Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

5 Pesanan Eriyca Baiduri Yang Semua Usahawan Wanita Kena Tahu- ‘Jangan Syok Sendiri’

by Phic ARMAN
December 18, 2025
15
KONGSIAN
Share on Facebook

Dalam dunia perniagaan yang penuh cabaran, pengasas jenama kecantikan tempatan NOIR, Eriyca Baiduri atau lebih dikenali sebagai Madammu, berkongsi realiti yang jarang diperkatakan secara terbuka emosi wanita sering menjadi punca bisnes jatuh tanpa disedari.

Berucap sempena majlis pelancaran Flagship Store pertama NOIR di Pavilion Bukit Jalil, Madammu tampil jujur memberi nasihat, khususnya buat wanita yang bergelar isteri, ibu dan usahawan serentak.

Ini 5 pesanan penting Madammu yang wajar dijadikan pegangan.

1. Emosi Tak Dijaga, Bisnes Boleh ‘Tumbang’

Bagi Madammu, antara kesilapan terbesar wanita dalam perniagaan ialah gagal mengawal emosi, hingga menjejaskan prestasi jualan dan keputusan penting.

“Ramai wanita kalah dengan emosi. Kalah dengan masalah rumah tangga, kalah dengan perasaan sendiri,” ujarnya jujur.

Beliau turut berkongsi pengalaman melihat sendiri ejen yang sedang membuat jualan, namun emosi terganggu akibat konflik peribadi hingga jualan terus merosot.

“Emosi ini sangat bahaya dalam bisnes. Bila emosi jatuh, fokus hilang,” katanya.

2. Sayang Diri Sendiri Dulu, Baru Boleh Pergi Jauh

Madammu menegaskan, wanita perlu belajar meletakkan diri sendiri sebagai keutamaan, termasuk menjaga mental dan emosi.

“Kita kena jaga emosi, kena sayang diri sendiri dulu. Saya pun dulu beremosi, tapi kita kena belajar lawan dan betulkan mindset,” katanya.

Menurutnya, memilih circle yang betul juga penting kerana persekitaran yang toksik boleh melemahkan semangat dan keyakinan diri dalam berniaga.

3. Jangan ‘Syok Sendiri’, Bisnes Kena Realistik

Dalam membina perniagaan, Madammu mengingatkan agar usahawan tidak terlalu selesa atau ‘syok sendiri’, sebaliknya sentiasa berpijak pada realiti pasaran.

“Kejayaan bukan datang sebab kita rasa selesa. Ia kena ikut keperluan pasaran dan kepercayaan pengguna,” katanya.

Beliau percaya bisnes yang bertahan lama ialah bisnes yang sanggup berubah dan mendengar kehendak pelanggan.

4. Faham ‘Game’ Zaman Sekarang, Walaupun Lambat

Mengulas cabaran era digital, Madammu mengakui tidak semua platform mudah difahami — termasuk TikTok.

“Saya pun lambat faham game TikTok. Tapi lama-lama saya sedar, kita kena faham di mana kita berada,” katanya.

Menurut beliau, hari ini pemilik jenama besar juga sanggup ‘turun padang’ dan mempromosikan produk sendiri demi memastikan jenama terus relevan dan diingati.

5. Kejayaan Bukan Populariti, Tapi Angka Yang Mengubah Hidup

Bagi Madammu, ukuran kejayaan sebenar bukan sekadar populariti, tetapi angka yang mampu memberi impak kepada kehidupan orang lain.

“Saya kejar angka kerana angka adalah impak. Bila ada angka, kita boleh ubah kehidupan orang lain,” katanya.

Beliau berkongsi kisah ejen NOIR yang suatu ketika hanya berpendapatan RM1,000 hingga RM2,000, kini mampu mencatat jualan jutaan ringgit.

“Itu kepuasan sebenar,” tambahnya.

NOIR Melangkah Ke Fasa Baharu

Pelancaran Flagship Store pertama NOIR di Pavilion Bukit Jalil menandakan fasa baharu jenama tempatan itu selepas lebih 10 tahun membina empayar secara digital dan melalui pembangunan usahawan wanita.

Menurut Madammu, pembukaan kedai fizikal ini adalah sebahagian strategi jangka panjang termasuk persediaan awal ke arah penyenaraian awam (IPO).

“Kami mahu kukuhkan pasaran tempatan dulu. Bila lokal kukuh, jenama akan nampak besar di negara sendiri,” katanya.

Mengintai 2026, NOIR menyasarkan pertumbuhan lebih agresif dengan sasaran jualan RM30 hingga RM50 juta setahun, dan RM100 juta pada tahun hadapan.

eriyca baiduri
https://lomp.at/axwes
Share6Tweet4SendShare

KINI TRENDING

Foto - masjidsrisendayanofficial (FB)
Islamik

Solat Fardu Boleh Qada’ Ketika Solat Terawih?- Ini Cara Senang & Mudah Nak Faham!

by Nurul A.
February 26, 2026

Ganti (Qada') solat fardu ketika solat terawih? Boleh ke? Tak dinafikan bila tibanya bulan Ramadan, ramai yang berlumba-lumba untuk mengumpul...

Read moreDetails
Budaya

Ramalan Baju Raya 2026: Dua Warna Ini Bakal Trending! Siap Menggoda Mata Tahun Ini

by Phic ARMAN
January 26, 2026

Syawal 2026 semakin menghampiri, dan bagi peminat fesyen Raya, soal warna baju pasti menjadi topik hangat. Ramalan dari pengusaha fesyen...

Read moreDetails
Hotel

Tak Payah Terbang! Rasa Yogyakarta Datang Terus Ke Penang Marriott Hotel

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Ada satu benda MURAI percaya… kalau bau rempah dah sampai dulu sebelum kita nampak makanan, confirm malam itu tak akan...

Read moreDetails
Personaliti

YDPA Sultan Ibrahim Gering Akibat Kesakitan ‘Muscoluskeletal’

by Naddy Joe
February 27, 2026

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dilaporkan kini sedang gering akibat kesakitan muscoluskeletal yang melibatkan bahagian otot dan tulang belakang serta...

Read moreDetails
LifeXplore

Baru Dibuka! Oakwood Cameron Highlands Tawar Keselesaan Moden & Permandangan Indah

by Phic ARMAN
March 14, 2026

Baru-baru ini MURAI ada peluang untuk mengunjungi Oakwood Cameron Highlands, hartanah terbaru jenama Oakwood di Malaysia yang diuruskan oleh The...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara