Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update

“Rasa Tak Mampu Nak Menulis Dah…”- Luahan Admin FB Rani Kulup Undang Sebak

by Phic ARMAN
February 5, 2026
24
KONGSIAN
Share on Facebook

Selepas bertahun-tahun menjadi suara yang menulis dan berkongsi kisah atas nama Abdul Rani bin Kulup Abdullah, hari ini pentadbir Facebook rasmi aktivis masyarakat itu akhirnya menulis satu kemas kini yang paling berat untuk dikongsikan.

Dalam satu hantaran penuh emosi, admin yang selama ini menguruskan pelbagai catatan, cerita dan perkongsian atas nama Rani Kulup mengakui tidak lagi punya kekuatan untuk menulis seperti biasa, kerana kali ini, ia melibatkan kesihatan insan yang paling dekat di hati.

“Berbelas tahun admin tulis status di sini dan page lain atas nama Abdul Rani Bin Kulup Abdullah… juga atas kebenaran ayah.
Nulis dan mengarang kisah komando rosia, askar nazri, anna, Mostaqim, Qodri, jadi cikgu dan macam-macam lagi.
Hari ni admin terpaksa update pasal ayah tak sihat.
Rasa tak mampu nak nulis dah…”

VIA FB Ayahanda ABdul Rani Kulup

Luahan ringkas itu jelas menggambarkan betapa beratnya situasi yang sedang dilalui. Tiada kisah panjang, tiada naratif seperti biasa  hanya satu permintaan tulus yang disampaikan di hujung catatan.

“Apapun minta semua doakan kesembuhan Abdul Rani Bin Kulup Abdullah.”

Untuk rekod, Abdul Rani Kulup kini dilaporkan sedang menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HUKM), dengan keadaannya disahkan berada di Zon Merah. Namun setakat ini, tiada maklumat lanjut mengenai tahap kesihatannya didedahkan kepada umum.

Menerusi satu hantaran di Facebook oleh rakan beliau, Mejar (B) Razali Zakaria, diamerayu orang ramai agar mendoakan kesembuhan Rani Kulup.

“Ringankan kesakitannya, permudahkan segala urusan rawatannya dan kembalikan kekuatannya seperti sediakala,” tulisnya.

Difahamkan sebelum ini, Rani Kulup ada berkongsi di media sosial bahawa beliau tidak sihat sejak beberapa hari lalu. Namun begitu, beliau tetap meneruskan tugasan dan urusan kerjanya seperti biasa walaupun berada dalam keadaan kurang sihat.

Di sebalik segala kontroversi dan lantang bersuara sebelum ini, hantaran kali ini memperlihatkan satu sisi yang jarang dilihat  seorang anak yang terhenti kata-kata, hanya mampu berharap pada doa orang ramai.

Abdul Rani Kulup Abdullah
https://lomp.at/hflrf
Share10Tweet6SendShare

KINI TRENDING

Berita

Umie Aida Tampil Pertahankan Puteri Balqis-“Tolong Jangan Ganggu…”

by Naddy Joe
January 26, 2026

Pelakon, Datin Sri Umie Aida tampil mempertahankan pelakon, Puteri Balqis berhubung kemelutnya bersama pelakon, Mia Sara Nasuha. Kongsi Umie Aida...

Read moreDetails
Berita

Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sweet Qismina tampil menegaskan bahawa dia enggan untuk masuk campur mengenai isu yang melibatkan pelakon, Puteri Balqis dan juga...

Read moreDetails
Berita

Shima Anuar & Suami Tuntut Hutang RM1.5 Juta!-“Suami Artis Ada, Pegawai Tinggi Kerajaan…”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Pelakon, Shima Anuar tampil membuat tuntutan hutang terhadap pihak terlibat yang mencecah RM1.5 juta. Shima atau nama penuhnya Noor Hashimah...

Read moreDetails
Berita

Fatin Afeefa Kongsi Pengalaman Berhadapan ‘Maid’ Bermasalah-“Dia Tiru Saya, Curi Pakaian, Mekap, Duit..”

by Naddy Joe
March 4, 2026

Pelakon, Fatin Afeefa berkongsi pengalamannya yang pernah berhadapan dengan pembantu rumah yang bermasalah sehingga sanggup merakam video yang tidak senonoh...

Read moreDetails
Berita

Fizo Omar Kongsi Momen Beli Hadiah Hari Lahir Maryam, Netizen Terhibur!- “Daddy Dulu Botol Mineral Je..”

by Naddy Joe
January 26, 2026

Perkongsian aktor dan usahawan, Fizo Omar mencuri perhatian peminat selepas berkongsi momen bersama anak sulungnya, Wan Maryam. Kongsi Fizo Omar...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara