Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

[VIDEO] Konsert Misha Omar: ‘The Untold Story’ Detik Didekati Adnan Abu Hassan

by Phic ARMAN
November 30, 2025
23
KONGSIAN
Share on Facebook

Malam tadi, Mega Star Arena dipenuhi kira-kira 4,000 peminat yang datang bukan sekadar nak dengar lagu… tapi nak merasai perjalanan Misha Omar lebih dua dekad dalam industri muzik.

Sepanjang konsert, Misha menghiburkan penonton dengan 21 lagu hitsnya, termasuk Bunga-bunga Cinta, Ku Seru, Pulangkan, Sampai Bila, Cinta Adam & Hawa dan single terbaru, Break. Tiga busana yang dipakai sepanjang malam pun mendapat pujian, cantik, menyerlahkan aura Misha di pentas, dan sesuai dengan mood lagu-lagu balada yang dibawakan.

View this post on Instagram

Selain lagu, interaksi Misha dengan penonton memang terbaik. Santai, kelakar, dan intim, seolah-olah kita duduk sebelah dia sambil dengar cerita. Suara Misha pula tak pernah mengecewakan, kuat, jelas, penuh emosi, hampir tiada cela.

Hampir ke penghujung konsert barulah Misha mula berkongsi momen manis bersama arwah Komposer tersohor, Datuk Adnan Abu Hassan yang buat ramai penonton tersenyum dan sebak. Dia cerita pengalaman semasa Bintang RTM 2001:

“Masa sesi rehearsal, arwah datang dekat saya dan suruh hubungi dia selepas final. Walaupun saya tak menang, saya tetap telefon arwah. Dia tanya, ‘Adakah kamu menang?’… dan ternyata arwah pun tak tahu siapa juara masa tu. Tapi apa yang paling saya ingat, arwah terus bawa saya ke BMG, tempat rakaman pada masa itu. Dari situ saya berpeluang bertemu dengan artis terkenal macam Starstruck dan Anuar Zain.”

Misha berkongsi lagi, ketika ditanya kenapa arwah pilih dia untuk cipta lagu, jawapannya sangat menyentuh:

“Misha ada sesuatu yang istimewa. Bila menyanyi, ada perasaan sedih yang terbawa-bawa… bila saya cipta lagu untuk dia, saya rasa setiap emosi itu sampai pada pendengar.”

View this post on Instagram

Itulah sebabnya suara Misha yang merintih dalam lagu balada mampu buat orang ikut sebak, dan kenangan bersama arwah menjadi inspirasi penting dalam kariernya.

Rakan-rakan artis turut hadir memberi sokongan, termasuk Anuar Zain, Sherry Al Hadad, Scha Al Yahya, Awal Ashaari, Ernie Zakri, Syamel, Datuk Fazley Yaakob dan Hasif Upin.

Malam tadi bukan sekadar konsert… ia kenangan, penghargaan dan bukti bahawa Misha Omar masih lagi power. Lagu-lagu hits, busana cantik, interaksi santai dengan penonton, dan suara yang tak pernah pudar, semua jadi satu malam yang sukar dilupakan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
anuar zainawal ashaariDatuk Fazley Yaakobernie zakriMega Star Arenamisha omarScha Al-YahyaSherry Al Hadadsyamel
Share9Tweet6SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara