Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

[GAMBAR] Lebih 2,000 Orang Hadir Di Majlis Pengebumian Abam Bocey

by Khai Azfar
February 11, 2020
Share on Facebook

Pemergian yang cukup dirasai! Semalam, industri hiburan dikejutkan dengan perkhabaran yang menyedihkan mengenai pelawak terkenal Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32 atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey. Allahyarham meninggal dunia di rumahnya di Kampung Sungai Salak Batu 10 Gombak ketika tidur dipercayai akibat demam panas.

Pemergian Yang ‘Dicemburui’ 

Kehilangan nya ditangisi oleh seluruh peminat dan rakan-rakan selebriti tanah air yang menyifatkan Abam sebagai seorang individu yang cukup peramah dan baik hati. Dikhabarkan lebih 2,000 orang hadir di Masjid Gombak Utara (Zakaria) bagi memberikan penghormatan terakhir termasuk rakan artis seperti Achey,Black, Johan, Datuk AC Mizal dan ramai lagi.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selamat Dikebumikan 

Suasana pilu menyelubungi sekitar masjid sejurus jenazah tiba kira-kira jam 5.10 petang untuk dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan selepas menjalani proses bedah siasat. Berikut kami kongsikan beberapa gambar sekitar majlis pengebumian Abam Bocey yang diambil dari pelbagai sumber.

Menurut sumber, jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu di sini kira-kira jam 7.30 petang semalam. Sebagai info, Abam telah berkahwin dengan Nor Hidayah pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 8 bulan.

[VIDEO] Fad Bocey Luah Rasa Rindu Pemergian Arwah Abam
abam bocey
https://lomp.at/g71ad
Share6Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @khairulaming (Threads)
Lokal

Kongsi ‘Post’ Emoji Cincin & Hati, Khairul Aming Bakal Tamatkan Zaman Bujang?

by Nurul A.
February 23, 2026

Usahawan dan personaliti masakan popular, Khairul Aming mencuri perhatian ramai sekali lagi selepas membuat hantaran ringkas di platform Threads. Hantaran...

Read moreDetails
Foto -@justjared (IG)
Hollywood

Walaupun Ada Anak, Zayn Malik Akui Tak Pernah Cintakan Gigi Hadid

by Nurul A.
February 16, 2026

Peminat tergamam apabila penyanyi Zayn Malik tampil secara terbukanya, mengakui bahawa dia tidak pernah jatuh cinta dengan bekas kekasihnya, supermodel...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Anak Aidid Marcello Dapat 8A Dalam SPM-“Alhamdulillah, Ini Semua Kerja Allah..”

by Naddy Joe
March 31, 2026

Bekas personaliti televisyen, Aidid Marcello dan Norzie Pak Wan Chek mencuri perhatian netizen apabila berkongsi momen mereka menemani anak kedua,...

Read moreDetails
Foto - @umisyamazlan (IG) / @marissadania_ (IG)
Lokal

“Saya Dah Serik, Tak Mahu Masuk Campur Dengan Pihak Sana”- Umisya Mazlan

by Nurul A.
March 31, 2026

Pempengaruh Umisya Mazlan tampil memberi penjelasan selepas namanya didakwa sering dikaitkan dengan isu rumah tangga suaminya, Ahmad Maslan dan isteri...

Read moreDetails
Spotlight

Fauziah Nawi Cabar Diri Jadi Penagih Dadah, Sampai Pengarah Tegur Sebab ‘Lalok’

by Phic ARMAN
March 18, 2026

Kalau sebut nama Fauziah Nawi, memang tak perlu diperkenalkan lagi. Aktres senior ini sudah lama membina nama dengan lakonan penuh...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara