• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

6 Kemahiran Baru Yang Boleh Kita Pelajari Sepanjang PKP

by Jash Lee
April 7, 2020
Share on Facebook

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukanlah alasan untuk kita semua tidak boleh melakukan hal-hal yang bermanfaat semasa berada di rumah. Sebaliknya, banyak peluang yang boleh diterokai dan dipelajari bersama anak-anak dan ahli keluarga dengan memanfaatkan aplikasi-aplikasi yang terdapat secara talian.

Kini hanya kurang 2 minggu lagi untuk fasa ke-2 PKP bagi rakyat Malaysia mengambil peluang menjadikan masa berada di rumah lebih produktif. Ini juga adalah masa terbaik untuk kita belajar dan menuntut ilmu melalui pelbagai sumber yang sangat membantu.

Ada beberapa aplikasi yang sangat berguna yang boleh kita pelajari dengan hanya di hujung jari bagi menghabiskan masa PKP. Bukan setakat menelaah instagram di telefon bimbit atau menonton video ‘prank’. Berikut ada beberapa kemahiran di atas talian yang ingin kami kongsikan bersama pembaca.

Belajar Bahasa Yang Baru

via thedailyillini

Anda tahu bagaimana seseorang menguasai bahasa asing dan mengembara ke seluruh dunia? Pasti ada segelintir di antara kita yang kurang keyakinan untuk travel ke luar negara kerana faktor bahasa.

Melalui aplikasi Apple App Store, anda berpeluang untuk mempelajari bahasa asia yang baru seperti bahasa Korea, bahasa Jepun dan bahasa China bagi mempersiapkan diri anda dan melancarkan perjalanan kembara anda menjadi lebih mudah dan berkeyakinan.

Salah satu aplikasi yang boleh anda pelajari bahasa Asia di Apple App Store disini.

Menguasai Instrumen Muzik

via emiliam.com

Salah satu terapi diri adalah melalui bermain alat muzik. Mungkin ini adalah masa yang paling sesuai untuk anda menggilap kemahiran anda bermain alat muzik dengan menggunakan instrumen lain yang hanya boleh didapati di rumah selain dari ukelele yang anda sudah biasa bermain dikalangan rakan-rakan anda.

Terdapat banyak aplikasi baru di Apple App Store yang dapat membantu anda. Ini adalah antara aktiviti menarik selain dari bermain “TikTok yang tengah trending di kala ini.

Kaligrafi

via PxHere

Khat atau kaligrafi ialah sejenis seni visual penulisan. Kaligrafi membantu anda membuat rekabentuk dan beberapa teknik asas untuk menarik huruf yang indah. Sekiranya anda ingin mempelajari cara membuat kaligrafi yang menarik, mungkin boleh dijadikan sebagai kad harijadi teman baik anda, dari hasil tangan anda sendiri.

Aplikasi Procreate dari Apple App Store ini dapat membantu anda mendalami dan menguasai seni ini secara digital dan ini sangat berguna dalam prospek kerja rekabentuk.

Bermeditasi

via Grid.ID

Pada umumnya, orang bermeditasi dengan berbagai alasan misalnya ingin mengembangkan kemampuan kreatif, membantu memvisualisasikan tujuan, mengendalikan percakapan batin atau hubungan spiritual.

Pada prinsipnya, meditasi adalah bertujuan memberikan rasa lebih tenang dan mengatasi kecemasan akibat sesuatu keadaan. Contohnya mengenai virus Covid-19 yang sedang melanda dunia.

Mungkin ini adalah masa yang sesuai untuk anda cuba bermeditasi atau mungkin tidak mengerti tetang meditasi tetapi aplikasi Oak & Meditation Studio boleh membimbing anda melalui proses meditasi.

Melatih Otak

via womentalk.com

Mungkin semua orang sudah merasa resah dengan keadaan yang melanda dunia sekarang ini iaitu virus Covid-19 dan ditambah pula dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang sudah hampir sebulan rakyat jalani.

Otak sudah mula merasa lemau. Penting untuk kita memastikan fikiran kita sihat sekata dengan tubuh badan kita. Ada beberapa aplikasi yang akan membantu untuk menguruskan hal yang berkaitan tabiat kita sepanjang di rumah serta mencabar kemahiran kognitif dan cara mengekspresikan diri yang berbeza. Kita mungkin boleh belajar menari atau sebagainya.

Pelbagai Kemahiran Dari Dalam Talian

via pawona kreatif

Pembelajaran dalam talian seperti senarai aplikasi dalam Apple App Store ini ada menyediakan pelbagai pilihan yang fleksibel kepada semua orang untuk dipelajari dan dapat menambah kemahiran dan keperluan seseorang.

Keadaan sekarang dengan ekonomi yang tidak menentu memaksa kita untuk melakukan kerja sambilan atau berniaga secara online. Semua ini memerlukan kemahiran dan pengalaman baru bagi membantu kita memasarkan perniagaan bahkan memperoleh pengetahuan untuk pembentukan diri dan terdapat aplikasi dalam talian yang sangat membantu.

Dengan melakukan semua ini, kita dapat menangangi krisis yang melanda dan meneruskan kehidupan dengan pengetahuan dan pengalaman yang baru untuk diceritakan kepada anak cucu kita suatu hari nanti. Semua aplikasi dan info terkini boleh dapat disini.

#dudukrumah

Sumber: Hype.My

stayathome covid19 latihandalamtalian gayahidupsempurna
https://lomp.at/ir8au
Share6Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Teknologi

Nak Tukar ‘Font’ WhatsApp? Ini Cara Nak Buat Tulisan Jadi ‘Bold’, ‘Italic’ & Banyak Lagi

by Naddy Joe
November 10, 2020

Sebut sahaja WhatsApp, boleh dikatakan setiap orang memiliki aplikasi ini dalam smartphone mereka. WhatsApp memiliki banyak feature yang menjadikan pengalaman...

Read moreDetails
LifeXplore

ShopeePay Money+ Baru Dilancarkan: 5 Perkara Penting Sebelum Anda Mahu Melabur

by Phic ARMAN
January 27, 2026

ShopeePay baru saja melancarkan Money+, ciri pelaburan baharu yang membolehkan pengguna mula melabur dengan serendah RM10 sambil menikmati pulangan harian....

Read moreDetails
Teknologi

Tak Sedar Akaun WhatsApp Kena Hack? Ini Tanda-tandanya!

by Phic ARMAN
October 9, 2020

Ramai orang di Malaysia menggunakan aplikasi pesanan WhatsApp. Oleh kerana jumlah ini ramai, WhatsApp telah menjadi platform sasaran penggodam untuk...

Read moreDetails
Teknologi

Hati-hati! Rupanya Ini 6 Cara ‘Kotor’ Hacker Untuk Hack WhatsApp Anda

by Phic ARMAN
November 12, 2020

Hampir setiap orang di dunia ini memiliki aplikasi WhatsApp (WA) di telefon pintar mereka.  Jadi tak mustahil la, WA sering...

Read moreDetails
Teknologi

Lihat Apa Yang Menarik Dengan Dua Aplikasi Terbaharu Dari Digital Durian

by Phic ARMAN
July 21, 2020

Digital Durian melancarkan dua aplikasi baharu 'Aplikasi Didi & Friends' dan 'Aplikasi Omar & Hana'. Ia salah satu langkah proaktif...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    [VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore