• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

6 Destinasi Terbaik Pilihan ‘Agoda’ Untuk Melihat Bunga Sakura Mekar

by Phic ARMAN
March 7, 2019
Share on Facebook

Musim bunga bakal menjelang lagi dan ini bermakna tibalah masanya untuk pokok-pokok sakura berbunga. Ambil peluang ini untuk meluangkan masa yang berkualiti bersama orang tersayang anda di bawah pokok-pokok sakura yang indah. Walaupun negara Jepun dan bandar Washington, D.C. merupakan lokasi paling terkenal bagi menikmati bunga sakura, ia juga boleh didapati di tempat-tempat lain di serata dunia.

Agoda, salah satu platform tempahan penginapan dalam talian (OTA) paling pesat berkembang di dunia, berkongsi tempat-tempat di Asia, Amerika dan Eropah untuk menikmati aktiviti tradisi hanami, atau “menyaksikan mekarnya bunga” dalam Bahasa Jepun.

Jinhae, Changwon, South Korea

Foto: Kim’s Travel Service

Pesta Jinhae Gunhangie menarik sekurang-kurangya dua juta pengunjung setiap tahun. Pesta musim bunga yang terbesar di Korea Selatan ini pada asalnya adalah sebuah upacara memperingati Laksamana Yi Sun-sin. Nikmati pesta ini dengan bersiar-siar di Jambatan Romance yang indah, di mana bunga-bunga sakura berkembang di sepanjang Sungai Yeojwacheon, dan di Stesen Keretapi Gyeonghwa, yang mana pokok-pokok sakura tumbuh sejajar dengan landasan keretapi. Masa terbaik untuk mengunjungi tempat ini adalah pada bulan Mac sehingga April.

Terletak berhampiran dengan destinasi-destinasi yang wajib dikunjungi di sekitar kota ini, M-Stay Hotel Changwon merupakan tempat penginapan yang ideal bagi para pelancong yang ingin kekal sibuk sepanjang perjalanan mereka.

Dien Bien Phu, Vietnam

Foto: TourRadar

Masih belum diketahui ramai, Pulau Hoa di Vietnam yang terletak di tengah-tengah Tasik Pa Khoang di sebelah timur bandar Dien Bien Phu adalah sebuah lokasi yang terbaik untuk melihat bunga sakura. Tahukah anda bahawa tempat ini telah dipilih oleh saintis Vietnam, Dr Tran Le setelah beliau menjelajah ke setiap pelusuk Vietnam untuk mencari tempat yang sesuai bagi menanam benih pokok sakura yang dihadiahkan oleh rakannya dari Jepun?

Menginap bersama keluarga anda di Hoang Anh Villa yang menampilkan kolam renang luar dan halaman yang luas untuk melakukan aktiviti hanami, atau menyaksikan mekarnya bunga sakura.

Washington D.C., Amerika

YouTube video

Pesta Kebangsaan Cherry Blossom yang berlangsung selama tiga minggu meraikan ketibaan musim bunga dan pada yang sama memberi penghormatan kepada kedua-dua budaya Amerika dan Jepun.

Sejumlah 3,000 pokok sakura yang terdapat di sini telah dihadiahkan oleh Datuk Bandar Tokyo, Yukio Ozaki pada tahun 1912 dan menjadi satu lambang talian persahabatan di antara kedua-dua negara tersebut.

Nikmati pemandangan indah umpama lautan bunga sakura di Tidal Basin, dan bermalam di The Wink Hotel Washington D.C. Hotel ini yang terletak di tengah-tengah kotaraya amat sesuai bagi pelancong yang ingin mengalami sepenuhnya apa yang ditawarkan oleh kota yang meriah ini.

Edinburgh, Scotland

Foto: Flickr

Bawa bekalan piknik dan kunjungilah The Meadows, di bandar Edinburgh, Scotland. Ambil tempat anda di salah sebuah bangku di bawah rimbunan pohon dan nikmati pemandangan indah bunga-bunga berwarna merah jambu sambil berehat. Rancang untuk meluangkan masa di luar rumah dengan membawa selimut dan novel kegemaran anda.

Menginap di Radisson Blu Edinburgh yang terletak di Royal Mile yang bersejarah di tengah-tengah kota Edinburgh. Lokasi hotel ini adalah berhampiran dengan tempat-tempat tarikan pelancong utama, pusat membeli-belah dan The Meadows.

Paris, France

YouTube video

Tidak banyak tempat di dunia ini yang romantik dan seindah kota Paris yang turut dikenali sebagai City of Lights. Pada setiap musim bunga, kawasan perumahan dan taman-taman di sekitar ibu negara Perancis ini akan dipenuhi oleh bunga-bunga sakura yang mempesonakan. Saksikan panorama indah ini sambil bersiar-siar melalui Parc du Champ de Mars, di bawah Menara Eiffel Tower yang tersohor.

Menginap dalam serba kemewahan di Park Hyatt Vendome Hotel di Rue de la Paix yang berprestij di tengah-tengah kota Paris. Hotel bertaraf lima bintang ini terletak berhampiran dengan pintu gerbang terkenal Place de la Concorde dan Arc de Triomphe di Champs Elysees.

Kyoto, Japan

YouTube video

Akhirnya, kunjungilah negara Jepun, destinasi yang paling terkemuka di Asia yang merupakan tempat asalnya aktiviti hanami. Walaupun bunga sakura boleh didapati di mana-mana sahaja di negara Jepun, Kyoto mempunyai salah satu laluan jalan kaki yang terbaik, termasuk Philosopher’s Path; sebuah terusan yang diapit oleh ratusan pokok-pokok sakura.

Baru dibuka pada tahun 2018, Nest Hotel Kyoto Shijokarasuma yang terletak ditengah-tengah kota ini, memudahkan akses ke tempat-tempat tarikan pelancong.

amerikaChangwonDien Bien PhuJinhaekoreaSakuraSouth KoreaVietnamWashington D.C.
https://lomp.at/k5olm
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Jalan-Jalan

Ramai Tak Sedar, Ini Laluan AirAsia Paling ‘Smart’ Ke Jepun

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Kalau dulu sebut nak ke Jepun, kebanyakan orang terus fikir terbang dari Kuala Lumpur ke Tokyo atau Osaka. Tapi kali...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Peluang Emas Naik Disney Cruise Bersama Shah Rukh Khan

by Phic ARMAN
February 2, 2026

Kalau anda peminat Disney, ini berita panas dari laut! Disney Cruise Line baru saja umumkan satu pengalaman baharu yang super...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Misteri Kepala Medusa Mengiring ‘Disembunyikan’ Di Bawah Hagia Sophia Selama 1,500 Tahun

by Phic ARMAN
January 6, 2026

Bulan November 2025 lalu, Istanbul menyambut rombongan media Malaysia dengan tangan terbuka… dan sedikit kabus misteri. Kami tiba dengan penerbangan...

Read moreDetails
Destinasi

Buffet Ramadan Di LEGOLAND Hotel Hidang Lebih 200 Menu Pikat Seisi Keluarga

by Ayu Kamaruddin
January 29, 2026

Bila sebut buffet Ramadan, kebiasaannya orang akan cari yang lengkap, selesa dan sesuai untuk seisi keluarga. Menariknya tahun ini, LEGOLAND...

Read moreDetails
HotList

5 Tempat Melihat ‘View Sunset’ Terpaling Cantik Di Sekitar Kuala Lumpur

by Haz Haan
November 18, 2022

Matahari terbenam adalah fenomena alam semula jadi yang berlaku setiap hari dari kira-kira 7:00 hingga 7:30 p.m dan juga salah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  5. 5

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore