• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

5 Kisah Kehilangan Orang Terkenal Yang Sangat Misteri, No.3 Paling Menyeramkan!

by Soph Azz
July 11, 2021
Foto - Britannica / Pea Body

Foto - Britannica / Pea Body

Share on Facebook

Kehilangan orang terkenal secara misteri dan tiada penyebab yang kukuh akan menimbulkan keraguan serta tanda tanya dalam masyarakat. Pada masa yang sama pelbagai teori konspirasi yang akan muncul bagi menjelaskanapa yang berlaku sebenarnya.

Sama seperti 5 orang terkenal ini, kisah kehilangan mereka sangat misteri dan menyeramkan. Untuk cerita keseluruhannya, baca perkongsian di baca.

Antoine de Saint-Exupery 

Terkenal sebagai penulis, penyair dan juruterbang profesional Perancis, Antoine telah mengemudikan pesawat milik syarikat penerbangan Perancis pada tahun 1944.

Foto – Los Angeles Time

Antoine yang sepatutnya melakukan tembakan udara di Alps pada ketika itu, tidak pernah kembali ke lapangan dan dinyatakan hilang. Setelah beberapa dekad, banyak teori mistik timbul. Ada yang mengatakan, gelang yang tercetak nama pengarang dan isterinya dijumpai di Laut Mediterranean.

Pada tahun 2000, seorang penyelam melaporkan ada sebuah kapal karam di dasar laut di mana gelang itu dijumpai. Kemudian para penyelidik menghubungi Horst Ripper iaitu juruterbang Jerman yang menembak jatuh pesawat Antoine.

Foto – Sand Box Times

Menurut Horst, dia pernah melihat kapal terbang tersebut dan memutuskan untuk menyerangnya. Dia melihat kapal tersebut jatuh dan tidak tahu siapa juruterbangnya ketika itu.

Amelia Earhart 

Amelia Earhart merupakan seorang perintis juruterbang dan penulis. Dia juga telah menjadi juruterbang wanita pertama yang menyeberangi Lautan Atlantik pada tahun 1928.

Foto – WIkipedia

Pada tahun 1937, Amelia memutuskan untuk melakukan lawatan dunia dengan navigator, Fred Noonan. Pada mulanya, dia berjaya menerbangkan pesawat dari Lae, Papua New Guinea ke Pulau Howland. Mereka perlu menerbang sejauh 11.000 km sebelum mencapai sasaran terakhir iaitu Pasifik.

Beberapa ketika selepas itu, pesawat Amelia dilaporkan hilang. Menurut pakar ia mungkin disebabkan oleh cuaca yang sangat buruk, kehabisan gas dan radio tidak berfungsi dengan baik. Pencarian bangai kapal dan mayat berlanjutan lebih daripada 2 minggu tetapi tiada hasil.

Foto – Britannica

Muncul teori mengatakan orang Jepun telah menculiknya. Tetapi seorang penyelidik dari Tennessee University berpendapat rangka manusia dijumpai pada tahun 1940 berkemungkinan besar adalah Amelia.

Michael Rockefeller

Micahel Rockfeller merupakan anak kelima jutawan terkenal Nelson Rockefeller. Mempunyai minat dalam bidang sejarah dan antropologi, dia memutuskan untuk menjadi saintis di Universiti Oxford.

Foto – Grunge

Pada musim gugur 1961, Michael telah melakukan ekspedisi ke Papua New Guinea dengan seorang etnografer Belanda, Rene Wassing. Diiringi 2 pemandu, mereka melakukan lawatan ke kawasan tempat tinggal penduduk tempatan dan melakukan sistem barter.

Berjaya mengumpul apa koleksi unik yang dicari, Michael menyatakan hasratnya untuk pergi ke daerah Suku Asmat yang dikenali sebagai kanibal. Ketika dalam perjalanan ke sana, perahu yang dinaiki terbalik dan semua ahli kumpulannya berenang untuk ke daratan tetapi Michael terus berenang ke daerah tersebut.

Foto – Pea Body

Selepas itu dia tidak pernah kembali. Banyak orang berpendapat Michael mungkin lemas atau dimakan buaya. Tetapi ada juga berpendapat dia ditangkap oleh Suku Asmat, dibunuh dan dimakan oleh mereka.

Richey Edwards 

Merupakan pemuzik Inggeris dan pemain gitar rock alternatif, Manic Street Preacher yang terkenal pada tahun 90-an. Richey dilaporkan menderita penyakit anoreksia dan kemurungan.

Foto – NME

Pada tahun 1995, kumpulan ini perlu pergi ke Amerika Syarikat dan Richey tidak memunculkan diri. Pengurusnya menghubungi hotel yang Richey menginap dan dilaporkan tiada di sana. Malah Richey juga memberitahu kakitangan hotel bahaya dia akan bertemu dengan kumpulannya di lapangan terbang.

Kumpulannya mencari lokasi sebenar Richey tetapi tiada siapa yang berjaya. Ada yang mengatakan mereka ternampak Richey di tempat-tempat pelik seperti tempat teksi di Newport, Wales dan di stesen di Severn View, England.

Foto – The Jurusalem Post

Setelah mencari selama lebih 10 tahun, Richey dikatakan telah meninggal pada 23 November 2009.

Oscar Zeta Acosta 

Lebih dikenali sebagai Oscar, dia merupakan seorang pengacara, penulis dan aktivis Amerika. Pada tahun 1974, Oscar dilaporkan hilang secara misteri ketika dalam perjalanan ke Mexico. Pada bulan Mei tahun yang sama, dia memberitahu anaknya yang dia akan menaiki kapal yang dipenuhi dengan salji putih.

Foto – LA Taco

Beberapa khabar angin mula muncul seperti Oscar masih hidup dan bersembunyi di Miami. Tetapi selepas beberapa ketika, rakan karibnya, Hunter Thompson menulis berita kematiannya. Menurut Hunter, Oscar mempunyai masalah ketagihan dadah.

Foto – The Sacramento Bee

Memang misteri dan menyeramkan bila membaca kisah-kisah kehilangan orang terkenal ini. Cuba kongsikan dengan Murai MY, kisah misteri popular apakah yang pernah kamu dengar.

amelia earhartantoine de saint-exuperymichael rockfelleroscar zeta acostarichey edwards
https://lomp.at/dajum
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Personaliti

Wajah Ibunda Tengku Amir Shah Dalam Majalah Lama Buat Netizen Terpukau

by Phic ARMAN
August 1, 2025

Bila bercakap pasal kerabat diraja, selalunya yang kita nampak sekarang adalah sisi moden, elegan dan penuh protokol. Tapi baru-baru ini,...

Read moreDetails
Personaliti

Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

by Phic ARMAN
March 7, 2023

Baru-baru ini di laman TikTok, MURAI MY tertarik melihat video yang dimuatnaik oleh Dato’ Mohd Nazifuddin Najib atau lebih mesra...

Read moreDetails
Lokal

Tengku Salehuddin Terkilan Dengan Sikap Bekas Isteri, Minta Kembalikan Anak Semula Ke Malaysia

by Jash Lee
February 16, 2023

Baru-baru ini tular di media sosial, Instagram peribadi milik Tengku Indera Bijaya Diraja, Tengku Salehuddin Shah Alhaj atau lebih dikenali...

Read moreDetails
Personaliti

[VIDEO] Seorang Peninju, Kenali 4 Fakta Tentang Tengku Eddie Yang Didakwa Cederakan Pekerja

by Phic ARMAN
November 7, 2024

Tengku Eddie Akasya Tengku Abd Rahman, seorang individu yang kini menjadi perhatian ramai selepas didakwa mencederakan seorang pekerja, adalah anak...

Read moreDetails
Foto - @heygirlonline (IG)
Personaliti

Muncul Personaliti Baharu, Pakar Jelas “Otrovert” Bukan Introvert-Ekstrovert Tapi…

by Nurul A.
December 19, 2025

Sehingga ke hari ini, beberapa kajian personaliti secara umumnya telah membahagikan manusia kepada tiga kategori iaitu introvert, ekstrovert dan juga...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  3. 3

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  4. 4

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  5. 5

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore