Pelakon dan isteri kepada penyanyi Yusry KRU iaitu Lisa Surihani berkongsi momen di belakang pentas sebelum bermula konsert Gen:KRU baru-baru ini.
Kongsi Lisa, Yusry sebenarnya kurang sihat dan berdebar sebelum memulakan persembahan pada hari pertama dan kedua pada Sabtu dan Ahad lalu. Namun, dia sebagai isteri cuba memberikan semangat kepada Yusry dengan menunjukkan foto anak-anak mereka sebelum Yusry tampil beraksi di atas pentas Axiata Arena.
“Moments before opening. Boleh rasa degupan jantung dia laju. Sebelum Day 1 and Day 2 konsert Gen: KRU, Abang (Yusry) sebenarnya kurang sihat. Macam-macam emosi dia rasa masa tu. Tetapi saya sentiasa mengingatkannya, lakukan yang terbaik seperti dia sentiasa lakukan.
Kak Chik distract dia sikit, bagi semangat tengok gambar anak-anak, baru nampak dia senyum. Alhamdulillah. Then the moment came to begin.”-kongsi Lisa di Instagram
Curi Perhatian Rakan Selebriti & Peminat!
Di ruangan komen, rara-rata rakan selebriti dan peminat memuji sikap Lisa sebagai isteri dan manager yang terbaik buat Yusry, malah ramai peminat mengakui tidak boleh ‘move on ‘ dengan persembahan energetik KRU DI konsert Gen :KRU yang berlangsung selama tiga hari di Axiata Arena, baru-baru ini.
“Nampak awak malam tadi tapi saya malu untuk ucapkan hi, awak sangat depan stage! Tapi serius, awak berdua sangat sweet 😍 loving the wifeager (Wife + Manager) vibe! 😍.”-Marsha Milan
“You’re the best wife anyone can ever pray for lah ❤️❤️❤️.”-Tiara Jacquelina
“Harap dia dapat rehat yang secukupnya. Amazing partner 😍.”-Catriona Ross
“Saya hadir dan sangat berpuas hati, dan serius tak sangka level energy abang-abang KRU kaw-kaw dan sangat nampak mereka perform, appreciate kehadiran semua so they really did super great!”
Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.