• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Indonesia

Suka Hati ‘Claim’ Lagu Lemak Manis Milik Indonesia, Penyanyi Indo Menangis Mohon Maaf Kepada Roslan Madun

by Puteri Alia
September 15, 2023
Share on Facebook

Kontroversi membabitkan lagu rakyat popular, Lemak Manis nyanyian Roslan Madun, 70, yang dikatakan menciplak lagu dari Indonesia berjaya diselesaikan secara baik.

Isu ini tercetus apabila penyanyi Indonesia, Lina Rahim menyanyikan lagu itu di bawah syarikat rakaman Eagle Record Indonesia dan dimuat naik di YouTube.

Namun, mereka tidak meletakkan kredit terhadap Roslan sebagai pencipta dan penyanyi asal lagu itu tetapi meletakkan nama Lina sebagai penulisnya.

Ia menimbulkan salah faham sehingga ramai yang meminta supaya Roslan menyaman syarikat rakaman terbabit kerana melanggar akta harta intelek atas kesalahan plagiat.

Roslan menerusi Facebook memaklumkan sudah menghubungi semua pihak terbabit dalam isu ini dan menganggap ia sudah berakhir.

“Saya sudah menelefon Lina Rahim semalam, sayu sangat suaranya dan dia amat tertekan. Sepanjang perbualan itu dia menangis “Pakcik tahu Lina tak berniat plagiat lagu Lemak Manis tu” dan saya cuba tenangkan dia.

“Ya pakcik…” suaranya tersekat dan tangisannya makin dalam, saya jadi sebak dan insaf atas ketulusan hatinya. “Jangan menangis nak! Pakcik telefon ni kerana tak mau anak rasa bersalah sebab pakcik tau Lina anak yang baik”

“Saya dah tak tahan mendengar tangisannya. Suasana sepi seketika, yang terdengar hanya suara tangisnya. “Lina minta maaf pakcik kerna sudah tersilap” menggeletar suaranya memohon maaf,” tulisnya.

Roslan berkata, apabila isu ini tular, pelbagai pihak bercakap mengenainya dan ada yang menghubunginya, namun dia memilih berdiam diri.

“Wartawan pun ‘call’ (hubungi) ingin kenyataan daripada saya. Tapi saya tak jawab sepatah pun. Keadaan tak perlu dikeruhkan tapi wajib dijernihkan. Saya menghubungi komposer saya (Aye) di Sungai Pakning. Ya, memang Lina ini anak yg baik, Allahuakbar. Aye beri saya nombor telefon Lina.

“Betullah firasat saya bukan Lina yang muat naik video itu di YouTube. Tapi Eagle Record Indonesia yang juga sudah memohon maaf dan menyuntingnya semula. Jika kita mahu mencari kebaikan, Tuhan akan menunjukkan jalannya.

“Jangan cari permusuhan, kerana musuh dalam diri sendiri pun dah tak terlawan. Akhirnya kami bersaudara. Lina saya jadikan anak angkat saya. Insya-Allah jika izin Allah kami akan rakam lagu duet di bawah Eagle Record. Amin ya Rabbil Alamin,” katanya.

Terdahulu, Roslan yang dikatakan kecewa dengan perkara ini akan mengambil tindakan lanjut terhadap apa yang berlaku.

Dia bagaimanapun berlapang dada selepas menghubungi pihak-pihak untuk menyelesaikan isu lagu yang mula dinyanyikannya sejak 1982 ini.

Lemak ManisRoslan Madun
https://lomp.at/qsbgs
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Azah Aziz Kongsi Momen Terserempak Dengan Anna Jobling, Lain Pula Yang Netizen Perasan?

by Naddy Joe
November 27, 2025

Pelakon dan model terkenal era 1990-an, Azah Aziz mencuri perhatian netizen selepas berkongsi beberapa keping foto di media sosial. Azah...

Read more
Foto - @selenagomez (IG)
Hollywood

Tak Dijemput Ke Majlis Kahwin, Ini Luahan Penderma Buah Pinggang Selena Gomez

Francia Raisa, aktres yang mendermakan buah pinggangnya kepada penyanyi-pelakon Selena Gomez akhirnya membuka mulut mengenai perselisihan faham antara mereka. Dalam...

Read more
by Nurul A.
October 9, 2025
Foto - @siwonchoi (IG)
Korea

Keluar Kenyataan Islamofobia, Ahli SUPER JUNIOR Ini Pilih Untuk ‘Unfollow’ Choi Siwon

Tak habis-habis, kali ini nama Choi Siwon menjadi bualan ramai apabila ahli kumpulan SUPER JUNIOR itu telah mengeluarkan kenyataan rasis...

Read more
by Nurul A.
October 1, 2025
Lokal

[VIDEO] Leona Sertai Ujibakat Penyampai Radio, Buatkan Netizen Terhibur-“Meletup Kalau Dia Jadi DJ”

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Leona yang menghadiri ujibakat pencarian bakat penyampai radio yang baharu. Leona dengan bersahaja...

Read more
by Noah Ab
October 24, 2025
Musik

Raes Arifin Mulakan Langkah Seni Dengan Jalan Cinta

Raes Arifin, bintang program Gimme The Mic 2024, kini secara rasmi melangkah masuk ke industri muzik tanah air dengan single...

Read more
by Aphit J.
October 19, 2025
Foto - @govinda_herono1 (IG)
Bollywood

Ketika Govinda ‘Sidai’ Sanjay Dutt Selama 9 Jam Di Set- “Saya Sangat Marah & Hilang Sabar”

Pelakon Rajat Bedi baru-baru ini mendedahkan pengalaman yang tidak dapat dia lupakan di set penggambaran filem 'Jodi No. 1', yang...

Read more
by Nurul A.
October 24, 2025
Foto - @juliaprt7 (IG)
Indonesia

Akui Curang Na Daehoon, Julia Prastini Tampil Mohon Maaf- “Dari Lubuk Hati Saya…”

Pempengaruh Indonesia, Julia Prastini akhirnya tampil bersuara mengenai khabar angin hubungan sulitnya yang telah diperkatakan secara meluas oleh orang ramai....

Read more
by Nurul A.
October 28, 2025
Foto - @badgalriri (IG)
Hollywood

Kolaborasi Dengan LV Gagal, Bisnes Fesyen Rihanna Rugi Hampir RM200 Juta

Penyanyi dan usahawan, Rihanna dilaporkan telah mengalami kerugian sehingga $36 juta (RM152,244,000) akibat kegagalan kerjasama perniagaan fesyennya dengan rumah fesyen...

Read more
by Nurul A.
October 23, 2025
Lokal

Shuib Rakam Gambar Watie Tidur Dalam Kereta, Curi Perhatian Netizen-“Bininya Bawa Budak Tu…”

Pelawak dan usahawan, Shuib mencuri perhatian netizen selepas memuatnaik beberapa foto yang turut memaparkan isterinya, Watie Hanifiah di media sosial,...

Read more
by Naddy Joe
November 10, 2025
Lokal

[VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Telatah Afwa, Buatkan Netizen Teruja-“Banyak Akal Sekarang..”

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Siti Nurhaliza memberitahu apakah update terkini anak lelakinya iaitu Afwa. Siti mengatakan bahawa...

Read more
by Noah Ab
September 17, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Video Almarhum Tunku Abdul Jalil Buatkan Agong, Permaisuri & Tunku Aminah Menitiskan Airmata

  2. 2

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

  3. 3

    5 Perkara Yang Kita Semua Boleh Belajar Dari Restoran Baharu Khairul Aming, Rembayung

  4. 4

    KA Perkenal Sistem Tempahan Rembayung, Pemuda Beri Cadangan Supaya Tidak Ditipu Reseller

  5. 5

    “Aku Syak Bapak Dia Letak Nama Ex-Ex Dia Sekali”- Nama Panjang Sampai Penuh Borang Cetus Spekulasi

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore