Isu kesihatan membabitkan alat sulit dan kewanitaan sebenarnya amat jarang di bualkan secara terbuka di media sosial, apatah lagi jika terpaksa menggunakan istilah yang dirasakan kurang manis. Ramai yang malu untuk berkongsi tentang hal ini, walaupun mereka tahu kesihatan alat sulit amat penting tak kira lapisan umur.

Sebaliknya berlaku kepada pelakon dan model, Natasha Hudson. Beliau menyedari akan kepentingan isu kesihatan membabitkan alat sulit dan kewanitaan dan secara terbuka berkongsi hal tersebut di Instagramnya.

IKLAN

Dalam posting terbarunya di Instagram, Natasha menyarankan para wanita supaya mencuba Menstrual Cup yang boleh membantu para wanita ketika datang bulan.

Menstrual Cup adalah alternatif lain untuk tuala wanita bagi menampung darah haid. Walau bagaimanapun, Natasha merasakan masih ramai wanita keliru tentang cara menggunakan cawan haid ini.

Natasha turut menerangkan cara penggunaan cawan haid ini dengan betul  kerana ada juga yang takut menggunakan cawan haid. Biasanya mereka bimbang bahawa mereka akan tidak selesa. Ini sememangnya sering berlaku untuk yang baru pertama kali yang  menggunakan cawan haid.

View this post on Instagram

Apa itu menstrual cup? Menstrual cup adalah alat kesehatan yang bentuknya seperti corong minyak, dengan ukuran lebih kecil dan terbuat dari silikon berbahan aman untuk tubuh. Alat ini digunakan untuk “menadah” darah selama menstruasi, mirip dengan fungsi pembalut. @thehivebulkfoods • • Biasanya, terdapat 2 ukuran menstrual cup: ukuran untuk yang sudah melahirkan dan ukuran untuk yang belum pernah melahirkan. Berbeda dengan pembalut dan tampon yang harus beli baru setiap kali haid, menstrual cup atau cangkir menstruasi ini cukup beli satu kali saja, karena satu buah menstrual cup bisa dipakai dalam jangka waktu yang lama, kira-kira sekitar 10 tahun, dan penggunaannya yang bisa dipakai berkali-kali. • • Cara menggunakan menstrual cup hampir sama dengan penggunaan tampon. Anda perlu memposisikan diri senyaman mungkin, bisa dengan duduk, jongkok, atau salah satu kaki diangkat ke atas. Setelah itu, pegang ujung cangkir menstruasi ini dengan melipatnya seperti bentuk huruf U. Lalu, masukkan ke dalam vagina perlahan hingga ujungnya. Mudah, bukan? • •

A post shared by Natasha Hudson | ناتاشا (@natashahudsonofficial) on

Menurut Natasha, dengan memilih cawan haid ini mampu memelihara alam sekitar malah dapat mengelakkan pembaziran wang pada tuala wanita yang biasa dibeli.

IKLAN

Bagaimana? Adakah anda bersetuju jika menggantikan tuala wanita kepada Menstrual Cup?

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry

Komen Anda