Monday, August 4, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Achey Menangis Baca Al-Fatihah Untuk Arwah Ibu

Ramai rakan selebriti dan kenalan rapat titip ucapan takziah buat Achey sekeluarga

by Puteri Alia
April 25, 2022
via Instagram Achey Kintang Kintung

via Instagram Achey Kintang Kintung

48
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelawak dan pelakon berbakat, Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah berkongsi berita amat menyedihkan di media sosialnya.

Ibu Achey Meninggal Dunia

Melihat hantaran yang dikongsikan pelakon dan pelawak ini, Achey mengumumkan bahawa ibunya Hajah Ngaisah Hassan telah pulang keramahtullah. Achey mendapat perkhabaran berita sedih itu, semasa dalam perjalanan pulang dari kerja ke rumahnya.

“YA ALLAH.. PERMUDAHKAN perjalanan mak di sana. Kami redha ya Allah.. Achey atas motor lagi mak, baru balik kerja. Mak baik.. Mak pergi bulan yang baik.. MOGA MAK JALANI WAKTU YANG TERINDAH.. Al-fatihah..”

Video pendek yang dimuatnaik di Instagram, mendengarkan suara Achey yang sebak dan menangis sambil menitipkan bacaan al-fatihah untuk arwah ibunya.

View this post on Instagram

A post shared by Achey Bocey 013-6408967 (Mngr) (@acheykintangkintung)

Rakan Selebriti Titip Ucapan Takziah

Berita duka yang diumum mendapat banyak kiriman ucapan takziah dari rakan selebriti dan kenalan rapat diruangan komen, ramai mendoakan agar Achey sekeluarga agar tetap kuat dan tabah mengharungi ujian kehilangan ibu tercinta.

“Allahuakbar. Innalillahiwainnalillahirajiun. Al Fatihah” – Zizan Razak

“Innalilahiwainnailayhirojiuun.. Takziah Achey. Aku doakan kau sekeluarga diberi ketabahan menghadapi dugaan ni.” – Alif Satar

“Salam takziah, dia pergi bulan yang mulia @acheykintangkintung” – Hairul Azreen

“Takziah Achey. Moga tenang damai di sana, husnul khatimah dibulan baik lagi berkat, insan terpilih. Innalillah Wa Inna Ilahi Raji’un..” – PU Amin

via Instagram Achey Kintang Kintung

“Allahuakbar.. Al fatihah @acheykintangkintung” – Shuib Sepahtu

“Allah Achey.. Al fatihah.. Semoga roh mak dicucuri rahmat. Salam takziah dari kami sekeluarga” – Emylia Rosnaida

“Salam takziah Achey dan keluarga. Al-Fatihah.” – Kaka Azraff

“Takziah.. Allahu semoga dipermudahkan segala urusan” – Fizz Fairuz

via Instagram Achey Kintang Kintung

Untuk rekod, Allahyarhamah hajah Ngaisah Hassan menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor pada jam 12.46 tengah malam tadi.

Semoga Allahyarhamah ditempatkan dikalangan orang yang beriman, al-fatihah.

[VIDEO] Penampilan Anak Achey Buat Netizen Terhibur!-"Mekap Dah, Baju Raya Dah, Tapi.."
achey
Share19Tweet12SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    Ini Cara Guna RM100 SARA Sebelum 31 Disember. Jangan Terlepas!

  3. 3

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem