Monday, August 4, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

6 Selebriti Lelaki Ini Pernah Menjadi Model Seluar Dalam Calvin Klein!

by Khai Azfar
February 19, 2019
173
KONGSIAN
Share on Facebook

Jenama pakaian lelaki, Calvin Klein (CK) tampil dengan eksklusif menerusi rekaannya yang pelbagai. Selain mengambil model ternama untuk peragakan koleksi dan kempen terbaru mereka, CK juga turut memilih selebriti-selebriti popular untuk menjadi ‘The Face of Calvin Klein’.

6 Selebriti Lelaki Yang Pernah Menjadi Model Seluar Dalam CK 

Baru-baru ini pula, hangat memperkatakan mengenai penyanyi Shawn Mendes yang memakai boxer brief dipercayai bagi menjayakan kempen terbaru CK. Akui Shawn lagi, gambar tersebut merupakan gambar yang paling banyak mendapat tanda suka berbanding gambar-gambarnya yang lain di Instagram.

Melihatkan pada ‘teaser’ yang diberi, rata-rata peminat turut mengimbas kembali beberapa selebriti terdahulu yang menjadi model kepada CK. Tak dinafikan, lagak dan aksi mereka sememangnya cukup panas! murai.my rangkumkan 6 selebriti popular yang pernah menjadi model seluar dalam Calvin Klein selain si pelantun Nervous ini.

Mark Wahlberg

Rapper semua sedia maklum bahawa Marky Markini terkenal kerana membuka seluarnya di hadapan umum. Untuk itu, CK memberi ruang dengan tampilkan Mark sebagai model mereka. Percaya atau tidak selepas 26 tahun , gambar ini masih dianggap sebagai edisi yang paling seksi!

Justin Bieber

Ramai yang beranggapan pemilihan Justin Bieber sebagai model CK seperti tidak bersesuaian. Meskipun mesej yang cuba ditampilkan adalah menunjukkan dia sudah dewasa, tetapi lagaknya melambangkan satu perkataan. Awkward! 

Nick Jonas

Nick Jonas tampil menggiurkan dengan ‘aksi panas’ meniru gaya yang diperagakan Mark Wahlberg untuk kempen CK sekitar 90-an. Malah Nick sempat berseloroh dengan mengatakan ‘Saya sudah dewasa sekarang’.

Kellan Lutz

Selepas tampil sebagai pontianak dalam filem Twilight, pelakon yang juga seorang model ini telah membuktikan bahawa dia memiliki segala pakej lengkap sebagai seorang lelaki!

Jamie Dornan

Sebelum popular menerusi watak Christian Grey dalam 50 Shades of Grey, Jamie Dornan terlebih dahulu sukses dalam kariernya sebagai seorang model termasuk menjadi model kepada Calvin Klein. Dalam sesi penggambaran , dia turut dipilih bergandingan bersama Eva Mendes. Ramai yang beranggapan bahawa Jamie adalah lambang lelaki yang seksi pada tahun itu.

Antonio Sabato Jr.

Too hot! Pelakon The General Hospital ini sudah pasti nya akan berjaya mempengaruhi setiap pesakit untuk kerap ke hospital sekiranya dia adalah seorang doktor sekitar 90-an dahulu. Meskipun sudah lama berlalu, Antonio masih tampil kacak di usianya 47 tahun.

Calvin Kleinmodel seluar dalam
Share69Tweet43SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    Ini Cara Guna RM100 SARA Sebelum 31 Disember. Jangan Terlepas!

  3. 3

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem