• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

6 Kontroversi Selebriti Malaysia Yang Membabitkan RUMAH SYAITAN !

by Ayden Mikhael
April 22, 2018
104
KONGSIAN
Share on Facebook

Boleh dikatakan setiap tahun pasti akan timbul kisah selebriti Malaysia dan kelab malam (clubbing) atau lebih dikenali dengan rumah syaitan. Ada yang mengakui gemar ke kelab malam hanya sekadar untuk berhibur dan menenangkan fikiran.

Terpulang kepada perspektif masing-masing untuk menilai tindakan mereka. Antara benar dan salah, tergantung pada niat, tujuan dan perlakuan mereka di tempat tersebut. Untuk membuat maksiat atau dosa, tidak semestinya hanya di kelab malam. Di rumah sendiri pun, tanpa diketahui orang, kita terdedah untuk berbuat dosa. Betul tak?

Berikut antara enam selebriti yang pernah terpalit dengan kontroversi membabitkan kelab malam.

1. Nur Fazura

Pada 19 Disember 2004, berlakunya perkelahian antara Fazura dan seorang wanita bernama Geraldine Mariana Wong. Pertelingkahan itu terjadi di Bar Luna Pacific Regency Hotel & Apartments, Kuala Lumpur. 

Fazura disaman oleh Geraldine atas tuduhan mencederakan. Fazura menerusi keterangan pembelaannya, menghayun kasut kepada Geraldine selepas rambutnya ditarik kuat oleh wanita tersebut.

Perbicaraan kes ini bermula pada 2006 dengan keputusan berpihak kepada Fazura pada 2008. Dalam kes lain, Fazura juga pernah ditahan polis bersama seorang lagi pelakon, Sharifah Sofea di sebuah kelab malam di Jalan Doraisamy, Kuala Lumpur pada Februari 2006.

2. Awal Ashaari & Scha Al-Yahya

Penghujung Disember 2009 digemparkan dengan berita melibatkan pelakon dan pengacara, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya (sebelum berkahwin) terkandas dalam serbuan pihak polis di Rootz Club, Kuala Lumpur.

Kunjungan mereka dikatakan adalah bagi memenuhi undangan sambutan hari jadi rakan Scha yang baru tiba dari Australia. Ketika serbuan, Scha memberikan kerjasama dengan memberi sampel air kencing sama seperti pengunjung lain dan bebas daripada sebarang tahanan.

Noor Kartini Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Neelofa Yang Ke-37-"Mama Bangga Melihat Anakku..."

Begitupun situasi menjadi tegang apabila pihak media ternampak kelibat Awal yang gagal memberikan sampel urin. Awal dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur. Dia akhirnya berjaya memberikan sampel urin dan dibebaskan.

3. Tasha Shilla

Sekitar 2012, pelakon ini dihambat kontroversi apabila kisahnya beraksi ‘liar’ di kelab malam. Tasha mengakui kunjungannya ke kelab malam bagi meraikan ulang tahun kelahirannya. Tasha juga mengiyakan bahawa dia sering ke kelab malam bersama rakan-rakan untuk meredakan tekanan selepas penggambaran.

Pelakon yang mencipta nama menerusi filem Ratu The Movie menolak keras dakwaan dia melakukan tarian tiang di kelab malam tersebut. Tasha juga tidak mahu menjadi hipokrit atau menyembunyikan hobinya ke kelab malam bagi menenangkan fikiran.

4. Fasha Sandha

Fasha Sandha sememangnya lembut dan memiliki sifat kewanitaan di luar, di dalam filem mahupun drama yang dilakonkannya. Bagaimanapun, gambar ini menunjukkan sebaliknya. Dia didakwa seperti seronok mengunjungi kelab-kelab malam untuk berhibur bersama rakan-rakan.


Jika betul, sikap seperti inilah yang kadangkala membuat peminat menjadi bosan terhadap segelintir artis yang didakwa ‘pandai’ berlakon. Kata mereka, sikap artis seperti ini boleh dikategorikan sebagai ‘burung hantu’, siang lain… malam lain!

5. Neelofa

Pengacara, pelakon dan usahawan, Neelofa mengundang kemarahan masyarakat apabila menjadikan kelab malam terkemuka, Zouk, Kuala Lumpur sebagai lokasi pelancaran koleksi terbaharu tudungnya.

Lofa tidak kesal dengan kritikan netizen, bahkan meyakini keputusan yang dibuat. Rasional pemilihan Zouk adalah kerana ia menepati tema acara dan kesesuaian bajet.

Difahamkan, Lofa perlu mengeluarkan bajet sehingga lapan kali ganda jika diadakan di tempat lain dengan tema yang sama. Pelakon yang akan muncul dengan drama Ti Amor Sweetheart 100 Hari itu juga menegaskan enggan mempedulikan kecaman orang.

[VIDEO] Konsert Misha Omar: 'The Untold Story' Detik Didekati Adnan Abu Hassan

6. Erin Malek

Sejak melangsungkan perkahwinan, Erin Malek tak habis-habis dengan kontroversi. Pernah heboh gosip menyatakan dia ke kelab malam bersama suaminya selepas melangsungkan perkahwinan, ramai juga yang perasan beberapa keping gambar Erin sedang berhibur di sebuah kelab telah tersebar di beberapa portal hiburan beberapa hari sebelum dia bernikah lagi.

Setiap manusia mesti ada masa silam. Apa yang terbaik perbetulkan kesilapan lalu untuk kehidupan akan datang yang lebih bermakna daripada melayan perkara-perkara yang tidak mendatangkan untung.

Harapan murai.my, walau selebriti mana sekalipun, semoga mereka insaf dan sedar bahawa sebagai ‘public figure’ mereka seharusnya menunjukkan contoh tauladan yang baik pada peminat! PEACE YAWW!

awal ashaariErin Malekfasha sandhafazuraneelofaScha Al-Yahyatasha shilla
https://lomp.at/qs9ic
Share42Tweet26SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - Beautifulnara
Lokal

Tarik Balik Tuntutan Cerai, Nora Ariffin Letak Syarat Kepada Suami

by Nurul A.
January 27, 2026

Nama penyanyi Datuk Nora Ariffin sekali lagi menjadi bualan ramai selepas membuat keputusan untuk menarik balik tuntutan permohonan cerai terhadap...

Read moreDetails
Lokal

Khairul Aming Dimasukkan Ke Hospital, Sempat Pesan- “Jangan Lupa Minum Air Guys..”

by Naddy Joe
January 22, 2026

Perkongsian personaliti media sosial, Khairul Aming mencetuskan pelbagai reaksi peminat selepas dia terpaksa dimasukkan ke salah sebuah hospital di ibu...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Ifa Raziah Beri Kejutan Ziarah Pembantu Rumah Di Indonesia, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
January 7, 2026

Pelakon dan usahawan, Datuk Ifa Raziah mencetuskan rasa sebak netizen selepas berkongsi momennya menziarah pembantu rumah kesayangannya, Linda di Indonesia,...

Read moreDetails
via Instagram @shihazikir
Kesihatan

“Slowly But Surely”, Shiha Zikir Kembali Ke Berat Badan Asal Lepas Konsisten Bersenam

by Farah Fatihah
December 17, 2025

Berpeluh di pagi hari bukan sekadar rutin harian, sebaliknya lambang disiplin serta tanda kasih sayang terhadap diri sendiri. Itulah gambaran...

Read moreDetails
Foto - @newjeans_official (IG)
Lokal

Langgar Kontrak & Kerosakan Reputasi, NJZ Danielle Bakal Disaman ADOR

by Nurul A.
December 30, 2025

Label rakaman Korea Selatan, ADOR secara rasminya menamatkan kontrak eksklusif salah seorang ahli kumpulan NewJeans iaitu Danielle Marsh. Penyanyi kelahiran...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  3. 3

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  4. 4

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  5. 5

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore