Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result

7 Hal Yang Penonton Tidak Tahu Ketika Final Gegar Vaganza 2019 Berlangsung

by Khai Azfar
December 24, 2019
19
KONGSIAN
Share on Facebook

Biarpun Gegar Vaganza 2019 (GV2019) telah melabuhkan tirainya pada Ahad lalu, namun kehangatannya masih dirasai apatah lagi turut mencipta pelbagai kenangan dan sejarah tersendiri sepanjang penganjuran rancangan realiti ini.

7 Yang Menarik Di Final Gegar Vaganza 2019

Di sebalik kemeriahan tersebut, kami di Murai.my yang berkesempatan hadir membuat liputan bagi GV2019 yang turut menyimpan pelbagai kisah menarik untuk dikongsi buat tatapan pembaca apatah lagi pada pentas akhir rancangan itu. Berikut kami tampilkan 7 yang menarik sepanjang ‘Final’ GV2019.

Sering Mengusik Tok Ram

Di kaca televisyen, sering kali penonton dapat melihat aksi nakal dua pengacara GV2019, Nabil Ahmad dan Jihan Muse yang mengusik salah seorang juri tetap program itu, Datuk Ramli MS atau juga mesra disapa sebagai Tok Ram.

Namun di sebaliknya, bukan sahaja di kaca televisyen malah ketika memberi laluan kepada iklan di kaca televisyen juga kedua-dua mereka tetap ‘membahan’ Tok Ram. Nakal sungguh!

5 Persembahan Standing Ovation

Tidak pasti sekiranya di kaca televisyen mahupun siaran atas talian dapat merakamkan detik persembahan-persembahan yang mendapat ‘standing ovation’ dari juri tetap dan penonton di Auditorium MBSA Shah Alam.

View this post on Instagram

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Untuk yang tidak tahu, persembahan yang mendapat penghormatan tersebut adalah Jatt(Without You), Hady Mirza(Ku Bersuara), Naqiu Boboy (Srikandi Cintaku), Jatt dan Sham VISA (Angguk-Angguk Geleng-Geleng) serta Hady Mirza dan Naqiu Boboy (Haa Tepok).

Peminat Ramai Dari Biasa

Memandangkan ini adalah minggu terakhir GV, peminat juga tidak melepaskan peluang untuk datang memberi sokongan buat bintang kesayangan mereka. Buktinya, Auditorium MBSA ‘full house’ sehingga ada yang terpaksa duduk di tangga!

Nabil Beri Petunjuk Jihan Pengacara MeleTOP 2020?

Sebelum mengumumkan senarai pemenang musim ini, Nabil telah berkata dia bakal berkolaborasi bersama Jihan dalam sebuah projek khas pada tahun hadapan. Seakan memberi bayangan bahawa pengacara itu bakal menggantikan Neelofa, rata-rata peminat turut memuji Jihan adalah calon yang sesuai memandangkan gandingannya bersama Nabil dilihat cukup serasi.

Suasana Sidang Media ‘Panas’

View this post on Instagram

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Usai daripada konsert akhir GV2019, sebuah sidang media telah pun diadakan. Berbeza dengan sebelum ini, sidang media tersebut agak sedikit ‘panas’ dengan soalan-soalan daripada media mengenai keputusan pada malam tersebut yang menobatkan dua bintang sebagai juara edisi kali ini.

Bagaimanapun, segala-galanya telah pun terjawab pada sesi soal jawab itu.

Akui Nama Naqiu Sering Digugurkan Dari Senarai

Dalam kenyataan yang diberikan oleh Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad dia akui ketika pemilihan bintang-bintang GV2019, nama Naqiu sering kali digugurkan daripada senarai. Setelah perbincangan bersama, akhirnya pihak produksi bersetuju untuk menampilkan vokalis Boboy dalam musim kali ini. Ternyata taruhan mereka tidak salah!

Peminat Tunggu Sehingga 2 Pagi

Tergamam kami dibuatnya! Manakan tidak, selepas sesi sidang media yang berakhir hampir jam 2 pagi itu, kelihatan ramai peminat masih tunggu di ruangan parkir menantikan bintang-bintang kesayangan mereka.

View this post on Instagram

A post shared by Mohamad Zulfakhar (@mohamadzulfakharmozu)

Malah ada beberapa kelab peminat seperti One Nation Emcees dan Jatt telah menyanyikan lagu hits mereka sebaik sahaja muncul bagi merakamkan ucapan penghargaan buat peminat.

Gegar Vaganza 2019
https://lomp.at/sfakl
Share16Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Anak Didie Alias Dedah Sikap Prihatin Ibu-“Dia Yang Uruskan Jenazah Ayah Padahal Bekas Suami…”

by Naddy Joe
February 24, 2026

Anak perempuan kepada pelakon dan pelawak, Niya Ridzuan iaitu Didie Alias mendedahkan sikap ibunya yang sangat prihatin terhadap semua pihak...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

Taman Botani Shah Alam: Ini 9 Aktiviti & Spot Unik Yang Anda Wajib Singgah

by Farah Fatihah
January 11, 2026

Taman Botani Shah Alam merupakan salah satu destinasi rekreasi yang popular di Selangor. Terletak di tengah bandar, taman ini menawarkan...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Datin Shahida Kongsi Gelagat Aliff Syukri ‘Tak Duduk Diam’ Di Konsert Siti Nurhaliza, Netizen Terhibur!

by Naddy Joe
January 12, 2026

Isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Shahida mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat suaminya...

Read moreDetails
Filem

Balik Raya Asyik Kena Soal ‘Bila Nak Kahwin’? Iklan Raya “Bila” Arahan Nadhir Nasar Tayang 7 Mac Ini

by Farah Fatihah
March 6, 2026

Sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd melancarkan iklan Raya terbaharu berjudul “Bila”...

Read moreDetails
Sosial Buzz

‘Awak Betul, Kami Paling Cringe’- Mimifly Tegur GenZ

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Kalau anda selalu scroll Threads untuk hiburan ringan, mesti pernah terjumpa perdebatan tentang generasi, lebih-lebih lagi bila topik Millennials vs...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara