Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Hajat Terakhir Eric Dane Yang Menyayat Hati

by Phic ARMAN
February 20, 2026
31
KONGSIAN
Share on Facebook

Pada 19 Februari, dunia hiburan kehilangan bintang Grey’s Anatomy itu selepas hampir setahun berjuang melawan amyotrophic lateral sclerosis (ALS). Beliau pergi dalam keadaan dikelilingi keluarga tercinta. Tenang, tetapi meninggalkan luka yang dalam.

Namun di sebalik semua berita tentang penyakit dan statistik, ada satu ayat yang lebih menyayat hati daripada segalanya.

“Saya Nak Ada Untuk Semua Itu…”

Dalam satu sesi bersama organisasi I AM ALS, Eric berkongsi sesuatu yang sangat peribadi.

Beliau tidak bercakap tentang karier.
Tidak tentang populariti.
Tidak tentang legasi Hollywood.

Beliau bercakap tentang dua anak perempuannya.

“Saya ada dua anak perempuan di rumah. Saya nak tengok mereka tamat pengajian, berkahwin… mungkin ada cucu. Saya mahu ada untuk semua itu. Jadi saya akan berjuang sehingga nafas terakhir.”

Bayangkan… seorang ayah yang tahu tubuhnya sedang perlahan-lahan mengkhianatinya. Otot makin lemah. Suara mungkin suatu hari nanti hilang. Nafas juga bakal menjadi taruhan.

Namun yang dia fikirkan cuma satu, momen kecil yang orang lain selalu anggap biasa.

Hari konvokesyen.
Hari pernikahan.
Tangisan cucu pertama.

MURAI sendiri tak mampu bayang perasaan itu. Impian yang sangat sederhana, tapi terasa begitu jauh.

Penyakit Yang Meragut Perlahan-Lahan

Menurut Mayo Clinic, ALS ialah penyakit progresif sistem saraf yang menyerang sel saraf di otak dan saraf tunjang. Ia turut dikenali sebagai penyakit Lou Gehrig, sempena pemain besbol legenda Lou Gehrig.

ALS meragut perlahan-lahan.
Pergerakan.
Pertuturan.
Keupayaan makan.
Sehingga akhirnya… pernafasan.

@people

EricDane has died at the age of 53, PEOPLE confirms. Dane became a star with his role as DrMarkSloan — a.k.a. McSteamy — in GreysAnatomy. Dane’s death comes 10 months after he went public with his diagnosis of amyotrophic lateral sclerosis (ALS), also known as Lou Gehrig’s Disease. Tap the link above for the full story.

♬ snowfall – Øneheart & reidenshi

Tiada penawar. Hanya masa, yang sering kali terlalu singkat.

Data daripada Muscular Dystrophy Association menunjukkan kebanyakan pesakit hidup sekitar tiga hingga lima tahun selepas diagnosis. Ada yang lebih lama. Ramai yang tidak sempat. Dan Eric tahu semua itu.

Seorang Ayah Yang Tak Pernah Mengalah

Walaupun diuji, Eric tidak pernah berhenti berjuang. Beliau lantang menyuarakan keperluan dana penyelidikan, turun memperjuangkan kesedaran, dan menggunakan namanya untuk membuka mata dunia tentang ALS.

Tapi di hujung hari, perjuangan itu bukan sekadar untuk pesakit lain.

Ia untuk Billie dan Georgia.

Untuk peluang melihat mereka membesar.
Untuk peluang duduk di barisan hadapan hari konvokesyen.
Untuk peluang memeluk mereka di hari bahagia.

Beliau pernah berkata akan berjuang sehingga nafas terakhir. Dan itulah yang dilakukannya.

Hari ini, dunia mungkin kehilangan seorang pelakon berbakat. Namun yang lebih pilu, dua anak perempuan kehilangan seorang ayah yang hanya mahu satu perkara dalam hidupnya iaitu masa.

“Saya nak tengok anak-anak membesar.”

Ayat itu kini tinggal kenangan.
Tetapi kasih seorang ayah… akan kekal selamanya.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
amyotrophic lateral sclerosisEric DaneGrey's Anatomy
Share12Tweet8SendShare

KINI TRENDING

Anak tiri Raja Norway
Spotlight

Rogol & Serang Bekas Kekasih, Anak Tiri Raja Norway Kini Jalani Tahanan

by Nurul A.
October 6, 2026

Anak tiri Raja Norway, Marius Borg Høiby masih belum dipenjarakan walaupun telah dijatuhkan hukuman empat tahun atas kesalahan merogol dan...

Read moreDetails
Netflix
Spotlight

14 Filem & Drama Bakal Masuk Netflix November Ini!

by Nurul A.
October 30, 2026

Bulan November bakal menyaksikan pelbagai pilihan hiburan yang menarik di Netflix, daripada pengembaraan penuh aksi, drama yang memikat, karya bertema...

Read moreDetails
Penyanyi Iran
Spotlight

Muncul Tanpa Hijab Dalam Video Muzik, Penyanyi Iran Ini Hampir Dihukum 74 Sebatan

by Nurul A.
October 2, 2026

Penyanyi wanita berasal dari Iran, Anita Popist dilaporkan hampir menerima 74 sebatan selepas muncul tanpa hijab dalam video muziknya. Anita...

Read moreDetails
Kim Soo Hyun
Spotlight

Kim Soo Hyun ‘Ugut’ Mahu Saman Netizen?

by Nurul A.
October 16, 2026

Aktor Korea Selatan, Kim Soo Hyun melalui agensinya, Gold Medalist, mengambil keputusan untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan...

Read moreDetails
Meerqeen
Spotlight

[VIDEO] Pengakuan Meerqeen Kahwin Buat Ramai Terkejut- “Sumpah, Dah 2 Tahun”

by Nurul A.
October 22, 2026

Pelakon Meerqeen menjadi bualan ramai selepas membuat pengakuan mengejut mengenai status perkahwinannya. Pengakuan itu dibuat semasa menjadi tetamu dalam podcast...

Read moreDetails
Foto - @hallyuforums (IG)
Spotlight

BLACKPINK Jisoo Ada Kekasih? Cincin ‘Couple’ Dengan Aktor Kacak Ini Jadi Bualan

by Nurul A.
September 29, 2026

Nama BLACKPINK Jisoo sekali lagi menjadi bualan ramai, apabila selebriti itu didakwa menjalinkan hubungan dengan aktor Seo Kang Joon. Khabar...

Read moreDetails
Seungri
Spotlight

Kahwin Dengan Wanita 20-An, Seungri Dedah Bakal Timang Anak Pertama

by Nurul A.
October 28, 2026

Bekas ahli BIGBANG, Seungri berkongsi telah mendaftarkan perkahwinannya dengan teman wanitanya yang berusia 20-an dan bukan dari kalangan selebriti atau...

Read moreDetails
Pemuja Syaitan
Filem

Zul Ariffin, Elizabeth Tan & Nadhir Nasar Hidupkan Misteri “Pemuja Syaitan” Di Layar Perak

by Nurul A.
September 18, 2026

Sesuatu yang mengerikan bakal menanti penonton menerusi filem horror terbaharu, "Pemuja Syaitan", arahan Liyana Jasmay yang diperkenalkan secara rasmi kepada...

Read moreDetails
Ko Kyung Pyo
Spotlight

Ko Kyung Pyo Mohon Maaf, Terlibat Insiden Mabuk Hingga Rempuh Trak Sampah

by Nurul A.
November 16, 2026

Pelakon Korea Selatan, Ko Kyung Pyo memohon maaf atas kontroversi memandu dalam keadaan mabuk baru-baru ini. Menerusi akaun Instagramnya, Kyung...

Read moreDetails
Jep Sepahtu
Lokal

Sikap Jep Sepahtu Raih Pujian Menteri Agama- “Tindakan Berani Tangkis Fitnah”

by Nurul A.
October 13, 2026

Nampaknya nama pelawak Jep Sepahtu, atau nama sebenarnya Mohd Nazri Zainal Abidin, sekali lagi menjadi perbualan ramai selepas tampil berkongsi...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Pun Tak Buka Aib Awak”- Pekerja Bekas Suami Syida Melvin Nekad Buat Laporan Polis

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara