• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

5 Tempat Yang Anda Boleh Pergi Untuk ‘Self-Healing’. Jom Lihat!

by Haz Haan
October 18, 2022
Share on Facebook

Penyembuhan diri atau lebih dikenali sebagai self-healing adalah satu usaha untuk menyembuhkan atau merawat luka yang tidak nampak dalam diri terutamanya melibatkan hati. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan, kadangkala tidak semua luka itu dapat sembuh. Jadi, bagaimanakah cara yang sesuai untuk self-healing ini ?

Daripada duduk dirumah, menyendiri, menagis dan tidur sepanjang hari. Lebih baik self-healing di luar rumah. Seperti dalam bentuk aktiviti, self-healing boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti yoga, bersenam, riadah dan sebagainya yang boleh memberi kesan kepada endorfin atau sering dipanggil ‘hormon gembira’.

Ini adalah 5 tempat yang anda boleh pergi untuk self-healing. 

1. Pantai

Adakah pantai baik untuk healing ? Ya, kerana air laut boleh menjadi ubat semulajadi yang bagus untuk merawat diri.

Via Libur.com

Kebanyakan daripada kita boleh  membuktikan fakta bahawa lautan mempunyai kesan positif terhadap kesejahteraan fizikal, mental dan emosi kita. Menghabiskan masa di tepi laut boleh meningkatkan tahap mood dan benar-benar membuatkan anda berasa lebih hidup. Terutamanya apabila melakukan aktiviti di laut misalnya merendam kaki di dalam pasir lembut, atau dilambung perlahan oleh ombak berbuih masin, mandi di tengah-tengah laut yang luas dan juga bermain dengan hidupan laut. Masa di tepi laut membuatkan anda berasa tenang dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Gabungan matahari, laut dan pasir adalah bentuk terapi yang paling semula jadi dan mudah diakses yang tersedia untuk kita sebagai manusia.

2. Mendaki atau Hiking

Mendaki mungkin bukan perkara yang tidak semua orang suka tetapi tak kenal maka tak cinta. Cuba merasai dahulu barulah ketahuai bagaimana rasanya. Tetapi tidak mengapa! Walau bagaimanapun, meluangkan sedikit masa untuk merenung diri anda, melihat halangan yang mungkin menyebabkan anda berasa terhalang dan cari penyelesaian untuk bergerak ke hadapan untuk meningkatkan kekuatan diri.

Via HealthLine

Aktiviti mendaki ini dapat menenangkan diri yang boleh mengurangkan perasaan tekanan, kebimbangan, dan kemurungan. Malah, satu kajian mendapati bahawa orang yang berjalan selama 90 minit dalam persekitaran semula jadi, seperti taman alam semula jadi, mendaki, mahupun riadah berkemungkinan untuk merenung atau menyediri yang sering dilakukan oleh seseorang yang sering bergelut dengan kemurungan dan kebimbangan.

3. Skytrex

Sukan hutan yang tidak asing lagi di Malaysia, SKYTREX Adventure iaitu tempat di mana anda boleh menikmati trekking hutan dari tahap yang tidak pernah dilakukan sebelum ini iaitu melalui kanopi hutan hujan. Uji ketangkasan anda, cabar ketakutan anda! Antara aktiviti yang dilakukan adalah flying foxes,  climbing dan glide di tengah-tengah hutan hujan Malaysia untuk menikmati alam semula jadi.

Via TravelMalaysia.com

Ia akan membuatkan keyakinan anda meningkat dalam mengharungi cabaran-cabaran dihadapan. Malahan ia akan membuatkan anda tidak merasa keseorangan dan membuatkan perasaan kebimbangan anda akan perlahan-lahan hilang apabila anda mula berinterkasi dengan orang tidak dikenali kerika melakukan aktiviti ini dan sekaligus mewujudkan suasana sosial disitu.

4. Berkhemah atau Camping 

Orang-orang yang mempunyai masalah kemurungan dan tekanan mesti takut untuk melakukan aktiviti camping.  Mereka merasakan ia tidak selamat dan merasai diintai di kawasan terbuka. Namun, kebanyakan orang mengalami tidur yang lebih tenang semasa berkhemah. Ini disebabkan oleh tekanan dan pencemaran yang berlebihan dan kualiti tidur yang kurang baik di kawasan bandar. Sebilangan besar orang berasa kurang tidur kerana berkerja diluar waktu dan sekaligus menyebabkan kitaran tidur terganggu.

Via Klook.com

Satu sebab anda sering tidur lebih lena di kem adalah kerana anda jauh daripada pencemaran. Selain itu, penyelidikan menunjukkan bahawa minda dan badan kita berasa lebih tenang apabila kita mematuhi jadual semula jadi matahari. Tidur sebentar pada masa yang betul boleh membuatkan anda berasa lebih segar daripada tidur yang lama pada masa yang salah. Jadi, jangan terkejut jika anda tidak berasa gelisah, walaupun bangun dengan subuh.

5.Yoga

Badan dan minda anda secara intrinsik berhubung, di mana setiap pemikiran yang anda miliki mencatatkan perasaan dalam badan anda. Jika fikiran anda sering tertarik kepada negatif, tekanan atau kebencian yang menghasilkan kebimbangan, ia boleh mengubah sistem saraf anda dan mencetuskan penyakit fizikal, semuanya sambil menguatkan kesakitan emosi.

Via Fitnessfirst.com

Pranayama iaitu salah satu teknik pernafasan dan pergerakan meditasi yang mengalir memperlahankan degupan jantung, menenangkan fikiran dan membolehkan anda mencipta ruang daripada pemikiran berulang yang membawa kepada tekanan yang tidak wajar. Lama kelamaan, anda menjadi lebih berkebolehan untuk bertindak balas secara semula jadi, dari perspektif yang jelas, kepada situasi yang menimbulkan tekanan.

Dengan latihan yoga yang kerap, anda membebaskan pengumpulan toksin emosi dan fizikal yang disimpan di dalam badan. Meregangkan otot anda. Semasa memberi tumpuan kepada nafas, mengalihkan perasaan yang terperangkap dan membebaskan aliran daya hidup.

Oleh itu, jangan biarkan masalah anda menambah tekanan dalam diri anda. Maka, keluarlah dari luar rumah mungkin ada jawapan kepada masalah anda. Banyak kajian saintifik menunjukkan sifat penyembuhan alam semula jadi ini merupakan satu terapi.  Perjalanan yang membawa anda lebih dekat dengan alam semula jadi cenderung memberi kesan positif pada minda dan badan anda. Jadi, mengapa tidak menganggap self-healing diluar rumah ini sebagai percutian yang anda perlukan?

https://lomp.at/mcnxe
Share4Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

Tak Jauh Pun Dari KL? Ini 5 Pantai Di Selangor Yang Wajib Anda Singgah Untuk Healing

by Farah Fatihah
January 18, 2026

Bila dengar nama negeri Selangor, ramai terus teringat "shopping mall" yang besar, jalan sesak dan suasana bandar yang sibuk. Tapi...

Read moreDetails
Lokal

Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

by Naddy Joe
January 14, 2026

Pelakon, Adam Corrie membuat perkongsian di media sosial mengenai dirinya yang tidak menghantar anak lelakinya itu untuk belajar di sekolah...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

by Farah Fatihah
January 17, 2026

Kalau kalian nak tahu, untuk rasa suasana macam melihat "sakura Jepun", sebenarnya tak perlu pun pergi jauh sampai ke Jepun....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

  2. 2

    Tak Jauh Pun Dari KL? Ini 5 Pantai Di Selangor Yang Wajib Anda Singgah Untuk Healing

  3. 3

    Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

  4. 4

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

  5. 5

    Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore