Sunday, August 3, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

5 Lagu Spotify Yang Terbaik Di Malaysia 2022, Lagu Nombor 3 Pasti Semua Tahu!

by Rory Kim
December 22, 2022
38
KONGSIAN
Share on Facebook

5 Lagu Hits Spotifiy Yang Terbaik Di Malaysia 2022

Salah satu cara untuk meluahkan rasa yang terbuku dihati adalah dengan melalui lagu. Lagu yang dinyanyikan mempunyai kisah dan maksud tersirat yang mana hanya individu yang betul-betul menghayati setiap bait-bait lirik yang akan memahami apa yang cuba disampaikan. Disini kami senaraikan 5 lagu Spotify yang paling hits di Malaysia tahun 2022.

1)Tertawan Hati- Awdella

“Tertawan Hati” merupakan lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi dari Surabaya, Awdella. Lagu viral di media sosial Tiktok ini merupakan single keduanya. Sebelum ini Awdella mengeluarkan single berjudul “Amin Kita Beda”. “Tertawan Hati” sendiri mengisahkan tentang situasi dalam perhubungan yang salah iaitu ingin bertahan tetapi terlalu penat dengan pasangan, tetapi tidak mampu untuk hidup sendiri.

2) Rumah Singgah- Fabio Asher

Rumah Singgah merupakan sebuah lagu yang kandungannya sangat mengagumkan baik dari segi gubahan muzik mahupun petikan lirik dan vokal telah diterjemahkan oleh penyanyi bernama Fabio Asher dari Indonesia. Rumah Singgah memberi makna atau perlambangan agar kita tidak mudah membiarkan hati yang masih ragu-ragu kerana kadangkala, kehadiran kita mungkin tidak benar-benar dihargai oleh orang yang kita harapkan. Lagu ciptaan Fabio dan Trakast ini merupakan single kedua Fabio selepas keluaran single pertama Bertahan Terluka.

3) Swipe- ALYPH

Lagu Swipe merupakan lagu nyanyian Alyph bersama Dato Seri Vida. Alyph atau Alif Abdullah ni Singaporean rapper dan dah lama dalam industri sebagai komposer di bawah Magic Potions. Kali ni Alyph muncul dengan single baru dan berkolaborasi bersama Dato Seri Vida dalam lagu berjudul SWIPE yang sememangnya sudah trending kat aplikasi TikTok. Kat reel instagram pun sama, masing-masing pakai lagu ni.

4) Satu Malam Di Temasek- Jow Flizzow, SonaOne

Satu Malam Di Temasek adalah karya yang sarat dengan lirik penuh kiasan dan sindiran hasil ciptaan dan nyanyian Jow Flizzow dan sonaOne. Lagu ini adalah karya bercerita mengenai Jow Flizzow yang mana daripada budak nakal hingga melalui fasa perkahwinan seperti situasi hari ini. Ia juga satu bentuk nasihat untuk diri sendiri. Single Satu Malam Di Temasek mengingatkan diri bahawa dunia itu hanya sementara.

5) Sempurna- Insomnicks

Sempurna nyanyian kumpulan Insomniacks yang menggabungkan elemen lirik bahasa Inggeris dan juga penggunaan puitis bahasa Melayu. Melodi lagu ini membelai jiwa dengan cukup dalam dan lagu ini bukan sahaja ditujukan kepada pasangan kekasih yang telah kehilangan cinta kepada orang lain, ia juga boleh digunakan jika ada yang merindui ibu yang sudah tiada dan secara tidak langsung ia akan membuat kita mengalirkan air mata.

Sekadar info, Spotify ialah penyedia perkhidmatan penstriman audio dan media Sweden proprietari yang diasaskan pada 23 April 2006 oleh Daniel Ek dan Martin Lorentzon. Ia adalah salah satu penyedia perkhidmatan penstriman muzik terbesar, dengan lebih 456 juta pengguna aktif bulanan, termasuk 195 juta pelanggan berbayar, pada September 2022.

spotify
Share15Tweet10SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  3. 3

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    Ini Cara Guna RM100 SARA Sebelum 31 Disember. Jangan Terlepas!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem