Kegembiraan seringkali digambarkan sebagai perasaan di puncak dunia! Tidak kira samada golongan dewasa mahupun kanak-kanak.
Menyertai Lawatan
Bagi kanak-kanak dan penjaga dari Badan Amal Nur Zaharah, Bentong, mereka benar-benar merasa seolah-olah berada di atas awan.
Ini kerana mereka berpeluang menyertai lawatan ke Genting SkyWorlds Theme Park, yang dianjurkan oleh Resorts World Genting (RWG), baru-baru ini.
Tanggungjawab Sosial Korporat

Lawatan yang dianjurkan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat dan inisiatif komuniti RWG.
Antara lain bertujuan untuk berkongsi kebaikan, empati dan kegembiraan menyaksikan kanak-kanak ini meneroka pelbagai tunggangan dan permainan yang menyeronokkan di Genting SkyWorlds Theme Park.
Menikmati Keseronokkan
Kanak-kanak yang lebih dewasa menikmati keseronokan di tunggangan yang mencabar seperti Cabaran Menara Terraform, Samba Gliders, ESD Global Defender dan Independence Day: Defiance.
Manakala mereka yang lebih muda menikmati pengembaraan berwarna-warni dan berputar di Hummingbird Flyer, Rio Carnaval Chaos dan Bigweld’s Zeppelins.
Membuat Perubahan Positif
Pihak Genting komited dalam memberi dan membuat perubahan positif dalam masyarakat.
Syarikat ini juga merancang untuk melakukan lebih banyak lagi untuk menyokong dan melibatkan komuniti yang lebih luas dalam perkara-perkara berkaitan dengan sosial dan alam sekitar apabila ekonomi Malaysia pulih selepas Covid.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.