Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Bisnes Bajet

5 Kesalahan Kewangan Anak Muda Yang Patut Elakkan

by Haz Haan
December 6, 2022
Share on Facebook

Menurut laporan kajian Bank Negara Malaysia (BNM), 75 peratus daripada rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan sebanyak RM1,000 dalam akaun kecemasan mereka. Keadaan ini sebenarnya sangat membimbangkan untuk menghadapi cabaran mendatang yang tidak diduga  terutama di hari tua kelak.

Bagaimanapun, terdapat pelbagai cara pengurusan wang dikongsi pakar-pakar kewangan yang boleh diikuti. Menurut sumber dari Tiktok iaitu Mohd Asri  iaitu Investment Coach di TikTok, dia memaparkan 5 kesalahan yang selalu anak muda yang melibatkan kewangan.

@hj.mohdasri

Menyesal! #saham #tipsSaham #tipsKewangan #anakmuda #kewangan #kewanganbijak #kewangananakmuda #tiktokguru #fyp #inistylekita

♬ Tiba-Tiba Speed Up – liriklaguツ

1.Belanja Tak Ingat Dunia

Via Ultranet Technologies

Apabila dapat sahaja duit gaji, macam-macam dalam kepala nak beli apa, apa yang teringin, apa yang perlu dibeli. Namun, pastikan anda utamakan keperluan berbanding kehendak diri. Perbelanjaan perlulah diurusakan dengan baik agar tidak memberi masalah serius kepada kewangan anda pada hari mendatang.

2.Beban Hutang Menimbun

Via Ilmu Alam

Selepas sahaja masuk alam perkerjaan, pelbagai pekara perlu dibayar misalnya, PTPTN, kereta, rumah dan barang keperluan. Untuk mengelakkan anda dibebani hutang yang lebih banyak, elakkan daripada membeli barang mempunyai hutang dan tidak berkeperluan terutama melibatkan kad kredit. Dengan beban hutang yang sedia ada , anda boleh menyimpan duit lebihan untuk pekara yang lebih berfaedah.

3.Melabur Di Tempat Salah

Via KWSP

Melabur adalah kaedah yang bagus untuk merancang kewangan masa depan, tetapi anda perlulah gali ilmu pelaburan terlebih dahulu. Misalnya melabur di ASB kerana ia merupakan  kaedah pelaburan yang baik, rendah risikonya dan dapat memberikan pulangan setiap tahun Jika anda melabur tanpa ilmu dan mudah termakan ajakan kawan atau insentif pelaburan yang tidak telus, dikhuatiri duit anda pula melabur tanpa sebarang pulangan.

4. Tiada Polisi Perlindungan

Via DSLA Law Firm

Golongan muda biasanya akan skip pengambilan polisi takaful. Alasannya adalah kerana kononnya diri masih muda dan jarang ditimpa penyakit. Bagi perlindungan insurans kesihatan atau insurans nyawa, anda perlu mendapatkannya seawal mungkin. Jangan pula, sudah ditimpa sakit, baru terkial-kial mencari duit. Ini kerana, harga premium insurans akan menjadi semakin mahal jika usia anda semakin meningkat kerana mengambil kira risiko keperluan tuntutan anda yang lebih tinggi

5. Tidak Menyimpan

Via PA&MA

Biasanya, ramai dalam kalangan generasi muda yang baru mula bekerja tidak mempunyai kesedaran untuk menyimpan dan membelanjakan semua wang gaji dengan boros atas alasan waktu muda merupakan masa yang sesuai untuk enjoy dan berbelanja. Namun, harus beringat, kita tidak tahu apa akan jadi pada masa hadapan. Wajib ada wang kecemasan agar tidak menyesal suatu hari nanti.

Oleh itu, anak-anak muda perlu cakna dengan aspek-aspek ini agar tidak terjerat dengan diri sediri kerana alpa dengan situasi sekarang yang ketika ini mengalami kemeseletan ekomoni yang agak teruk.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Tip kewangan
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara