• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

9 Panduan Untuk Memilih Pakaian Yang Sesuai Ke Pejabat

by Jash Lee
September 12, 2020
14
KONGSIAN
Share on Facebook

Memilih pakaian yang sesuai untuk bekerja kadang-kala boleh memeningkan kepala. Pakaian yang terlalu sederhana atau terlalu simple akan membuatkan penampilan anda tidak menyerlah dan mengurangkan rasa keyakinan diri. Sebaliknya, jika terlalu berlebihan pula dibimbangi akan kelihatan terlalu menonjol dan tidak sesuai pula untuk ke pejabat.

Disini, kami akan senaraikan 9 panduan yang boleh anda jadikan rujukan untuk memilih pakaian yang sesuai untuk ke pejabat. Sekalipun tempat anda bekerja tidak meletakkan syarat yang ketat, namun ada beberapa perkara yang perlu anda jaga dan pertahankan. Jom kita lihat antara 9 panduan asas ini agar anda tidak salah memilih pakaian untuk ke tempat kerja.

via Hijab & Heels
  1. Walaupun anda suka atau tidak, anda tetap harus mematuhi peraturan dan mengikut kesesuaian. Mengenakan pakaian yang bertentangan atau yang tidak sesuai dengan peraturan yang dikeluarkan hanya akan mendatangkan masalah kepada diri anda sendiri.
  2. Berhati-hati dengan pakaian anda. Jangan sekali-kali mengenakan baju yang jelas menunjukkan bahagian dan bentuk tubuh badan atau bahagian perut anda. Kemeja merupakan satu contoh pakaian yang sangat sesuai untuk ke pejabat. Kini terdapat banyak pilihan kemeja yang labuh hingga dapat menutupi bahagian pinggul. Pakaian seperti ini juga kelihatan lebih sopan dan sesuai dengan status anda yang mungkin sebagai seorang isteri ataupun sudah menjadi seorang ibu.
  3. Berhati-hati dengan bahagian dada anda. Mungkin ada yang tidak sedar, ada mata-mata nakal sedang memerhatikan anda. Jadi, berwaspadalah dengan pakaian yang dipakai dan mempunyai belahan di bahagian dada. Takut nanti ia nampak agak keterlaluan dan secara tidak langsung menjadi tontonan percuma untuk mata-mata yang nakal memandang.
  4. Jaga juga bahagian tali bra agar sentiasa tersembunyi di sebalik pakaian kerana jika tali bra dapat dilihat,  ini amat tidak sopan dan menunjukkan anda tidak mempunyai personaliti langsung! Juga keadaan ini menampakkan anda sangat selekeh.
  5. Kenakan ‘inner‘ jika anda berasakan pakaian yang dipakai itu terlalu nipis. Jangan dengan sengaja juga mengundang mata-mata lelaki di pejabat untuk tertumpu pada anda.
  6. Walaupun anda memiliki sepasang kaki yang cantik dan panjang, tetapi jangan sesekali mengenakan seluar yang sangat pendek atau dengan mengenakan seluar paras lutut kerana sememangnya seluar jenis ini amat tidak sesuai dipakai untuk ke pejabat. Itu hanya sesuai ketika anda bersantai di tepi pantai atau mahu ke pasar. Jadi, jangan sesekali berani untuk mengenakan seluar yang sedemikian rupa.
  7. Jika anda tidak selesa mengenakan kasut yang bertumit tinggi pada setiap masa atau sepanjang anda berada di pejabat, mungkin sebagai gantinya memadai jika anda mengenakan sepasang kasut bertumit rata untuk ke pejabat. Ianya sangat selesa dan anda nampak berketerampilan dan yakin diri. Namun, jangan sesekali pula anda mengenakan selipar sahaja untuk ke pejabat. Perkara ini sangat tidak menunjukkan tahap ‘profesionalisme‘ anda dan sekali lagi, anda akan kelihatan amat selekeh.
  8. Biasakan diri untuk tidak mengenakan mengenakan pakaian yang terlalu ketat untuk ke pejabat. Ini kerana pejabat bukanlah tempat yang tepat untuk anda menunjukkan setiap lekok di bahagian tubuh anda.
  9. Jangan terlalu ghairah bergaya untuk ke pejabat. Mengenakan solekan yang tebal dan ditambah pula dengan pakaian yang bercorak-corak dan berwarna terang akan membuatkan anda nampak pelik dan sangat berserabut. Seeloknya kenakan solekan nipis dan lebih natural tetapi masih mampu membuatkan anda kelihatan menarik.
pakaianyangsesuaiyangkepejabat panduanmemilihpakaian
https://lomp.at/mcad0
Share9Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Dalam masyarakat kita, isu gelaran atau panggilan kepada individu berdasarkan rupa bentuk badan atau penampilan sering menjadi topik sensitif. Apa...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore