Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

5 Fesyen Terbaru Bertudung Yang Sangat Luar Biasa

by Phic ARMAN
December 27, 2016
Share on Facebook

Kini hijab menjadi salah satu fesyen yang sangat diminati oleh masyarakat dengan pelbagai rupa dan rekaan, apalagi dengan merebaknya tutorial hijab dengan berbagai model, dan yang penting adalah hijab merupakan tren di zaman ini. Banyak yang berlumba-lumba untuk mempercantik diri dengan memakai hijab.

Mungkin bagi lelaki atau si suami di luar sana masih buntu dengan perkembangan pelbagai jenis rekaan pada masa kini. Berikut merupakan antara jenis Hijab yang menjadi viral di media sosial.

Hijab Punk Muslimah

Setiap wanita mempunyai minat yang berbeza. Bagi yang berjiwa rock dan punk, tudung jenis ini sesuai untuk mereka. Gaya pemakaian tudung sebegini memberi sedikit emosi ganas dan berani walaupun sebenarnya jiwanya lembut. Tidak sesuai di pakai pada majlis-majlis keramaian seperti Majlis Akikah dan Kenduri Doa Selamat.

tudung1
xlupa.com

Hijab Elak Di Simbah Asid

Ini merupakan jenama hijab keluaran Nora Danish yang dinamakan OwlbyND. Gaya terbaharu tudung keluarannya yang dikenali sebagai Owl Ezip menjadi perbualan ramai kerana rekaannya yang disifatkan ramai sebagai pelik. Rekaan Owl Ezip boleh dizip di bahagian tengah wajah.

tudung5

Difahamkan rekaan ini dapat mengurangkan kes wanita disimbah asid. Dengan hanya menggunakan zip, wajah wanita dapat dilindungi dari bahaya asid.

Hijab Payung 

Hijab ini nampak menarik kerana warna yang sangat ceria. Ini merupakan fesyen tudung terbaru ciptaan penyanyi dan komposer lagu, Melly Goeslow. Idea tudung ini seolah-olah seperti payung dalam posisi terbalik. Kini hujan lebat tidak menjadi masalah.

Topik Berkaitan “Malu Nak Jerit, Tapi Sakit Level Dewa”- Detik Bersalin Seorang Ibu Buat Ramai Wanita ‘Relate Teruk'

tudung2

Hijab Lena Di Ulit Mimpi

Rekaan kreatif tudung ini memberikan kelebihan kepada si pemakai yang sering menghabiskan masa yang lama sepanjang waktu pergi dan pulang dari tempat kerja. Umpamanya semasa berada di dalam komuter, kerana tudung ini dilengkapi bantal untuk dijadikan alas kepala.

Difahamkan rekaan ini mampu melindungi kepala dari terkepit pada pintu keretapi. Pada masa yang sama ia mampu mengurangkan risiko kecederaan jika di baling batu.

tudung3

Hijab Mengingati Kematian

Rekaan tudung seperti ini agak mirip dengan penyediaan kain kafan bagi menguruskan jenazah. Jadi ia dapat menyedarkan diri pada pemakai tentang kematian. Dengan ini si pemakai merasa lebih insaf dan bertaubat lebih awal. Jenis material bagi rekaan ini tidak semestinya dari fabrik yang mahal kerana kain kafan juga mampu menjanjikan kelainan pada rekaan ini. Kerana jenis kain ini lebih lembut dan mudah untuk ditemui.

tudung4

Pemilihan hijab bergantung pada individu agar mereka nampak anggun dan trendy. Artikel ini hanya sekadar hiburan dan pendapat peribadi sahaja, dan tiada niat untuk mempersendakan mana-mana pihak.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
hijabtudungwanita
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Rumah Landed Pun Ada ‘Rules’? Ini Pengajaran Daripada Kes Jenazah Dihalang Masuk Arahsia Residences

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara