Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

7 Sekolah Antarabangsa Terima Ancaman Bom, Datuk Aaron Aziz Kelam Kabut Ambil Anak Di Sekolah

by Puteri Alia
November 22, 2023
Share on Facebook

Umum mengetahui bahawa Malaysia kekal dengan pendirian dan teguh menyokong Palestin walaupun wujud ancaman bom yang didakwa ekoran kelantangan negara membidas kekejaman Israel.

Baru-baru ini pelakon Datuk Aaron Aziz bergegas mengambil anaknya di sekolah selepas dimaklumkan terdapat ancaman bom di pusat pendidikan berkenaan.

Jelas pemilik nama penuh Aaron Mustapha Aziz itu, keadaan menjadi agak huru-hara apabila ramai ibu bapa panik sehingga mahu segera mengambil anak mereka.

“Hari ini (semalam) secara tiba-tiba ada ancaman bom. Sembilan sekolah terima ancaman bom kalau tak salah saya.

“Kami disuruh pihak sekolah untuk ambil anak-anak dan sekolah anak saya yang terletak di Setia Alam adalah satu daripadanya.

“Jadi sekarang tengah huru hara, keluarga semua tengah kelam-kabut. Saya faham sebab situasi ini mencetuskan rasa panik,” katanya menerusi hantaran video dalam TikTok, semalam.

Begitupun, pelakon filem Ombak Rindu itu menasihatkan ibu bapa pelajar lain supaya sentiasa bertenang selain mengikut arahan yang diberikan.

Menurutnya, tindakan segelintir penjaga yang panik menyukarkan lagi semua pihak dalam memastikan keselamatan anak-anak terjamin.

“Tapi bagaimanapun bila berhadapan dengan situasi begini, kekal tenang, jangan jadi kancheong (cemas), ikut arahan.

“Kita tak boleh panik, macam mana mereka (sekolah) nak kawal keadaan yang selamat untuk semua termasuk keluarga, pelajar dan cikgu,” katanya.

Menerusi kapsyen dalam hantaran tersebut juga, aktor berusia 47 tahun itu sempat memberi apresiasi kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertindak pantas dalam berdepan situasi berkenaan.

“Terbaik tindakan PDRM cepat dan profesional dalam kecemasan, kalau boleh jangan panik

“Setakat ini sekolah Dahlia masih tidak menerima email susulan tetapi sekolah telah ambil langkah awal. Saya suka reaksi yang pantas dari sekolah ini.

“Kekal tenang dan ikut protokol. Kalau satu huru-hara, lain akan ikut. Ingat orang lain pun ada anak anak,” ujarnya panjang lebar.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan terdapat beberapa buah sekolah antarabangsa di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor menerima ancaman bom.

Komen 'Serang' Keluarga, Aaron Aziz Cari Pemilik Akaun FB- "Biadap & Kurang Ajar!"

Terdapat tujuh sekolah antarabangsa di Selangor di daerah Petaling Jaya, Shah Alam, Kajang, Subang Jaya, dan Kuala Langat terima ancaman itu.

Difahamkan, ancaman bom tersebut diterima organisasi sekolah antarabangsa melalui e-mel tanpa nama antara pukul 9.30 pagi dan 10.15 pagi Selasa lepas.

aaron aziz
https://lomp.at/hnszz
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Puteri Balqis Bidas Mia Sara Beria Menangis Depan Wartawan?

by Naddy Joe
January 23, 2026

Pelakon remaja, Puteri Balqis tampil bersuara terhadap tindakan pelakon, Mia Sara Nasuha yang sebelum ini menangis di hadapan para wartawan...

Read moreDetails
Foto - @billieeilish (IG)
Hollywood

Gemar Penampilan ‘Oversized’, Ini Alasan Peribadi Billie Eilish

by Nurul A.
March 3, 2026

Nama Billie Eilish sering menjadi topik hangat dalam kalangan peminat. Penyanyi ini bukan sahaja dikenali kerana muzik hebatnya, tetapi juga...

Read moreDetails
Berita

Aliff Syukri Pasang Impian Mahu Duet Dengan Siti Nurhaliza-“Kita Ini Insan Yang Kerdil…”

by Naddy Joe
January 22, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan hasratnya untuk berduet dengan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Luah Impian...

Read moreDetails
Korea

20 Bilion Won Cukai Tertunggak? Ini 5 Fakta Kes Siasatan Cha Eun-woo

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Bila sebut nama Cha Eun-woo, ramai bayangkan visual ‘heaven’, senyuman manis dan bakat yang makin bersinar dari ASTRO ke dunia...

Read moreDetails
Foto - @nabilzira (IG)
Lokal

Dakwa Ada Pihak Iri Hati, Nabil Ahmad Tegas Hubungan Baik Dengan Fazura

by Nurul A.
February 26, 2026

Pelawak, pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad menjadi perhatian ramai selepas muncul beberapa dakwaan bahawa hubungannya dengan aktres Nur Fazura...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara