• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

9 Hal Yang Anda Akan Temui Jika Travel Secara Solo

by Phic ARMAN
February 20, 2017
Share on Facebook

Apabila anda melangkah turun dari pesawat bagi sesebuah destinasi baru, sudah pasti timbul perasaan takut kerana anda menyedari bahawa anda berada dalam sebuah negara yang baru dan anda keseorangan.

Sama ada backpacking merentas Asia atau menghabiskan seminggu di Bali atau London, berikut 9 perkara yang akan berlaku kepada setiap pengembara jika bergerak secara solo.

1.Sesat Jalan Itu Pasti

Anda mungkin mempunyai peta bersama dengan anda tetapi walaupun anda cuba berusaha untuk mencari arah jalan yang betul, sesat jalan pasti perkara biasa dalam perjalanan anda. Jalan yang berliku-liku akan buatkan anda keliru dan tertanya-tanya di manakah destinasi yang ingin dituju. Apabila hal ini berlaku, anda hanya perlu bertenang dan berfikiran positif. Sesat jalan sebenarnya menjadi satu perkara yang menakjubkan semasa dalam perjalanan kerana ia boleh membawa anda menemui kafe yang menarik, butik yang pelik dan taman-taman yang indah yang mungkin tidak terfikir untuk melawatnya.

2. Dilema Travel Solo

Akan datang satu saat di mana anda dalam dilema dan bertanya “Apa yang anda cari sebenarnya ?!” Ia mungkin ketika berada dalam penerbangan kerana waktu ini fikiran anda kosong atau ia boleh terjadi ketika anda berjalan keluar dari lapangan terbang. Anda akan mempersoalkan kewarasan anda adakah perjalanan solo merupakan idea yang baik. Namun emosi ini akan beransur hilang saat anda memulakan pengembaraan baru anda.

3. Duit Tak Cukup

Anda akan menukar wang kurang daripada yang dijangkakan dan mendapati bahawa kemahiran matematik ketika di negara lain tidak berfungsi dengan baik. Jika melancong beramai-ramai, mungkin anda boleh meminjam dari rakan yang lain, namun jika travel secara solo, anda perlu bijak dalam urusan perbelanjaan. Pastikan wang mencukupi dan membawa kad debit atau kredit sebagai backup.

4. Pengalaman Di Luar Jangkaan

Travel Tempat Sejuk? Outfit Bundle Pun Boleh Nampak Macam Mahal

Semasa perjalanan solo saya ke  Japan saya menempah pesawat tanpa persediaan ke Osaka dan terus ke Kyoto menaiki keretapi laju, dan salji lebat menunggu ketibaan saya di Stesen Kyoto. Ia adalah perjalanan yang paling spontan yang pernah saya lakukan dan akhirnya menjadi satu pengalaman yang sangat mahal.

5, Kenalan Baru

Travel secara solo akan buatkan ada lebih mudah untuk bergaul dengan teman-teman baru. Sudah tentu ia memberi manfaat pada anda untuk mendapat teman ketika bersiar-siar mahupun makan bersama. Kadang-kala dengan adanya teman-teman baru secara tak langsung dapat berkongsi idea mengenai perniagaan.

6. Pelbagi Ujian & Dugaan

Setiap manusia pasti ada perasan takut, apalagi kalau melakukan aktiviti secara sendirian seperti mendaki gunung atau menaiki pengangkutan awam yang dipenuhi berbagai ragam manusia. Jika anda mampu mengatasi semua ketakutan itu dan keluar dari comfort zone, bermakna anda hebat.

7. Bebas Berjalan Tanpa Kawalan

Berbeza jika travel beramai-ramai, anda tidak lagi menghabiskan masa berdebat bersama teman-teman bila, di mana mahu berjalan. Jika travel secara solo, semuanya terpulang pada diri anda untuk bergerak. Jika anda mahu tidur seharian di hotel pun tak mengapa, asalkan anda bahagia berseorangan.

8. Penduduk Tempatan Lebih Ramah

Percaya atau tidak, orang lebih peduli pada anda jika anda travel secara solo. Ketika bertemu dengan penduduk tempatan di tempat anda kunjungi, biasanya mereka jadi lebih ramah, lebih informatif mengenai tempat-tempat pelancongan yang mungkin belum ramai orang tahu di daerah mereka.

Kalau nasib anda baik, anda mungkin dapat menginap di rumah mereka secara percuma. Inilah kebaikan jika datang ke tempat orang secara solo.

9. Banyak Masa Untuk Dapat Gambar Yang Cantik

“Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

Sebagai seorang yang gemarkan seni fotografi, travel solo dapat meluangkan masa yang begitu banyak untuk dapatkan foto-foto yang indah dan menakjubkan. Anda dapat menghayati setiap sudut permandangan dan bebas berjalan malah memanjat pokok untuk dapatkan angle yang menarik. Jika anda suka selfie, anda akan rasa lebih selesa untuk hasilkan puluhan mimik muka dalam telefon tanpa menghiraukan orang sekeliling.

Hal ini tidak akan berlaku jika anda travel secara beramai-ramai . Paling ketara, selepas anda pulang dari travel secara solo, anda tidak mudah percaya dengan isu-isu negatif dan persepsi buruk mengenai negara-negara luar kerana anda sudah melihat dengan mata kepala sendiri. Pengalaman ini mengajarkan diri anda untuk lebih mencintai diri sendiri.

travelViral
https://lomp.at/u3rqo
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Dalam masyarakat kita, isu gelaran atau panggilan kepada individu berdasarkan rupa bentuk badan atau penampilan sering menjadi topik sensitif. Apa...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  2. 2

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  3. 3

    Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore