Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Selera

5 Petua Untuk Pastikan Ikan Bilis Yang Digoreng Menjadi Rangup

by Aphit J.
October 25, 2020
via Asian Inspirations

via Asian Inspirations

11
KONGSIAN
Share on Facebook

Ikan bilis seringkali digunakan dalam masakan seharian. Daripada sambal, sehinggalah masakan yang berkuah. Kita seringkali menghadapi masalah apabila ikan bilis yang digoreng menjadi lembik serta liat dan berikut adalah 5 petua untuk pastikan ikan bilis menjadi rangup.

Keringkan Ikan Bilis Sepenuhnya

via Flickr

Sebaiknya basuhlah ikan bilis anda lebih awal untuk mengelakkan ikan bilis yang akn digoreng menjadi lembab dan basah. Selepas membasuh ikan bilis, pastikan ia dikeringkan dengan sepenuhnya sebelum dimasak. Guna tisu dapur sudah memadai bagi mengurangkan kelembapan.

Menggunakan Ikan Bilis Saiz Sederhana

via Azhafizah

Sebelum membeli ikan bilis, pilih ikan bilis yang bersaiz sederhana dan tidak terlalu besar. Bilis yang besar lebih liat serta agak lambat untuk garing ketika digoreng. Manakala ikan bilis yang lebih kecil saiznya lebih mudah untuk menggorengnya.

Goreng Dengan Api Yang Sederhana

via IBS Focus

Sebelum menggoreng, pastikan minyak telah dipanaskan terlebih dahulu dalam kuantiti yang secukupnya. Tetapi semasa menggoreng, perlahankan api agar ikan bilis yang digoreng tidak cepat hangus. Guna api sederhana dan masak sehingga ikan bilis menjadi kuning keemasan.

Tos Minyak Sepenuhnya

via Cooked

Setelah diangkat, toskan lebihan minyak menggunakan tisu dapur. Ini bagi mengelakkan ikan bilis menjadi berminyak sewaktu disimpan. Sebaiknya semasa meletakkan ikan bilis di atas tisu dapur, leraikan ikan bilis supaya tidak berada dalam satu longgokan.

Simpan Di Dalam Balang Kedap Udara

via Asian Inspirations

Setelah ikan bilis goreng sejuk, masukkan segera ke dalam balang kedap udara. Ia amat penting bagi mengelakkan ikan bilis masuk angin dan menjadi lemau.

Jadi anda tidak perlu lagi risau akan kondisi ikan bilis anda selepas digoreng. Amalkan petua di atas, sudah pasti ikan bilis anda menjadi rangup dan rapuh.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
ikan bilis ranguppetua ikan bilis ranguppetua masakantips masakan
Share9Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - Sunshine Bakeries
Selera

Sunshine Bakeries Perkenal Siri Dorayaki Baharu Dengan Inti Durian Musang King

by Nurul A.
July 4, 2026

Lembut, gebu dan digemari oleh pelbagai generasi, Dorayaki telah lama menjadi antara snek paling ikonik dari Jepun dan kini Sunshine...

Read moreDetails
LifeXplore

Demam Mala Sampai Genting! 5 Menu Pedas Padu Ini Buat Ramai Terliur

by Phic ARMAN
June 25, 2026

Kalau anda peminat tegar mala, ada satu sebab baharu untuk naik ke Genting Highlands. Resorts World Genting (RWG) kini tampil...

Read moreDetails
Kimpton Naluria KL
Selera

Kimpton Naluria KL Perkenal Set Hadiah Pertengahan Musim Luruh Yang Pertama

by Nurul A.
August 4, 2026

Kimpton Naluria Kuala Lumpur (KL) mengalu-alukan Festival Pertengahan Musim Luruh sulungnya dengan pelancaran Celestial Duality 星月之境 (xīng yuè zhī jìng)....

Read moreDetails
Foto - Secret Recipe
Selera

Detik Matcha Anda Bermula di Secret Recipe

by Nurul A.
June 17, 2026

Bersandarkan kecintaan yang semakin meningkat terhadap matcha ini, Secret Recipe menjadi tumpuan utama dengan Siri Matcha yang menarik. Ia menandakan...

Read moreDetails
Foto - Ashhryshoshedap
Selera

Konsep Mediterranean Santorini, Ashhryshoshedap Kini Di R&F Johor Bahru

by Nurul A.
July 24, 2026

Selepas hampir lima tahun membina jenama dalam industri makanan dan minuman, pempengaruh serta usahawan, Ashhry Atan, terus mengorak langkah apabila...

Read moreDetails
Foto - Ralph's Coffee
Selera

Ralph’s Coffee Rai Festival Pertengahan Musim Luruh Dengan Kek Bulan Eksklusif

by Nurul A.
July 18, 2026

Sempena Festival Pertengahan Musim Luruh, yang melambangkan refleksi, kesyukuran dan kebersamaan, Ralph’s Coffee mempersembahkan kotak hadiah kek bulan edisi khas...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Cipta Sejarah Di Moto3, Hakim Danish Terima Lamaran Genting SkyWorlds

  2. 2

    Berwajah Cantik & Gemar Sukan Berkuda, Anak Saudara Raja Abdullah II Curi Tumpuan

  3. 3

    ‘Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Infinity Castle’ Kini Tayang Di Netflix

  4. 4

    Tak Perlu Lagi Keluarkan Kad! Merchantrade Money Kini Boleh Tap Guna Telefon

  5. 5

    UNIQLO Lancar Koleksi Hijab Pertama Yang Dinantikan Oleh Hijabis Malaysia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara