Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Raes Arifin Mulakan Langkah Seni Dengan Jalan Cinta

by Aphit J.
October 19, 2025
Share on Facebook

Raes Arifin, bintang program Gimme The Mic 2024, kini secara rasmi melangkah masuk ke industri muzik tanah air dengan single sulung berjudul Jalan Cinta.

Debut Penuh Makna Dari Juara Hati Peminat

via Shiha Zikir Empire

Di bawah naungan Shiha Zikir Empire (SZE), lagu ini bukan sekadar karya pertama buat Raes, malah naskhah yang sangat peribadi dan dekat di hati.

Baginya, nyanyian adalah lebih daripada sekadar hobi dan ia adalah penyelamat ketika berdepan dugaan hidup seperti buli dan masalah kesihatan mental.

Melalui Jalan Cinta, Raes membuka cerita tentang cinta yang tidak kesampaian, namun tetap menyimpan harapan agar segala luka akhirnya membawa keindahan.

Lagu Galau Yang Menyentuh Jiwa

Jalan Cinta, hasil kolaborasi antara SZE dan Sony Music Malaysia, menyentuh kisah cinta yang ramai boleh kaitkan.

Ia mengisahkan seorang pencinta yang memberi segalanya, namun ditinggalkan. Liriknya penuh emosi dan meruntun perasaan, seakan mencerminkan situasi ‘jalan yang sama, tapi hala tuju berbeza’.

Bagi Raes, cinta dalam lagu ini bukan hanya tentang pasangan, tetapi simbol kepada cintanya terhadap muzik.

Shiha Zikir, Mentor Di Balik Tabir

via Shiha Zikir Empire

Shiha Zikir bukan sahaja bertindak sebagai bos di sebalik label SZE, tetapi juga mentor dan tulang belakang kepada kejayaan Raes.

Menurut Raes, Shiha sangat teliti dalam pemilihan lagu – mendengar berpuluh-puluh demo sebelum memilih Jalan Cinta sebagai karya sulungnya.

Topik Berkaitan Shiha Zikir Hidupkan Memori Raya, Gembira Dapat Bekerjasama Dengan Giant Malaysia

Dengan bimbingan Shiha, Raes merakamkan lagu ini hanya dalam masa kurang sejam, membuktikan keserasian antara penyanyi dan lagu yang dipilih.

Raes juga berterima kasih kepada seluruh pasukan SZE yang banyak membantu perjalanan seninya dari awal hingga ke hari pelancaran.

Harapannya kini, Jalan Cinta mampu menjadi jambatan penghubung antara dirinya dan para peminatnya yang digelar sunRaes yang sentiasa memberi sokongan dari hari pertama.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Raes Arifinshiha zikir
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  3. 3

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  4. 4

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara