Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

7 Tshirt Paling Mahal Di Dunia, Ada Yang Seharga Dengan Kereta Lamborghini

by Phic ARMAN
August 23, 2018
18
KONGSIAN
Share on Facebook

T-Shirt termahal di dunia? Memang ada ke? Tak dapat dinafikan, seiring perkembangan zaman, semakin banyak pakaian yang diciptakan oleh para pereka dari yang murah hingga mahal. Harganya bergantung dari kualiti dan gayanya.

Ya, semakin bagus materialnya maka harga yang ditawarkan pun akan semakin mahal. Malah mahalnya seolah-olah seperti tak masuk akal, ada salah satu T-shirt yang harganya sama dengan kereta mewah Lamborghini.

Agak-agak bagaimana rupa T-shirt termahal di dunia ni? Seperti yang dilaporkan dari mostluxuriouslist, berikut tujuh T-shirt termahal di dunia yang harganya dijamin akan buatkan anda terkesima.

Run DMC “My Adidas”- RM52,000.00

Foto: Mostluxuriouslist.com

T-shirt termahal pertama adalah Run DMC dari Adidas. T-shirt tersebut dikeluarkan sekitar tahun 1980-an yang pada masa itu dibuat untuk promosi konsert Run D.M.C yang memang sangat popular.

Agak simple, T-shirt tersebut hanya rekaan kosong yang ditambah dengan tulisan berwarna hitam dan garis merah.

Walaubagaimanapun, ternyata ia masih sangat popular hingga saat ini. Jadi tak hairan kalau harga t-shirt tersebut mencapai US$ 13 ribu atau sekitar RM52 ribu.

John Lennon Home – RM65,600.00

Siapa yang tak kenal dengan penyanyi legenda, John Lennon. Sebelum meninggal dunia kerana ditembak oleh salah satu peminat fanatiknya, Lennon diketahui seringkali mengenakan t-shirt bertuliskan “Home”.

Tanpa disangka, T-shirt pemberian seorang pemilik restoran bernama Home itu pun terkenal setelah dipakai oleh John Lennon saat konserr. Harga t-shirt warna jingga itu dijual dengan harga yang sangat mahal iaitu mencapai US$ 16,400 atau sekitar RM66 ribu

Supreme x Molodkin Sample Box Logo – RM88,000.00

Foto: Mostluxuriouslist.com

T-shirt termahal di dunia seterusnya dipegang oleh t-shirt dari jenama Supreme. Ya, di tahun 2003, Supreme berkolaborasi dengan Molodkin dengan melancarkan berbagai macam t-shirt box-logo.

Beberapa rekaan t-shirt juga dikeluarkan tapi tak pernah terlihat dijual. Salah satunya adalah  t-shirt bergambar negatif gambar Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di bahagian belakangnya.

T-shirt tersebut hanya dijual di online. Memang susah untuk menjumpai koleksi ini dan tak hairanlah kalau harga untuk T-shirt ini mencapai US$ 22 ribu atau sekitar RM88  ribu sehelai.

Hanes / UNICEF 1996 Olympics – RM168,000.00

Foto: Mostluxuriouslist.com

Pada tahun 1996, Atlanta berkesempatan menjadi tuan rumah sukan Olimpik. Hal itu membuatkan UNICEF menjalin kerjasama dengan Hanes untuk membuat lelong T-shirt.

Semua hasil lelongan itu pun akan diberikan untuk anak-anak kurang bernasib baik. Pada awal penjualan, t-shirt tersebut hanya dijual dengan harga US$1 atau sekitar RM4.

Namun, memandangkan baju hitam kosong ini sudah tidak dikeluarkan lagi, mereka kemudian melelongnya hingga mencapai US$ 42 ribu atau sekitar RM168 ribu.

Crocodile T-shirt- RM366,000.00

Foto: Time

Kamu tentu sudah familiar dengan jenama terkenal Hermes. Ya, produk dengan  jenama ini terkenal dengan harganya yang super fantastik.

Bukan sekadar beg tangan,  harga t-shirt yang mereka jual pun sangat mahal dan ada yang setara dengan harga sebuah kereta.

Menurut laporan dari Time, Crocodile T-shirt dari Hermes ini dijual dengan harga US$ 91 ribu atau sekitar RM366 ribu. Nak tahu kenapa mahal sangat? Ini kerana material yang digunakan 100%  dari kulit buaya. Duh!

UNICEF Cargo Flight – RM1.2 juta.

UNICEF memang aktif di bidang bantuan amal untuk golongan yang tak berkemampuan menerusi cara lelongan. Selain T-shirt Hanes / UNICEF 1996 Olympics yang berjaya dijual berharga RM168 ribu, UNICEF kembali melelong t-shirt kosong dengan lakaran kartun yang berjaya terjual hingga US$ 300 ribu atau sekitar RM1.2 juta.

Kaos dengan desain gambar pesawat yang menjatuhkan kotak bantuan itu hanya ada 12 helai di dunia dan dibeli oleh salah satu dermawan.

Superlative Luxury – RM1.6 Juta

Ini dia T-shirt yang mendapat julukkan sebagai T-shirt termahal di dunia. Harganya setara dengan kereta mewah Lamborghini!

Ya, T-shirt yang bernama Superlative Luxury ini dilancarkan di London pada tahun 2012. Meskipun terlihat seperti T-shirt biasa, tapi t-shirt berwarna hitam itu dibuat dengan bahan 100% bebas CO2 (Karbon Dioksida).

Bukan setakat itu, t-shirt tersebut juga bertakhtakan 16 butir berlian yang sangat istimewa. Tak haira kalau harga t-shirt tersebut mencapai US$ 400 ribu atau sekitar RM 1.6 Juta

Itu dia tujuh t-shirt termahal di dunia yang harganya sudah pasti buat anda terkejut. Yang mana satu pilihan anda?

Crocodile T-shirtHanes / UNICEF 1996 OlympicsJohn Lennon HomeRun DMC “My Adidas”Superlative LuxurySupreme x Molodkin Sample Box LogoUNICEF Cargo Flight
https://lomp.at/vmr55
Share7Tweet5SendShare

KINI TRENDING

Fesyen

Koleksi Raya Malabar Gold & Diamonds: Inspirasi 14 Negara Yang Buatkan Anda Jatuh Hati

by Phic ARMAN
January 26, 2026

Raya tahun ni, MURAI telahpun tengok sendiri koleksi Hari Raya 2026 Malabar Gold & Diamonds, memang tak boleh pandang sebelah...

Read moreDetails
Fesyen

“Boleh Kreatif Tapi Jangan Rosakkan Identiti Baju Melayu”- Zac Daniel, Model

by Phic ARMAN
January 29, 2026

Zac Daniel bukanlah nama asing dalam dunia fesyen dan peragaan. Dengan lebih 5 tahun pengalaman menapak di pentas fesyen tempatan,...

Read moreDetails
Fesyen

Bila Marriott Bonvoy Bertemu KHATAM, 5 Perkara Ini Buat Raya Lebih Bermakna

by Phic ARMAN
February 15, 2026

Musim Ramadan dan Raya kali ini nampaknya lebih istimewa apabila Marriott Bonvoy bergabung tenaga dengan label fesyen tempatan KHATAM menerusi...

Read moreDetails
Fesyen

Baju Kebaya To’ Puan Syamim Farid Curi Perhatian, Pereka Fesyen Bukan Biasa-biasa

by Phic ARMAN
February 2, 2026

Kalau anda  ikut perkembangan fesyen tempatan, pasti perasan To’ Puan Syamim Farid muncul dengan aura tersendiri dalam koleksi Baju Kebaya...

Read moreDetails
Fesyen

[VIDEO] Syed Saddiq Bercakap Pasal Isu Kad Jemputan Kahwin & Persiapan Raya

by Phic ARMAN
January 29, 2026

Baru-baru ini, tular satu video yang menunjukkan Syed Saddiq dipercayai menyerahkan kad jemputan, dan terus mencetuskan pelbagai spekulasi netizen tentang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore