Perkongsian pelakon, Datin Atikah Suhaime mencuri netizen selepas berkongsi momen dia bersama keluarga mentuanya di media sosial, baru-baru ini.
Atikah Suhaime menerusi hantaran di TikTok menyatakan bahawa dia mahu belanja ahli keluarganya itu menikmati hidangan private fine dining dengan menjemput chef khas ke sebuah villa sebagai tanda penghargaan terhadap keluarga mentuanya itu.
“Sebab adik beradik husband semua asyik suprise Tika je memanjang, Tika nak belanja fine dining untuk semua. The reason why Ezra Kairo kat sini sebab dia belanja villa untuk kami semua.
I want to appreciate him for making us all happy. Dia pemurah, sering belanja my husband.”-kongsi Atikah di TikTok
@atikahsuhaimeeee Kiter invite chef untuk buat private fine dining untuk kiter semua. Enjoyyy Mukbang ❤️. #fyp #italianfood #privatefinedining #hirechef #finediningathome
Netizen Teruja!
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja dengan ‘video mukbang’ yang dikongsikan oleh Atiqah, malah ada yang sempat memuji adab makan pelakon jelita ini sentiasa bertukar tangan ketika memegang sudu dan garfu untuk memastikannya menggunakan tangan kanan sebelum makan.
“Baru perasan, Tika suka tukar tangan untuk pegang sudu/ garfu. Rupanya nak suap guna tangan kanan.”
“So sweet la your husband kasi mummy eat first.”
“Wah bagus betul part yang tukar tangan kanan bila nak suap makan tu, tak ramai orang boleh buat selalunya dah pisau tangan kanan, garpu tangan kiri terus makan je, ni dia boleh tukar tangan kanan dulu sebelum suap masuk mulut.”
“Banyak-banyak mukbang Tika, yang ni baru rasa berbaloi dengan harga.”
“Portion fine dining this time banyak.”
“Oo boleh panggil ke rumah eh? Takdelah malu kalau tiba-tiba terpelanting lauk.”
Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.