Usai majlis persandingannya baru-baru ini, Elly Mazlein selamat diraikan dalam majlis sambut menantu di belah suaminya yang diadakan di Kuala Krai, Kelantan.
Manis Berseri Di Majlis Sambut Menantu
Dalam perkongsian yang dibuat oleh empunya nama sebenar Sharifah Aida Mazlina Bt Syed Hanafi ini di laman Instagram nya, Elly kelihatan cukup cantik dan ayu dalam busana rona putih bersama suami tersayang, Mohamad Azlan Che noh dan anak mereka, Puteri Sara Sephia. Rata-rata peminat memuji pasangan ini yang kelihatan berseri sebagai raja sehari apatah lagi melihatkan Elly yang manis bertudung.
Rasa Disayangi
Menerusi perkongsian itu, Elly turut meluahkan rasa gembira dan bersyukur kerana keluarga suaminya sudi menerima dirinya serta memberi peluang untuk menumpang kasih sayang.
Malah dia turut menitipkan rasa diri disayangi apabila berada dalam keluarga itu.
Pada 18 Januari lalu, Elly sah bergelar isteri kepada seorang guru Geografi, Azlan yang digelar pelakon Kampung People itu sebagai Papa Awan Nano dalam sebuah majlis yang cukup indah sehingga digelar peminat sebagai ‘wedding of the year’
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.