Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Malaysia

Agong Ke-17 Bakal Ditentukan Esok, Majlis Raja-Raja Zahir Penghargaan Kepada Al-Sultan Abdullah Sebagai Payung Negara

by Puteri Alia
October 26, 2023
Share on Facebook

Majlis Raja-Raja menzahirkan penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kerana memikul tanggungjawab sebagai Payung Negara dengan penuh amanah, bijaksana serta sempurna.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, pelbagai cabaran dihadapi Al-Sultan Abdullah ketika menjadi Ketua Negara, namun kesemuanya dapat diselesaikan dengan sebaiknya.

Titah baginda, beberapa masalah yang sangat mencabar ketika pemerintahan Al-Sultan Abdullah termasuk wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia serta pergolakan politik sehingga membabitkan pelantikan empat perdana menteri.

“Namun begitu, kesemua masalah berkenaan berjaya diselesaikan, berkat kebijaksanaan Paduka Adinda berunding dengan pemimpin politik serta dengan Yang Maha Mulia Raja-raja.

“Kejayaan Paduka Adinda bukan sahaja dalam menyelesaikan kemelut politik, tetapi juga dalam menyantuni rakyat jelata. Kembara Borneo yang julung kali diadakan berjaya mendekatkan hubungan raja dengan rakyat serta meningkatkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan Negara.

“Akhir kata, Paduka Kekanda dan Ahli-ahli Majlis sekalian, berdoa ke hadrat Allah SWT supaya dikurniakan-Nya kebahagiaan, keberkatan dan rahmat yang berkekalan kepada Paduka Adinda dan keluarga,” titah Sultan Johor.

Sultan Ibrahim bertitah demikian dalam Perutusan Raja Pengerusi Majlis Raja-Raja ke-262, DYMM Sultan Johor kepada Yang Di-Pertuan Agong ke-16.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menghadiri mesyuarat itu.

Untuk makluman, Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 (Khas) di Istana Negara, esok akan bersidang bagi urusan menentukan Yang di-Pertuan Agong ke-17. Pemilihan itu bagi menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang akan menamatkan penggal sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  3. 3

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  4. 4

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara