• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz HotList

7 Filem Dan Drama Lakonan Umie Aida Yang Cetuskan Fenomena

by Khai Azfar
April 11, 2018
13
KONGSIAN
Share on Facebook

Datin Paduka Umie Aida adalah pilihan murai.my sebagai Primadona yang sememangnya berbakat besar. Umie atau nama sebenarnya Umi Khalsum binti Rahmad Ali bukan sahaja bergelar pelakon malah turut bergelar penyanyi, penerbit dan ahli perniagaan. Pelakon yang berusia 44 tahun ini memulakan karier lakonan ketika berusia 18 tahun setelah menjadi finalis pertandingan Dewi Remaja 1990/91.

7 Lakonan Umie Yang Cetuskan Fenomena

Umie yang juga adik beradik kepada Erma Fatima dan Betty Rahmad ini pernah memenangi beberapa anugerah antaranya Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin, Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia masing-masing menerusi filem “Embun” (2002) dan “Sembunyi: Amukan Azazil” (2013). murai.my rangkumkan semula 7 filem dan drama lakonan Ratu Filem Epik ini yang pernah mencetuskan fenomena.

Senario Lagi (2000)

YouTube video

Babak dimana Umie sebagai Linda memandu kereta kuning di dalam ladang getah masih segar dalam ingatan meskipun sudah hampir 18 tahun berlalu. Manakan tidak, lakonannya yang bersahaja bersama kumpulan Senario turut berjaya mencalonkan namanya sebagai Aktres Pembantu Terbaik FFM 15

Leftenan Adnan (2000)

https://www.youtube.com/watch?v=FVeryOrYdd4

Dalam tahun yang sama, Umie turut muncul dalam filem Leftenan Adnan sebagai Sophia Pakih Muda, isteri kepada pejuang Rejimen Askar Melayu Adnan bin Saidi yang maut ketika menentang tentera Jepun di Bukit Candu, Singapura.

Keberkesanan lakonan Umie turut menjadikan namanya tercalon sebagai Aktres Terbaik FFM 15 dan Aktres Terbaik Anugerah Skrin.

Embun (2002)

https://www.youtube.com/watch?v=reKtAMNCZUg

Siapa sahaja yang tidak mengalirkan airmata ketika menonton filem Embun. Mencatat ‘Box-Office’ ketika itu, Umie yang berlakon sebagai pelakon utama filem ini telah memenangi Aktres Terbaik FFM16, Aktres Terbaik Anugerah Skrin ke 6 serta turut tercalon sebagai Aktres Terbaik Festival Filem Asia Pasifik Ke 47, Seoul, Korea Selatan.

Umie Aida Tegur Erma Fatima Jangan Terlalu Terbuka, Takut Undang Hasad Dengki

Dukun (Siap pada 2006 dan ditayangkan pada 2018)

Tular ketika ini Umie sebagai wanita berkebaya merah ataupun lebih dikenali sebagai Diana Dahlan. Manakan tidak, filem Dukun ini telah digantung tayangannya 12 tahun yang lalu dan kini berjaya ditayangkan. Tidak dinafikan Umie berjaya membawa watak Diana dengan cukup baik!

Kekasihku Seru (2008)

https://www.youtube.com/watch?v=Qs-qUKgjnTo

Drama seram ini sudah pastinya meninggalkan kesan jika anda masih ingat suatu ketika dahulu. Ketika itu juga ramai yang tidak ingin berganjak dari kaca televisyen semata-mata ingin lihat apakah yang terjadi pada Mas Suri dan keluarganya. Drama ini telah memenangi Drama Rantaian Terbaik Anugerah Skrin 2009

Waris (2010)

YouTube video

Melihatkan kejayaan drama Kekasihku Seru, pengarahnya Khabir Bhatia telah menyambung rantaian drama ini kepada Waris. Di dalam drama Waris, Umie masih lagi memegang watak sebagai Mas Suri dan suka untuk kami katakan drama ini benar-benar berhantu! Syabas Umie!

Sembunyi Amukan Azazil (2013)

YouTube video

Filem ini juga merupakan kenangan manis Umie. Pada Festival Filem Malaysia ke-26 , Umie yang berlakon sebagai Ibu Yani telah dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik. Malah pada tahun yang sama, Umie turut menerima pencalonan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah Skrin dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur.

aqashadatin paduka umie aidadukunembunkekasihku serukhabir bakhtialeftenan adnansembunyi amukan azazilsenario lagiUmie Aidawaris
https://lomp.at/rdn5b
Share5Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

HotList

8 Tahun Kahwin, Baru Dapat ‘Proper Dinner’. Pengakuan Jujur Hafizh Syahrin Buat Ramai Tersentuh

by Aisy
December 15, 2025

Pelumba kebangsaan, Hafizh Syahrin Abdullah mencuri perhatian peminat apabila berkongsi momen ulang tahun perkahwinan kelapan bersama isterinya Noor Suzana Abdul...

Read more
HotList

Kereta Nissan Skyline R34 Milik Isteri Alif Irfan Jadi Hadiah Cabutan Bertuah Paling “Gila” Tahun Ini!

Sosialbuzz kalini kita kupas dunia motorsport tempatan yang digemparkan dengan satu kejutan besar apabila sebuah Nissan Skyline R34, yang sebelum...

Read more
by Aisy
December 11, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

  2. 2

    KA Perkenal Sistem Tempahan Rembayung, Pemuda Beri Cadangan Supaya Tidak Ditipu Reseller

  3. 3

    5 Perkara Yang Kita Semua Boleh Belajar Dari Restoran Baharu Khairul Aming, Rembayung

  4. 4

    “Aku Syak Bapak Dia Letak Nama Ex-Ex Dia Sekali”- Nama Panjang Sampai Penuh Borang Cetus Spekulasi

  5. 5

    Tiga Beranak Slay Bawa Lagu ‘What’s Going On’, Di Putrajaya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore