Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

5 Program Menarik Tv Alhijrah Sempena Kempen Maulidur Rasul

by Aphit J.
September 14, 2024
Share on Facebook

Mengangkat tema Al-Falah Pemacu Malaysia MADANI, TV AlHijrah menyambut Maulidur Rasul kali ini dengan  menyiarkan 5 program islamik yang menarik untuk tontonan masyarakat umum.

Siar 5 Program Menarik

5 program menarik ini adalah Malam Cinta Rasul, Assalamualaikum Khas, Podcast Kekasih Allah, Peristiwa Maulid dan Apa Cerita Kome? Istimewa Maulidur Rasul.

Ayuh imarahkan malam kelahiran Baginda Nabi SAW dengan berselawat beramai-ramai menerusi Program Malam Cinta Rasul di Dataran Putra, Putrajaya, secara langsung pada 15 September, Ahad, jam 9 malam.

Bersama hos istimewa, Ustaz Nabil Ahmad dan pentausiyah terkenal iaitu Habib Ali Zaenal Abidin, Dato Setia Dr. Haji Anhar Opir, Dato Dr. Sukri Othman dan Datuk Ustaz Haji Abdul Manap menghayati kisah kehidupan Baginda Nabi yang penuh pengajaran.

Diteruskan Pada 16 September

via TV Alhijrah

Program Istimewa Maulidur Rasul diteruskan lagi dengan siaran rancangan Assalamualaikum Khas pada 16 September, Isnin, jam 7 pagi.

Bertemakan Maulidur Rasul, rancangan ini akan mengukuhkan lagi rasa cinta kita pada Rasullah SAW dengan topik-topik menarik yang akan dikupas bersama panel jemputan.

Seterusnya, pada hari yang sama, Podcast Kekasih Allah akan menemani penonton pada jam 9 malam.

Podcast yang disiarkan pada setiap Isnin dan Selasa ini membawa  penonton mendalami akhlak dan keperibadian Al-Mustafa untuk kita teladani dan amalkan dalam kehidupan seharian.

Jangan ketinggalan untuk saksikan Peristiwa Maulid pada 17 September ini, Selasa, jam 9.30 malam.

Menghayati Peristiwa Kelahiran Nabi Allah

Ayuh kita bersama- sama menghayati dan mendalami peristiwa kelahiran Nabi Allah dan sejarah kehidupan Baginda bagi menyuburkan dan menghangatkan rasa cinta dan rindu semua kepada Baginda.

Akhir sekali, saksikan Apa Cerita kome? Istimewa Maulidur Rasul pada 18 September, Rabu, jam 9 malam.

Ayuh menghayati kuliah yang disampaikan oleh Dato’ Ustaz Kazim Elias yang akan membawa kita meneladani limpahan cinta Rasulullah ketika bersama dengan sahabat mahupun sewaktu berdepan dengan musuh di zamannya.

Teruskan menyokong TV AlHijrah dengan mengikuti perkembangan isu semasa di platform TikTok Berita AlHijrah serta nikmati juga program – program menarik secara strim di aplikasi AlHijrah Plus di telefon pintar anda semua.

TV Alhijrah
https://lomp.at/6822o
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Islamik

Kejar Lailatul Qadar, Ini Kompilasi Doa Mustajab Untuk 10 Malam Terakhir Ramadan

by Nurul A.
March 11, 2026

Malam Lailatul Qadar merupakan salah satu malam yang paling istimewa dalam bulan Ramadan. Dalam ajaran Islam, malam ini disebut sebagai...

Read moreDetails
Islamik

Nak Kurangkan Rasa Dahaga Ketika Puasa? Wajib Amal Tip Ini Selepas Sahur

by Nurul A.
February 28, 2026

Ramai yang sedia maklum bahawa umat Islam perlu menahan lapar dan dahaga ketika berpuasa. Tetapi apabila cuaca menjadi sangat panas...

Read moreDetails
Foto - @kurma_jogja (IG)
Islamik

7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

by Nurul A.
February 20, 2026

Penting untuk kamu tahu, buah kurma bukan sahaja sunnah tetapi ia merupakan makanan yang sangat berkhasiat dan dapat memberikan tenaga...

Read moreDetails
Foto - LG Malaysia
Tips

Bakal Dilanda El Nino Terpanas Dalam Sejarah- Ini 5 Tips Hadapi Cuaca Panas Di Malaysia

by Nurul A.
March 29, 2026

Ini bukan sekadar cuaca panas. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kita kini berada dalam genggaman Monsun Barat Daya yang membara....

Read moreDetails
Foto - @khimpulbuguri (IG)
Tips

Asyik Menguap Di Siang Hari Ketika Puasa? Baiki Pola Tidur Kamu Begini

by Nurul A.
February 23, 2026

MURAI percaya ramai orang akan alami situasi yang sama, iaitu menguap tanpa henti di siang hari ketika puasa, lebih-lebih lagi...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    Harga Barang ‘Lock’ Sempena Tahun Baharu Cina Bermula 13 Februari, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu

  4. 4

    Pesta Songkran Di Petaling Jaya Cetus Tanda Tanya, Kelakuan Pengunjung Tak Senonoh- “Bau Arak Bacin”

  5. 5

    [VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara