Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

[GAMBAR] Lebih 2,000 Orang Hadir Di Majlis Pengebumian Abam Bocey

by Khai Azfar
February 11, 2020
Share on Facebook

Pemergian yang cukup dirasai! Semalam, industri hiburan dikejutkan dengan perkhabaran yang menyedihkan mengenai pelawak terkenal Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32 atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey. Allahyarham meninggal dunia di rumahnya di Kampung Sungai Salak Batu 10 Gombak ketika tidur dipercayai akibat demam panas.

Pemergian Yang ‘Dicemburui’ 

Kehilangan nya ditangisi oleh seluruh peminat dan rakan-rakan selebriti tanah air yang menyifatkan Abam sebagai seorang individu yang cukup peramah dan baik hati. Dikhabarkan lebih 2,000 orang hadir di Masjid Gombak Utara (Zakaria) bagi memberikan penghormatan terakhir termasuk rakan artis seperti Achey,Black, Johan, Datuk AC Mizal dan ramai lagi.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selamat Dikebumikan 

Suasana pilu menyelubungi sekitar masjid sejurus jenazah tiba kira-kira jam 5.10 petang untuk dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan selepas menjalani proses bedah siasat. Berikut kami kongsikan beberapa gambar sekitar majlis pengebumian Abam Bocey yang diambil dari pelbagai sumber.

Menurut sumber, jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu di sini kira-kira jam 7.30 petang semalam. Sebagai info, Abam telah berkahwin dengan Nor Hidayah pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 8 bulan.

Error happened.
Fad Bocey Mengaku ‘Barai’ Lihat Jasad Arwah Abam-"Separuh Sayap Saya Hilang Sejak Hari Itu"
abam bocey
https://lomp.at/g71ad
Share6Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara