan-bahan ini digunakan untuk membuat sos sajian barat seperti pasta.

Menurut Detik Food, bahan ini boleh juga digunakan sebagai bahan ganti kepada santan untuk masakan Melayu. Rasanya tetap enak dan sangat mudah digunakan.

Susu Badam

via Makassarinside

Rendam 1 cawan badam semalaman. Kemudian kisar dengan air suam atau susu. Jika mahukan tekstur susu yang pekat, lebihkan jumlah badam. Tapis sebelum digunakan ke dalam masakan. Susu badam ini sesuai digunakan dalam masakan kari dan gulai.

Yogurt

via Medical News Today

Menurut Detik Food, untuk menghasilkan masakan seakan bersantan yang enak, anda juga boleh menggunakan yogurt tanpa perisa. Selain menyedapkan masakan, hidangan yang dihasilkan juga lebih sihat dan rendah kalori.

Masukkan yogurt ke dalam pengisar dan tambah sedikit kuah masakan. Kisar seketika dan barulah dituang ke dalam masakan.

Jadi selepas ini anda tidak perlu risau sekiranya santan habis di rumah ataupun di kedai. Gunakan bahan-bahan di atas sebagai ganti kepada santan!

cadangan masakanmasakan bersantanpengganti santanpetua masakan
https://lomp.at/h5g3h
Share5Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Foto - Secret Recipe
Selera

Rasa Coklat Lebih Kaya, Secret Recipe Perkenal Kek Indulgence Coklat Baharu!

by Nurul A.
May 12, 2026

Nikmati pengalaman coklat yang lebih kaya dengan ciptaan terbaru Secret Recipe, Kek Indulgence Coklat Gelap. Variasi baharu kegemaran ramai ini...

Read moreDetails
Foto - Inside Scoop
Selera

“Rasa-Rasa Malaysia”- Sertai Inside Scoop Untuk Terokai Citarasa Tempatan

by Nurul A.
April 4, 2026

Sempena meraikan Tahun Melawat Malaysia 2026, jenama aiskrim Inside Scoop, telah melancarkan koleksi “Rasa-Rasa Malaysia”. Setiap perisa diinspirasikan daripada ramuan...

Read moreDetails
Foto - Luckin Coffee Malaysia
Selera

Luckin Coffee Malaysia X Bear Boss Buddies Lancar ‘Escape Into Grape Fantasy’- “Kutip 3 Plushie Comel!”

by Nurul A.
May 14, 2026

Untuk menceriakan momen kebersamaan dan persahabatan, Luckin Coffee Malaysia berkolaborasi bersama Bear Boss Buddies menerusi kempen “Escape into Grape Fantasy”....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Rahsia Lantai Bersih Orang India ‘Level Cermin’ Trending Di Threads, Rupanya Ini Rahsia Sebenar!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara