• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Abby Abadi Persoal Netizen Yang Marah Selepas Norman Hakim ‘Settle’ Hutang Mas Kahwin?

by Naddy Joe
January 5, 2026
23
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon, Abby Abadi sebelum ini membuat perkongsian di media sosial mengenai bekas suaminya yang juga pelakon, Norman Hakim yang baru sahaja menjelaskan hutang mas kahwinnya selepas bercerai pada 2008.

Selesaikan Hutang Mas Kahwin Yang Tertunggak

Kongsi Abby atau nama sebenarnya Arbaeyah Abdul Manan di TikTok, menitipkan ucapan terima kasih kepada Norman yang sudi membayar apa yang tertunggak setelah dia berkemampuan.

“Terima kasih Norman Hakim sudi bayar apa yang tertunggak setelah berkemampuan. Awak kata tak perlu share. Tapi takpelah, saya suka nak share. Bukan sebab tak habis-habis. Tapi memang tak pernah selesai pun.

Saya terus menunggu dengan penuh kesabaran. Semoga berkat kesabaran selama 22 tahun ini dapatlah saya sebuah mahligai bukan hanya di dunia tapi di syurga sana, dan duit belanja besar juga nanti Aamin.”-kongsi Abby di TikTok

@abbyabadi.exclusive

Dengan tenangnya, Sy Share la serba sikit- biar semua tahu, yg ni dah selesai setelah 22tahun ya.. 🤭Terima Kasih Suami & Memey tak pernah campur urusan2 yg tertangguh ini.. Ps: Korang! Yg terbaca post ini… Cerita sini habis sini ok hihi.. bukan nak share sangatpun sbnrnya.. cuma nk maklum, berkat kesabaran selama 22tahun ni.. rezeki Sy, tetap rezeki Sy.. Alhamdullilah burpppp! Hihi.. Terima Kasih @normanhakim_786 sudi bayar apa yg tertunggak setelah berkemampuan.. Awk kata tak perlu share.. tapi takpelah, Sy suka nak share.. bukan sbb tak habis2 .. tp memang tak pernah selesaipun 😆😖 Sy terus menunggu dgn penuh kesabaran. Semoga berkat kesabaran selama 22 tahun ini dapatlah Sy sebuah Mahligai bukan hanya di dunia tapi di Syurga sana… & duit belanja besar jugaaaa nanti ..Aminnnn!! 🤭😍 Tolong Aminkannnnn kawan2 😆🤭

♬ Hujan Tangis – Ziell Ferdian

“Kenapa Ada Yang Marah?…”

Dalam pada itu, Abby menerusi hantaran di Threads turut mempersoalkan sikap sesetengah netizen yang merasa marah dengannya sedangkan dia sebelum ini membuat tuntutan nafkah terhadap bekas suaminya, namun mas kahwin yang diselesaikannya terlebih dahulu.

“Saya tuntut nafkah, tapi ams kahwin diselesaikan dulu. Alhamdulillah. Share supaya jadi pengajaran.

Bila bertangguh, jadi hutang jadi bahaya kalau dibawa ke…Tapi kenapa ada yang marah? Ada kacau duit pencen sesiapa ke?.”-Soal Abby di Threads

Sekadar info, Abby Abadi dan Norman Hakim pernah berkahwin pada 2002 sebelum bercerai pada 2008. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Danish Hakim, Marissa Dania Hakim, dan Maria Danisha Hakim.

Norman Hakim kemudian mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama pelakon, Memey Suhaiza pada 2011, manakala Abby Abadi pula berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya, Muhammad Faizal Zakaria pada 2015.

Abby Abadi Mengaku Masih Trauma Isu Nafkah, Sampai Terbawa Dalam Mimpi
abby abadi
https://lomp.at/quj5f
Share9Tweet6SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Spotlight

Hajat Terakhir Eric Dane Yang Menyayat Hati

by Phic ARMAN
February 20, 2026

Pada 19 Februari, dunia hiburan kehilangan bintang Grey's Anatomy itu selepas hampir setahun berjuang melawan amyotrophic lateral sclerosis (ALS). Beliau...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Anzalna Terharu Lihat Sikap Orang Ramai Dengan Eidrees-“Terima Kasih Minat Anak Saya..”

by Naddy Joe
January 5, 2026

Telatah anak kepada pelakon, Anzalna Nasir iaitu Mohamad Eidrees sentiasa mencuit hati netizen ketika bersama ibunya menerusi sesi siaran langsung...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Penampilan Isteri Prince Syed Ketika Berniaga Cetus Kritikan Netizen-“Terus Pakai Inner..”

by Naddy Joe
February 16, 2026

Usahawan dan personaliti media sosial, Prince Syed mengundang kritikan netizen selepas berkongsi momen isterinya, Fatin Syazwani sedang berniaga, baru-baru ini....

Read moreDetails
Lokal

“Takkan Ada Lagi Abah Yang Sama…”-Azar Azmi Mohon Doa Orang Ramai

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Azar Azmi tampil menitipkan ucapan terima kasih buat orang ramai yang membantu individu rapat yang digelar sebagai 'Abah' yang...

Read moreDetails
Lokal

Nadia Annuar ‘Sekolah’ Netizen Yang Minta Perempuan ‘High Maintenance’ Untuk Kekal ‘Single’-“Kau Ingat Kiteorang…”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Pengacara, Nadia Annuar menyelar komen netizen yang menyifatkan para wanita 'high maintenance' untuk kekal bujang sehingga selamanya. "Perempuan yang high...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] “Cantiknya Anak Awie”- Wajah Arni Nazira Zaman Muda Kembali Jadi Sebutan

  2. 2

    Didakwa Halang Pengguna Kerusi Roda Masuk Premis, Tindakan Butik Undang Perdebatan

  3. 3

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  4. 4

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  5. 5

    RM17 Juta ‘Ang Pow’ Kerajaan Johor Untuk Komuniti Cina Sempena Tahun Baharu Cina 2026

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore