Sehari tidak membuka aplikasi Instagram dalam sehari, terasa seperti ada sesuatu yang tidak lengkap dalam hidup kita. Namun, pernahkah anda berasa Insta story yang anda lakukan kelihatan bosan dengan paparan story yang sama? Kini anda tidak perlu risau lagi kerana kami akan kongsikan dengan anda beberapa aplikasi yang terbaik untuk menjadikan Instagram story anda lebih wow. Stay tune guys!
Canva
Anda boleh menggunakan aplikasi ini untuk menjadikan insta story anda lebih menarik. Di sini, anda boleh memilih template ukuran persegi untuk regular post atau ukuran memanjang untuk Instagram stories. Kemudian, pilih template yang anda mahukan, ada yang percuma dan ada juga yang berbayar.
Kemudian, anda boleh memasukkan foto dan teks ke dalam template mengikut rekaan anda. Kemudian, terdapat options sama ada anda mahu menyimpannya dalam peranti atau terus memuat naik ke dalam Instagram Story. Bukan sahaja untuk insta stories, anda juga boleh menggunakan aplikasi ini untuk menghasilkan kad jemputan, kad bisnes, logo, resume, poster, photo collages, dan sebagainya.
Unfold
Bukan sahaja Canva, Unfold juga tidak kurang hebatnya! Anda boleh menghasilkan stories yang anda inginkan melalui Unfold. Namun, anda harus sediakan ruang storage yang besar kerana saiz penyimpanan akaun ini adalah sebanyak 138MB. Tetapi anda tidak perlu risau kerana kualiti aplikasi ini setaraf dengan saiz penyimpanannya menjadikan ia sangat berbaloi untuk dimuat turun.
Aplikasi ini mempunyai pelbagai jenis text fonts, frames, dan templates yang boleh anda pilih dan gunakannya untuk Insta Stories anda. Selepas itu, anda boleh menghasilkan story design tanpa perlu bersusah payah membuat akaun terlebih dahulu. Mudah bukan?
Mojito
Sekiranya anda ingin menggunakan aplikasi yang ringan, anda boleh cuba menggunakan aplikasi Mojito kerana saiznya hanyalah 49MB sahaja. Namun, anda tidak perlu risau kerana ciri-ciri di dalamnya tidak kurang hebatnya. Dengan Mojito, anda boleh memilih template, kemudian edit dengan filter yang disediakan dan memasukkan teks di dalamnya.
Di samping itu, anda boleh menambahkan beberapa foto dan menjadikannya collage yang unik. Dijamin, story anda akan kelihatan sangat berbeza!
StoryArt
Anda juga boleh mencuba aplikasi StoryArt agar Insta story anda kelihatan berbeza. Aplikasi ini dilengkapi dengan pelbagai ciri yang sangat menarik seperti lebih daripada 500 templates, 40 themes yang berbeza, dan sebagainya. Anda juga boleh menambahkan teks, memilih filters, dan edit exposure, brightness, dan saturation foto.
Seperti aplikasi lain, terdapat beberapa ciri premium yang dapat diakses sewaktu anda melakukan pembelian. Namun, jangan risau kerana ciri StoryArt yang percuma juga sudah memadai untuk memenuhi keperluan anda menghasilkan story setiap hari.
Mojo
Menambahkan animasi ke Instagram Stories adalah cara terbaik untuk menghasilkan content yang menarik. Aplikasi ini mempunyai semua yang anda perlukan dan dilengkapi dengan ratusan animated templates untuk apa sahaja jenis content yang anda post. Templates dari aplikasi Mojo juga adalah customizable, yang menjadikannya mudah untuk trim, crop, add effects, tajuk, animasi, perubahan kelajuan, mengubah warna, dan banyak lagi!
Jadi, anda kini tidak perlu risau lagi jika insta stories anda kelihatan bosan, anda boleh sahaja menggunakan aplikasi di atas untuk membantu menjadikan insta stories anda kelihatan lebih menarik. Selamat mencuba!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.