Kata orang kalau mahu bermimpi, biarlah sampai ke bintang kerana kelak sesuatu yang dihajati jika selari dengan usaha yang ditunjukkan pasti bakal membuahkan hasil.
Menceburi dunia seni hiburan dan bergelar seorang bintang sering digambarkan dengan limpahan populariti, kehidupan indah serta mewah. Hidup yang penuh warna-warni dan disimbahi populariti selalunya menjadi idaman bagi mereka yang ingin mahupun sudah bergelar selebriti.
Namun tidak ramai yang mengetahui bahawa setiap orang pastinya menempuhi satu titik dimana dia harus membuat keputusan dalam hidupnya sama ada mahu merebut peluang yang diberi atau memilih jalan lain.
Hal yang demikian kerana tidak semua golongan artis akan mendapat apa yang mereka idamkan. Ada segelintirnya hanya mampu mengecap glamor dalam tempoh sementara saja sebelum lenyap ‘ditelan’ kemunculan lambakan artis baharu.
Bahkan tidak kurang juga terdapat selebriti yang mengambil keputusan drastik mengundurkan diri dari tumpuan lensa dunia hiburan dan enggan lagi terbabit dengan industri yang penuh dengan pancaroba itu.
Mengimbau kembali liku-liku kehidpan bergelar sebagai seorang selebriti, Mira Filzah memuat naik gambar dirinya beserta kapsyen luahan hatinya ketika mula bergelar selebriti.Katanya, aktres ini tidak percaya kini dia telah diangkat sebagai selebriti berhijab yang ketiga bagi sebuah jenama terkenal.
“Saya hanya seorang gadis berusia 22 tahun bila saya membuat keputusan untuk masuk dunia hiburan dan bekerja sepenuh masa dalam industri ini. Tiada ilmu, tiada teman, hanya berbekalkan doa dan restu mak dan abah” – Tulis Mira
“Pada tahun 2023, berusia 30 tahun, saya di angkat menjadi wajah sebuah jenama antarabangsa. Satu jenama yang cukup besar. Dua orang selebriti hijab yang saya sangat segani dan hormati, pernah menjadi wajah jenama ini. Bila saya di angkat menjadi selebriti berhijab yang ketiga sebagai wajah jenama ini, terdetik dalam hati saya “Adakah aku standing mereka?” – luah Mira
Sebelum ini pelakon dan pengacara popular, Mira Filzah tercalon dalam 100 Wanita Tercantik 2020 oleh media bebas antarabangsa, TC Candler.
Lebih menarik apabila pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu merupakan antara figura bertudung yang menerima pencalonan berkenaan.
Kecantikan selebriti ini memang tidak dapat disangkalkan lagi, wajah ayu dan manisnya pasti membuatkan ramai yang cair apabila menatap wajahnya!
Apa-apa pun Murai MY mengucapkan syabas atas kejayaan yang diraih Mira sebagai duta sebuah jenama terkenal!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.