Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Insentif

9 Bantuan & Insentif Kerajaan Minggu Ini, Ada Laptop Percuma & Baucar RM1,200!

by Phic ARMAN
November 17, 2026
Share on Facebook

Bukan semua insentif kerajaan datang dalam bentuk wang tunai. Ada yang menawarkan subsidi pengangkutan, komputer riba percuma, geran perniagaan malah langganan kecerdasan buatan (AI).

Setakat 17 November 2026, terdapat sembilan pengumuman dan inisiatif kerajaan yang wajar diberi perhatian. Kalau anda belum semak, mungkin ada manfaat yang boleh dinikmati oleh diri sendiri atau ahli keluarga.

1. Insentif Kerajaan : Belanjawan Selangor 2027 – Subsidi SEL30

Penduduk Selangor bakal menikmati subsidi pengangkutan awam sebanyak RM30 sebulan menerusi program SEL30 bagi membantu mengurangkan kos perjalanan harian.

Insentif Kerajaan

2. Elaun Guru KAFA Dinaikkan Kepada RM1,700

Berita baik buat guru KAFA apabila elaun bulanan dinaikkan daripada RM1,500 kepada RM1,700, iaitu peningkatan sebanyak RM200.

3. Baucar Kita Selangor Gig RM1,200

Seramai 5,000 penghantar p-hailing bakal menerima baucar RM100 sebulan selama 12 bulan, menjadikan jumlah keseluruhan RM1,200 seorang.

Insentif Kerajaan

4. 50,000 Langganan Gemini AI Percuma

Kerajaan Selangor turut menyediakan 50,000 pakej langganan Gemini AI oleh Google secara percuma selama setahun. Peluang menarik untuk mereka yang mahu meneroka teknologi AI.

5. Laptop Kita Selangor 2027

Sebanyak 150 komputer riba diperuntukkan bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor menerusi inisiatif bantuan komputer riba.

6. Permohonan UP_TVET Dilanjutkan

Permohonan UP_TVET Perdana bagi ambilan Januari 2027 untuk kursus tanpa temu duga dilanjutkan sehingga 20 November 2026. Jangan tunggu saat akhir!

7. Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RM400

Pekebun kecil RISDA yang layak menerima bantuan RM400, dengan bayaran RM200 bagi November dan RM200 bagi Disember 2026. Pengkreditan dibuat secara berperingkat.

8. Geran TUBE RM15,000 Untuk Usahawan Belia

Belia Bumiputera berusia 18 hingga 30 tahun yang memenuhi syarat boleh memohon geran TUBE 13/2027 bernilai RM15,000. Permohonan dibuka sehingga 31 Disember 2026.

9. Pas MyKomuter50 RM50 Sebulan

Pengguna KTM Komuter di Lembah Klang, Utara dan Shuttle Selatan boleh mendapatkan pas perjalanan tanpa had bernilai RM50 sebulan, tertakluk kepada terma dan syarat KTMB.

Jadi, daripada sembilan pengumuman ini, yang mana satu paling bermanfaat untuk anda? Jangan sekadar baca dan scroll, sebaliknya semak syarat serta kelayakan sebelum terlepas peluang!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
3
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
1
Star
Star
4
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Insentif Kerajaan
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Insentif

Cari Kerja Sambil Berhibur? Khai Bahar Bakal Gegarkan Kuantan & Lebih 500 Peluang Kerja Menanti

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Kalau anda ingat Karnival Kerjaya cuma tempat berjalan dari satu booth ke satu booth sambil pegang resume, kali ini lain...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Pun Tak Buka Aib Awak”- Pekerja Bekas Suami Syida Melvin Nekad Buat Laporan Polis

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara