Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz HotList

6 Selebriti Ini Pernah Ditangkap Atas Tuduhan Jenayah

by Khai Azfar
October 27, 2017
12
KONGSIAN
Share on Facebook

Setiap manusia pasti tidak akan lari daripada melakukan kesalahan. Baik orang biasa, orang kenamaan mahupun selebriti tidak akan terkecuali. Namun begitu,ingin kami imbas kembali mengenai beberapa selebriti yang pernah ditangkap atas pelbagai kes jenayah.

1. Mona Fandey

Buat anda yang tidak tahu, Mona Fandey merupakan seorang penyanyi sebelum menjadi penjenayah yang paling digeruni suatu ketika dahulu. Mona Fandey atau nama sebenarnya Maznah Ismail dihukum gantung sampai mati pada 2001 atas kesalahan membunuh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri, Mazlan Idris.

YouTube video

Mona bersama – sama suaminya Affandy Rahman dan pembantu mereka Juraimi memancung kepala mangsa dan badannya dikerat dan sebahagian kulitnya disiat. Mayatnya ditemui dipotong kepada 18 bahagian dan ditanam di sekitar rumah Mona Fandey.

2. Benjy

Benjy yang popular menerusi drama Kerana Cintaku Saerah dikenakan hukuman penjara 11 tahun oleh Mahkamah Daerah Medan atas kesalahan menyeludup dadah ke negara berkenaan awal tahun ini. Benjy yang juga anak kepada Allahyarhamah Azean Irdawaty sebelum ini pernah ditangkap atas kesalahan yang sama.

3. Saiful Apek

Saiful Apek didapati bersalah bersalah memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badannya pada 12 Jun 2010. Malah beliau dan rakannya yang juga pelawak, Yasin turut ditahan atas kesalahan yang sama. Walaubagaimanapun, kedua – dua mereka sudah insaf dan kini bergiat aktif kembali mewarnai industri hiburan tanah air.

Topik Berkaitan Zarina Anjoulie Bersuara Isu Sarah Yasmine, Lain Pula Reaksi Netizen?-"Anju Better You Diam Je.."

4. Zarina Anjoulie

Rasanya pelakon yang popular menerusi drama Anak Pontianak ini sudah tidak aktif lagi dalam dunia seni. Terdahulu, Zarina pernah ditahan polis kerana memiliki dua pil Eramin 5 seberat 0.6gram. Zarina kini tampil dengan bertudung penuh dan selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada tahun lepas

5. Ameng

Finalis Gegar Vaganza musim ketiga ini pernah melalui detik hitam apabila pernah meringkuk di dalam penjara selama 8 tahun dan 14 kali sebatan kerana didapati bersalah atas memiliki dan menagih dadah suatu ketika dahulu.

6. Boy Iman

Pelakon dan pengarah, Boy Iman mengejutkan ramai pihak kerana didakwa menipu melibatkan kes perumahan mampu milik. Sebanyak lebih dari 200 laporan polis telah dilaporkan mengenai beliau dan Boy Iman turut ditahan reman polis sebanyak 6 kali bagi siasatan lanjut

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
amengbenjyboy imanmona fandeysaiful apekzarina anjoulie
Share5Tweet3SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  3. 3

    Apa Istimewanya Griya Hingga Berjaya Duduki No.1 Netflix Malaysia? iQIYI Dedah Kekuatan Drama Ini

  4. 4

    Tahniah! Fattah Amin & Amira Othman Timang Anak Lelaki- “Sedap Namanya”

  5. 5

    Air Dah Berasap, Tapi Masih Kata Tak Panas! Kisah Pelanggan Cerewet Buat Ramai Geleng Kepala

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara