Thursday, July 31, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Budaya

7 Cara Ransang Deria Anak Dari Kecil

by Jash Lee
May 9, 2020
Happy family with several members in education process

Happy family with several members in education process

65
KONGSIAN
Share on Facebook

Bak kata pepatah, kalau melentur buluh biarlah dari rebungnya. Beginilah kehidupan kita, kalau kita nak anak menjadi bijak pandai haruslah dibentuk dan diransang dari kecil. Banyak ibu bapa sekarang terlepas pandang dan terlalu memanjakan anak.

Jika anda ingin si kecil anda menjadi seorang yang bijak pandai. Anda boleh cuba meransang deria anak dengan 7 cara yang ingin kami kongsikan.

1- Mainan

via SirapLimau

Beli mainan atau buku yang boleh meransang minda anak. Dalam meransang perkembangan anak, pemilihan mainan sangat penting terutamanya untuk anak yang berusia dibawah 2 tahun. Beli mainan yang tidak mendatangkan bahaya dan pelbagaikan jenis mainan tidak kira pada anak lelaki atau anak perempuan.

2- Sentuhan

via SheKnows

Kalau nak anak bijak, bukan dengan mengajar membaca sahaja tetapi dengan meransang deria mereka, cara yang paling bagus adalah dengan sentuhan. Otak anak mudah menyerap segala benda dengan optimum. Anak cepat ‘tangkap’ apa-apa input yang diberikan kepada mereka.

Contohnya nak ajar anak tentang buah epal, daripada guna buku atau flashcard lebih baik guna epal yang betul untuk anak pelajari. Jika hanya buku atau flashcard, mereka hanya menggunakan deria dengar dan lihat. Jika diberikan buah epal yang betul, semua deria dapat digunakan dan anak akan mudah faham.

3- Keseimbangan Dan Pergerakan

via Hijab&Heels

Apabila bermain dengan anak, mereka akan memerhati, menyiasat, mencuba, mencipta, berfikir dan berimaginasi mengikut kreativiti mereka.

Contoh mainan yang sesuai untuk meransang keseimbangan dan pergerakan adalah seperti bentuk gegelung, cawan atau apa sahaja mainan yang memerlukan aktiviti seperti membina menara adalah sangat bagus. Menerusi aktiviti ini, anak akan mengenali keseimbangan dan bentuk. Permainan seperti ini juga akan menjana minda anak untuk berfikir dan sentiasa bergerak untuk melakukan sesuatu. Melukis juga antara aktiviti yang bagus untuk anak.

4- Visual

via HarianMetro

Benda yang kecil boleh meransang kemahiran motor halus anak dan melatih mereka untuk lebih fokus. Melalui cara ini, pemikiran dan penglihatan menjadi lebih tajam sementara pergerakan tangan juga akan bertambah lancar.

Contoh mainan yang sesuai adalah seperti penyepit baju atau domino lembut yang bercorak dan berwarna warni. Campurkan semua corak dan warna, kemudian minta anak untuk mengasingkannya.

5- Auditori

via Dream

Setiap anak itu unik. Mereka mempunyai cara tersendiri untuk memakai sesuatu dengan menggunakan deria pendengaran. Selain daripada hanya bercerita melalui buku, sesekali apa salahnya jika ibu bapa mengajar anak dengan cara menyanyi bersama, meniru suara sesuatu watak animasi, sampai cara bertutur dengan lebih fasih. Ajar anak mendalami banyak bahasa dan cuba menyebutnya dengan jelas.

Contoh aktiviti yang sesuai adalah seperti bagi anak mendengar lagu dengan menggunakan headphone. Teknik ini juga berkesan untuk anak yang lewat bercakap (speech delay).

6- Rasa

via MomsTalk

Anak akan suka untuk belajar apabila dia dapat meneroka dunianya. Contohnya anda dapat melihat epal dalam buku atau flashcard tetapi tidak dapat merasa, menggigit dan memegang epal. Anak akan merasa lebih seronok untuk belajar jika mereka dapat melakukan aktiviti tersebut. Contohnya jika kita ajar anak tentang epal, bagi anak pegang, sentuh dan rasa buah epal itu.

7- Bau

via Pa&Ma

Antara salah satu ransangan otak anak berlaku adalah melalui deria bau. Kanak-kanak mempunyai deria bau yang sangat kuat. Mereka akan tertarik kepada bau yang harum dan tidak suka akan bau yang tidak menarik.

Contohnya bawa anak mengelilingi taman bunga dan biarkan anak menghidunya dengan pelbagai jenis bauan.

Pada ibu bapa, tiada guna jika membeli mainan yang banyak jika ‘tiada’ ibu bapa yang boleh luangkan masa bermain dan belajar bersama-sama dengan anak-anak. Luangkanlah masa berharga anda bersama si kecil yang tersayang.

ransangderiaanak ibubapa anakbijakpandai
Share26Tweet16SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Qadejah Marah Aliff Syukri, Tapi Lain Pula Netizen Terhibur- “Sempat Mintak Air Pulak Tu”

  2. 2

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  3. 3

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  4. 4

    [VIDEO] Bapa Hadiahkan Beg PRADA, Reaksi Ammar Ahyan Buat Netizen Berdekah- “Posing Kemain”

  5. 5

    Sambutan 40 Tahun Shangri-La Kuala Lumpur: Jom Lihat Apa Yang Membuat Hotel Ini Sungguh Berbeza?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem