Setelah menerima perkhabaran mengenai rumah tangganya berantakan, Natasha Hudson mengesahkan dia dan Noor Nashriq Sekarnor bukan lagi suami isteri. Mereka sudahpun bercerai baru-baru ini namun tidak memaklumkan tarikh yang tepat.
Natasha menerusi temubual eksklusif bersama murai.my telah meluahkan apa yang terbuku di hati setelah terpaksa mengakhiri perkahwinan mereka menginjak setahun.
Menurut Natasha atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson, 37 ini, segala yang berlaku adalah ketentuan Allah. Beliau sangat gembira dan tenang meneruskan kehidupan dengan baik setelah kembali solo.
“Ya, saya sudah bercerai baru-baru ini, sudah meneruskan kehidupan dengan baik sekali dan sangat bahagia kembali hidup sendirian tanpa suami. Cukuplah untuk bersedih buat masa ini. Tiada lagi hubungan antara kami buat masa ini”- luahnya
Perlukan lebih fokus
Dalam perkembangan lain, kini Natasha memberi tumpuan lebih terhadap perniagaan serta meluangkan masa lebih kepada anak-anak, keluarga dan rakan-rakan.
“Buat masa ini, saya sibuk dengan mengembara ke negara lain untuk menguruskan perniagaan saya dan meluangkan masa untuk diri sendiri. Saya hanya perlukan energi positif & lebih fokus untuk diri saya sekarang”- katanya.
Walaubagaimanapun, Natasha menolak andaian bahawa peunca perceraian angkara orang ketiga, dan tidak mahu memanjangkan hal ini kerana bimbang akan mengeruhkan lagi keadaan.
Jadi Pengajaran
Menurut Natasha, apa yang berlaku telah banyak memberi pengajaran terbaik buat dirinya tentang erti cinta.
“Cuma ini satu pengajaran. Cinta bukan segala-galanya jika tiada kejujuran dan keikhlasan. Jangan sesekali mempergunakan agama.”
Kemelut rumahtangga Natasha ini telah dihidu pengikutnya di Instagram selepas dia sudah memadam gambar bekas suaminya, di laman sosial.
Ini merupakan perkahwinan kali-4 Natasha pada Disember tahun lalu tetapi mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Walaubagaimanapun, Natasha memiliki dua cahaya mata, Naeema Kalila dan Faatimah dari perkahwinan yang ke-3.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.