Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Aaron Aziz Risau Emosi Anak Disaman RM2 Juta, Serah Segalanya Pada Peguam

by Puteri Alia
October 24, 2025
Share on Facebook

Pelakon terkenal Datuk Aaron Aziz mengakui bukan nilai saman RM2 juta yang membimbangkan dirinya ketika ini, sebaliknya keadaan emosi anak perempuannya, Dwi Ariana, 19, yang kini berada jauh di Amerika Syarikat. Walaupun isu saman antara pempengaruh wanita dengan anak gadisnya itu kini diserahkan sepenuhnya kepada peguam, Aaron tetap tidak dapat menolak rasa risau terhadap perasaan dan ketenangan jiwa anaknya yang sedang menuntut di luar negara.

Menurut Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz, setiap kali mereka berhubung, Dwi Ariana kelihatan tenang dan ceria, namun sebagai bapa, dia tetap bimbang jika anaknya menyembunyikan tekanan yang dialami.

“Susah nak cakap sebab kami jarang berjumpa. Bila berbual melalui telefon, dia nampak gembira, tapi kita tak tahu apa yang dia rasa sebenarnya. Baru-baru ini dia tiba-tiba mesej saya, luahkan rasa rindu. Dia tulis ‘hai daddy, how are you, I miss you, I miss home’ dan saya pun balas yang sama, ‘I miss you too’,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran filem Banduan di Kompleks Penjara Kajang, semalam.

Aaron berkata, walaupun jauh di perantauan, anak keduanya itu kini sudah matang dan bijak mengurus emosi memandangkan jurusan pengajiannya juga berkaitan bidang psikologi. “Saya rasa dia dah dewasa dan ambil psikologi dalam pengajian, jadi semua ini (kes mahkamah) bukan masalah bagi dia,” tambahnya yakin.

Mengulas mengenai perkembangan kes saman RM2 juta yang sedang tular, Aaron menjelaskan bahawa pihaknya tidak dapat mengulas lanjut kerana perkara itu kini berada di bawah tindakan undang-undang. “Benda itu masih dalam tindakan undang-undang. Jadi, tiada apa perlu dikongsikan. Kita tengok dulu, bila dah mula turun naik mahkamah nanti, baru kita boleh dedahkan. Sekarang masih dalam siasatan, peringkat saman menyaman begitulah. Biarkan peguam buat kerja dan bila masanya naik mahkamah, baru kita tahu keputusan,” katanya tenang.

[VIDEO] Diyana Halik Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Aaron Aziz Yang Ke-50

Untuk rekod, isu tersebut timbul selepas pempengaruh wanita berkenaan dikatakan mahu menyaman Dwi Ariana sebanyak RM2 juta. Peguam yang mewakili pihak Aaron sebelum ini turut menghantar surat tuntutan (LOD) kepada individu terbabit sebagai tindak balas terhadap dakwaan yang dibuat.

Konflik tersebut pada awalnya hanya melibatkan Aaron dan pempengaruh berkenaan, namun keadaan menjadi tegang apabila Dwi Ariana menghantar mesej secara peribadi meminta wanita itu memadamkan hantaran yang menyentuh mengenai bapanya. Tindakan itu didakwa menyebabkan pempengaruh terbabit berang dan bertindak ‘mengheret’ nama gadis tersebut dalam pertikaian terbuka.

Puncanya dipercayai berpunca daripada satu video yang dimuat naik oleh pempengaruh itu, yang mengecam tindakan Aaron berkaitan isu Palestin dan dikatakan telah mencetuskan salah faham besar terhadap pelakon KL Gangster berkenaan.

Walau apa pun, Aaron tetap memilih untuk kekal profesional dan menyerahkan sepenuhnya kepada proses undang-undang, sambil terus memberikan sokongan moral kepada anak gadisnya yang kini berdepan ujian besar di usia muda.

aaron aziz
https://lomp.at/2yax5
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Berita

“Mesej Dihantar Masih Tak Dibaca”- Nuh Travel Beri Penjelasan

by Naddy Joe
January 16, 2026

Baru-baru ini tular berita kehilangan pelakon, Nadia Kesuma yang gagal dikesan setelah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz,...

Read moreDetails
Lokal

Zahnita Wilson Nyaris Jadi Mangsa Scammer-“Hati-Hati Di Luar Sana..”

by Naddy Joe
February 26, 2026

Model dan usahawan terkenal, Zahnita Wilson mendedahkan mengenai dirinya yang hampir menjadi mangsa 'scammer', baru-baru ini. Kongsi Zahnita atau nama...

Read moreDetails
Lokal

Che Ta Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahirnya Yang Ke-53-“Forever Young Laa Hampaa”

by Naddy Joe
March 9, 2026

Pelakon dan usahawan jelita, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta mencuri perhatian netizen selepas memuatnaik hantaran...

Read moreDetails
Berita

Pak Nil Perjelas Isu Podcast Mia Sara-“Dirakam Sebelum Kes Dia & Aqish Meledak…”

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi tampil menjelaskan isu klip 'podcast' yang dikendalikan dan turut menampilkan pelakon, Mia Sara Nasuha...

Read moreDetails
Foto - @elizabethtan (IG)
Lokal

Elizabeth Tan Cari Lelaki Melayu Jadi ‘Boyfriend Online’- “Tak Kisah I Isteri Orang”

by Nurul A.
January 27, 2026

Pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan menjadi bualan ramai selepas berkongsi mahu mencari kekasih dalam talian, menerusi hantarannya di platform Threads....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara