Dikala peminat tanah air sedang teruja menghitung hari untuk konsert Super Junior World Tour – Super Show 8 : Infinite Time In Kuala Lumpur, terdapat satu perkhabaran menyedihkan telah disampaikan oleh pihak penganjur.
Konsert Ditunda
Ini kerana, konsert tersebut akan ditunda berikutan wabak Koronavirus yang semakin membimbangkan. Sebagai info, Super Junior (SuJu) dijadualkan mengadakan konsert mereka pada 1 Mac di Axiata Arena Bukit Jalil. Menurut penganjur, penangguhan tersebut dibuat demi menjaga keselamatan artis, petugas dan orang awam.
Konsert Jay Chou Juga Ditunda
Bagaimanapun, satu tarikh baharu dan lokasi acara akan dimaklumkan kelak. Dalam kenyataan sama yang dikeluarkan, buat peminat yang sudah membeli tiket dinasihatkan untuk menyimpan tiket tersebut dan mengikuti pengumuman susulan di laman web Star Planet.
Dalam perkembangan lain, satu lagi konsert berskala besar yang bakal diadakan di Kuala Lumpur oleh penyanyi Taiwan, Jay Chou juga akan ditunda. Jay Chou yang dijadualkan mengadakan persembahan pada 29 Februari di Stadium Nasional Bukit Jalil dan telah ditunda pada 22 Ogos kelak.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.