Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

5 Lokasi Pendakian Mudah Yang Menjanjikan Pemandangan Memukau

by Aphit J.
July 5, 2020
via Flickr

via Flickr

Share on Facebook

Ramai yang berpendapat bahawa mendaki memerlukan tenaga yang banyak. Tetapi sedarkah anda bahawa terdapat beberapa lokasi pendakian di Malaysia yang mudah malah menjanjikan pemandangan yang pasti memukau.

Berikut adalah 5 lokasi pendakian yang pasti menjanjikan pemandangan yang menarik untuk anda yang bergelar beginner.

Gunung Pulai, Johor

via Travelled Path

Gunung Pulai seringkali menjadi pilihan para pendaki yang baru berjinak-jinak dalam dunia pendakian. Di sini anda akan terpegun dengan keindahan sepanjang menuju ke puncak di mana anda akan disajikan dengan air terjun dan deruan sungai sepanjang perjalanan anda.

Bukit Panorama, Pahang

via Live Openly

Bagi anda yang suka melihat sunrise, Bukit Panorama adalah pilihan terbaik. Pendakian yang mengambil masa kurang dari sejam ini ada menyediakan kawasan rehat bagi yang ingin berehat sebentar sepanjang perjalanan. Untuk anda yang ingin melihat sunrise, sebaiknya anda memulakan pendakian seawal 5:30 pagi.

Hutan Mossy, Pahang

via Travel Way

Suhu yang sejuk dan lembab di Cameron Highlands telah menghasilkan pembetukkan lumut sepanjang hutan. Menariknya di sini, anda dapat merasakan pengalaman pendakian yang cukup berbeza di mana anda dapat melihat kesuburan lumut yang menghijau dan kabus sepanjang pendakian.

Gunung Baling, Kedah

via Says

Ada yang mengatakan bahawa Gunung Baling kelihatan seperti lokasi pemandangan di dalam filem Lord of the Rings. Sekiranya anda merupakan beginner, disarankan untuk pergi dengan pendaki yang berpengalaman kerana pada mula pendakian, laluan di sini agak curam. Tatapi percayalah, hasilnya nanti pasti memuaskan.

Bukit Broga, Selangor

via Flickr

Untuk anda yang berada di Kuala Lumpur, Bukit Broga merupakan pilihan yang tepat untuk mendapatkan udara segar. Di sini para pendaki dijanjikan pemandangan yang subur menghijau. Bukit Broga juga merupakan pilihan pendaki yang ingin melihat sunrise.

Jadi untuk anda yang baru berjinak-jinak dalam pendakian dan mahu melihat pemandangan indah dari atas bukit, senarai di atas adalah pilihan yang tepat untuk anda.

bukit brogabukit mudah di Malaysiabukit panoramagunung balinggunung pulailaluan pendakianmossy forestpendakian mudah
https://lomp.at/6q6jt
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Destinasi

Buffet Ramadan Di LEGOLAND Hotel Hidang Lebih 200 Menu Pikat Seisi Keluarga

by Ayu Kamaruddin
January 29, 2026

Bila sebut buffet Ramadan, kebiasaannya orang akan cari yang lengkap, selesa dan sesuai untuk seisi keluarga. Menariknya tahun ini, LEGOLAND...

Read moreDetails
Foto - redBus
Destinasi

Hari Wanita Antarabangsa: 5 Idea Percutian Solo Untuk Kamu Yang Sukakan ‘Adventure’!

by Nurul A.
March 7, 2026

Perjalanan solo bagi wanita kini bukan sekadar hashtag menarik di Instagram, ia telah menjadi satu gerakan yang mencerminkan peralihan yang...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Peluang Emas Naik Disney Cruise Bersama Shah Rukh Khan

by Phic ARMAN
February 2, 2026

Kalau anda peminat Disney, ini berita panas dari laut! Disney Cruise Line baru saja umumkan satu pengalaman baharu yang super...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Kenapa Vietjet Air Dipilih Jadi Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia 2026?

by Phic ARMAN
March 24, 2026

Vietjet Air sekali lagi buat gegar dunia penerbangan bila dinobatkan sebagai World’s Best Ultra Low-Cost Carrier 2026 di Airline Excellence...

Read moreDetails
Hotel

Tak Payah Terbang! Rasa Yogyakarta Datang Terus Ke Penang Marriott Hotel

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Ada satu benda MURAI percaya… kalau bau rempah dah sampai dulu sebelum kita nampak makanan, confirm malam itu tak akan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

  5. 5

    “Naik Kereta Ni Tak Terasa Seperti Bruce Wayne, Tapi Rasa Macam Putera Mateen”-Ujar Alif Satar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara