Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

7 ‘Life Hack’ Yang Boleh Dilakukan Bagi Penggemar Aktiviti Berkhemah!

by Aphit J.
December 6, 2020
Share on Facebook

Sejak kebelakangan ini, makin ramai yang suka pergi ke berkhemah. Seperti menjadi satu trend baru untuk keluar beriadah menikmati keindahan alam di dalam hutan sambil bersantai bersama rakan-rakan.

Bagi anda yang suka dengan aktiviti ini, berikut adalah 7 idea kreatif yang boleh dilakukan menurut Spaceships and Laser Beams.

Cawan Plastik Atau Seramik Sebagai Speaker

via Gadgets Wright

Kalau nak layan lagu semasa berkhemah, boleh guna tips ini untuk menguatkan bunyi. Letakkan talifon bimbit anda di dalam cawan yang kosong dan biarkan lagu kegemaran anda dimainkan. Cawan yang kosong ini berfungsi sebagai speaker anda.

Keropok Jagung Untuk Memulakan Api

via Outdoor Soul

Sekiranya anda terlupa bawa bahan penghidup api, gunakan keropok jagung seperti Doritos untuk memulakan nyalaan. Letakkan beberapa keping keropok jagung dan bakar bersama kayu api, pasti ini dapat memudahkan lagi proses pembakaran kayu.

Bakar Daun Sej Untuk Menghalau Nyamuk

via Organic Sage Plants

Menurut Spaceships and Laser Beams, sekiranya anda berdarah manis dan nyamuk amat tertarik dengan anda, campakkan sejambak ikatan daun sej ke dalam unggun api. Asap yang dihasilkan akan mencegah nyamuk daripada datang ke kawasan itu.

Menggunakan Lampu Berkuasa Solar

via Mattress Advisor

Bukan saja dapat menjimatkan penggunaan bateri dan elektrik, lampu berkuasa solar ini lebih mudah dan ringan untuk dibawa ke mana-mana. Tidak perlu membazir membeli bateri yang kadangkala merisaukan kita akan tempoh bertahan sesuatu bateri.

Elakkan Serangga Masuk Ke Dalam Kasut

via Travel with Kat

Kadangkala tanpa sedar, bagun saja pagi, pasti akan ada serangga kecil yang masuk ke dalam kasut. Jadi untuk megelakkanya, anda boleh sumbat dengan kain atau baju untuk mengelakkan serangga atau haiwan kecil daripada masuk ke dalam kasut.

Bungkus Arang Menggunakan Sarang Telur

via Global Trade

Menurut Spaceships and Laser Beams, petua ini amat mudah dan efektif. Bungkus arang bersama-sama sarang telur, kemudian sekiranya hendak menyalakan api, masukkan sekali sarang telur untuk membakar.

Pecahkan Telur Siap-Siap

via That Clean Life

Telur amat senang pecah jika cara dibungkus tidak betul. Anda boleh isi telur dalam bekas atau botol dan dikocak bersama bahan perasa siap-siap. Sampai sahaja masa untuk masak, anda cuma perlu tuangkan di dalam kuali sahaja.

Jadi diharapkan petua di atas dapat membantu dan memudahkan dalam meneruskan hobi berkhemah anda. Selamat mencuba!

camping malaysiapetua berkhemahpetua campingtips berkhemah
https://lomp.at/19hbm
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Jalan-Jalan

Ramai Tak Sedar, Ini Laluan AirAsia Paling ‘Smart’ Ke Jepun

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Kalau dulu sebut nak ke Jepun, kebanyakan orang terus fikir terbang dari Kuala Lumpur ke Tokyo atau Osaka. Tapi kali...

Read moreDetails
Hotel

Tak Payah Terbang! Rasa Yogyakarta Datang Terus Ke Penang Marriott Hotel

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Ada satu benda MURAI percaya… kalau bau rempah dah sampai dulu sebelum kita nampak makanan, confirm malam itu tak akan...

Read moreDetails
Foto - TRX
Jalan-Jalan

Rai Tradisi & Kebersamaan Dengan The Exchange TRX Menerusi ‘Rimbun Raya’

by Nurul A.
March 21, 2026

Sempena Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, The Exchange TRX membawakan Rimbun Raya, sebuah kempen perayaan yang...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Kenapa Vietjet Air Dipilih Jadi Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia 2026?

by Phic ARMAN
March 24, 2026

Vietjet Air sekali lagi buat gegar dunia penerbangan bila dinobatkan sebagai World’s Best Ultra Low-Cost Carrier 2026 di Airline Excellence...

Read moreDetails
Foto - redBus
Destinasi

Hari Wanita Antarabangsa: 5 Idea Percutian Solo Untuk Kamu Yang Sukakan ‘Adventure’!

by Nurul A.
March 7, 2026

Perjalanan solo bagi wanita kini bukan sekadar hashtag menarik di Instagram, ia telah menjadi satu gerakan yang mencerminkan peralihan yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    “Naik Kereta Ni Tak Terasa Seperti Bruce Wayne, Tapi Rasa Macam Putera Mateen”-Ujar Alif Satar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara