Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Indonesia

6 Artis Indonesia Yang Sering Tercalon Sebagai Wanita Paling Cantik

by Jash Lee
November 6, 2021
10
KONGSIAN
Share on Facebook

Setiap wanita pasti sentiasa mahu tampil cantik. Ini kerana wanita dan kecantikan sangat sinonim bagai isi dengan kuku dan tak akan dapat dipisahkan. Namun kecantikan yang sempurna sebenarnya haruslah seimbang dan bukan sahaja cantik paras rupa bahkan harus bijak dan berbudi bahasa.

Bila bercakap soal kecantikan, TC Candler pernah membuat penilaian tahunan dari pelbagai kriteria. Penilaian itu ditujukan kepada semua artis wanita di dunia termasuk Indonesia. Setiap tahun TC Candler jarang mencalonkan nama-nama baru tetapi ada beberapa nama selebriti Indonesia yang sentiasa mendapat undian untuk dicalonkan sebagai wanita paling cantik di dunia.

Siapakah mereka yang kami maksudkan? Jom kita tengok!

1. Agnes Monica

via DetikHot

Agnes Monica atau lebih dikenali sebagai Agnes Mo merupakan artis Indonesia yang sangat popular. Dari tahun 2015 sehingga 2021, iaitu 6 tahun berturut-turut Agnes Mo telah dicalonkan sebagai wanita paling cantik di dunia. Terkini, hubungan percintaannya bersama  dengan seorang model lelaki yang bernama Adam Rosyadi sedang hangat diperkatakan.

2. Raisa

via Celebrity Okezone

Tahun ini adalah kali kelima Raisa dicalonkan sebagai wanita paling cantik di dunia. Selain dari jadualnya yang padat dengan aktiviti nyanyian, Raisa juga sibuk menjalankan aktiviti sebagai suri rumah. Seperti yang semua tahu, Raisa telahpun mendirikan rumahtangga dengan Hamish Daud dan mereka mempunyai seorang anak perempuan yang kini berusia 2 tahun.

3. Ayu Ting Ting

via Popmama.com

Nama Ayu Ting Ting juga turut tercalon sebagai wanita tercantik di dunia sebanyak empat kali sejak dari tahun 2017. Selain sibuk dengan karier, sebagai ibu tunggal, Ayu Ting Ting mengakui bahawa dia sangat kagum dengan dirinya yang berjaya membesarkan anak-anaknya. Ayu juga dikatakan sangat rapat dengan keluarganya.

4. Syifa Hadju

via Galamedia

Syifa Hadju telah dicalonkan oleh TC Candler sebagai wanita tercantik di dunia sejak tahun 2019. Ketika pertama kali dicalonkan, Syifa mengakui dia agak terkejut namun tetap bersyukur. Dia dikhabarkan akan bergandingan bersama Devano Danedra dalam drama bersiri yang berjudul ‘Gulf of Alaska’. Hubungan cintanya bersama Rizky Nazar yang telah terjalin selama 2 tahun juga masih berkekalan sehingga kini.

5. Maudy Ayunda

via Elite Havens

Sama seperti Syifa Hadju, Maudy Ayunda juga telah tercalon tiga kali berturut-turut sebagai wanita paling cantik di dunia. Dia bukan saja dikenali sebagai artis yang berbakat malahan juga bersuara manis. Selepas menamatkan pengajian di salah sebuah universiti, Maudy menceburkan diri dalam dunia perniagaan sebagai investor. 

6. Natasha Wilona

via Liputan6.com

Natasha Wilona telah dicalonkan sebagai wanita yang paling cantik di dunia buat kali ketiga pada tahun ini. Kerjayanya dalam bidang lakonan juga sangat sukses.  Drama bersiri ‘Little Mom’ lakonan Wilona bersama Al Ghazali dan Teuku Rassya pernah memenangi rekod MURI dan trending di 22 buah negara di dunia. Kememangan inilah yang membuatkan Wilona telah menerima banyak tawaran lakonan dari luar negara. Selebriti ini juga dikatakan masih tidak mempunyai pengganti selepas berpisah dengan kekasihnya Verrel Bramasta.

Inilah antara 6 selebriti Indonesia yang bukan sahaja cantik malahan berjaya dalam karier mereka. Apa pendapat anda?

agnesmonicaayutingtingwanitatercantik
https://lomp.at/4ieui
Share4Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Foto - @therealmiasara (IG)
Lokal

Niat Baik Disalah Tafsir, Mia Sara Hadapi Anxiety Sehingga Cederakan Diri

by Nurul A.
January 30, 2026

Nampaknya konflik antara pelakon Mia Sara Nasuha dan Puteri Balqis Ashikin tak berpenghujung. Dan kali ini, MIa menjadi tumpuan ramai...

Read moreDetails
Lokal

Ayda Jebat Ditegur Netizen Isu ‘Bengkak Susu’?-“Kalau Suami Urut Lama Sangat Kang…”

by Naddy Joe
January 29, 2026

Umum mengetahui pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat baru sahaja melahirkan cahaya mata perempuan bernama Anggun Mikayla di salah sebuah pusat...

Read moreDetails
Berita

Fizo Omar Kongsi Momen Beli Hadiah Hari Lahir Maryam, Netizen Terhibur!- “Daddy Dulu Botol Mineral Je..”

by Naddy Joe
January 26, 2026

Perkongsian aktor dan usahawan, Fizo Omar mencuri perhatian peminat selepas berkongsi momen bersama anak sulungnya, Wan Maryam. Kongsi Fizo Omar...

Read moreDetails
Lokal

Mimie Haris Umum Telah Bercerai-“Untuk Elak Fitnah & Salah Faham…”

by Naddy Joe
February 12, 2026

Penyanyi dan pengacara, Mimie Haris memberi makluman mengenai dirinya yang telah berpisah dengan ahli perniagaan, Khairril Anuar Md. Dahilin setelah...

Read moreDetails
Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara