Monday, September 15, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Adam Corrie Jelas Cara Lelaki Cina Makan Dalam Mangkuk, Bukan Gelojoh Tapi…

Pendakwah selebriti ini jelaskan guna chop stick laju-laju semasa makan supaya nasi tak tumpah bukan sebab gelojoh

by Puteri Alia
November 9, 2021
Foto - Instagram @adamcorrielee

Foto - Instagram @adamcorrielee

117
KONGSIAN
Share on Facebook

Tular di media sosial milik pendakwah selebriti, Adam Corrie Lee di mana pelakon senior ini memuatnaik videonya makan nasi dalam mangkuk menjadi bualan hangat orang ramai.

Mungkin melihat cara kaum Cina makan nasi dalam mangkuk dan penggunaan chop stick yang laju ketika makan, membuatkan orang ramai berpendapat cara makan sebegitu adalah gelojoh di mata umum.

Bukan Gelojoh Tapi Memang Cara Makan Guna Chop Stick Begitu

Adam menjelaskan penggunaan chop stick laju-laju semasa makan nasi dalam mangkuk adalah kerana, tidak mahu nasi tumpah ketika makan dan bukannya disebabkan gelojoh makan.

Menurut pelakon ini lagi, cara makan seperti ini merupakan cara orang lelaki Cina makan tetapi berlainan pula jika aktor ini makan menggunakan pinggan kerana dirinya akan menggunakan tangan sahaja.

Foto – Instagram @adamcorrielee

“AMBIL YANG POSITIF.

Hidup berbilang kaum.

Memang begini cara orang Cina lelaki seperti saya makan nasi dalam mangkuk.

Rapatkan mangkuk ke mulut, tolak nasi, lauk dan sebagainya guna chop stick laju-laju supaya nasi tak tumpah. Bukan sebab gelojoh.

Kalau nasi dalam pinggan saya guna tangan sahaja makan.” Jelasnya

Dalam video yang dikongsikan di Instagram nya, Adam menjelaskan dirinya berada di restoran Cina Muslim yang menghidangkan Nasi Kukus Ayam Halia di dalam mangkuk jadi aktor ini makan mengikut cara kaumnya biasa makan iaitu menggunakan chop stick.

“Sebab makan di restoran Cina Muslim, dah siap bagi Nasi Kukus Ayam Halia dalam mangkuk. Apa lagi makan pakai chop stick lah. budaya bangsa sendiri.” Jelasnya lagi

Adam juga menjelaskan kepada orang ramai bahawa makan menggunakan chop stick tidak melanggar hukum syarak, ianya bukan haram.

“Makan guna chop stick tak haram ye. Sebab dulu pernah kena tegur, dah masuk Islam tak boleh pakai chop stick… Haram katanya..” Kongsinya

Pendakwah selebriti ini beri penjelasan kepada orang ramai mengenai cara makan dalam mangkuk sambil menggunakan chop stick, adalah bertujuan supaya masyarakat tidak salah persepsi terhadap kaum Cina terutama mualaf.

Untuk menguatkan penjelasannya, Adam juga berkongsi ayat dari surah Hujurat.

“Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal.

Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenali.” Surah Hujurat, ayat 13

Lepas ni jangan salah sangka pula, makan dalam mangkuk sambil guna chop stick laju-laju bukan sebab gelojoh!

adam corrie leegelojoh
https://lomp.at/6e3ph
Share47Tweet29SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Rafidah Dituduh Ada Sebiji Rumah Lain, Siap Beli Sofa Mewah? Kedai Perabot Beri Penjelasan

  2. 2

    Layak Terima Bantuan eWallet Sehingga RM200 Tapi Belum Mohon? Begini Caranya…

  3. 3

    [VIDEO] Irfan Haris Ditegur Netizen-“Jangan Beria Sangat Dik Nanti Kecewa”

  4. 4

    [VIDEO] Aliff Syukri Rakam Qadejah Main Gelongsor Dalam Rumah Buatkan Netizen Terhibur!

  5. 5

    [VIDEO] Aksi Tok Ram Menari Lagu Kpop Cuit Hati Netizen-“Wah BTS Versi Atuk”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem