Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

[VIDEO] Seluar Dalam Ahmad Sahroni Antara Dikebas & Dijulang Saat Rumah Diserbu

by Phic ARMAN
September 1, 2025
Share on Facebook

Rumah “Crazy Rich Tanjung Priok”, Ahmad Sahroni, jadi kecoh besar bila ribuan orang serbu pada Sabtu lepas (30 Ogos). Kejadian bermula sekitar jam 3 petang dan berlarutan sampai malam. Akhirnya, rumah tu habis sapu bersih macam orang tengah loot dalam game PUBG.

Barang-Barang Yang Hilang

Bukan sikit barang yang lesap, tapi macam-macam kategori sekali jalan:

  • Patung Iron Man Mark 7 saiz sebenar, harga lebih RM288 ribu.
  • Jam tangan Richard Mille McLaren bernilai RM11.7 juta.
  • Beg mewah Hermes & Louis Vuitton.
  • Barang hiasan & gajet,  piano, PS5, Macbook, TV, koleksi Air Jordan, figurine F1.
  • Dokumen penting, termasuk ijazah SMP dengan nilai purata 6.8, surat tanah, sijil keluarga.
  • Barang peribadi,  spender hitam Nike pun kena angkut, siap ada yang tunjuk depan orang ramai!
  • Senapang laras panjang beserta surat izin rasmi dari Mabes Polri dengan muka Sahroni sendiri.
@movietiktok31

KONDISI RUMAH AHMAD SAHRONI #DPR #viral #fyp

♬ suara asli – TONTON BERITA – TONTON BERITA

Kenapa Sampai Jadi Macam Ni?

Semua ni tercetus bila Sahroni, ahli DPR dari parti NasDem, pernah keluarkan kenyataan angkuh. Masa rakyat bantah cadangan kenaikan elaun ahli parlimen, dia balas dengan panggilan “orang tolol sedunia”. Ayat tu memang buat rakyat terbakar habis, lagi-lagi dalam keadaan kos sara hidup tengah menghimpit.

Rakaman dari media sosial tunjuk suasana macam babak filem aksi. Ada yang angkut tilam keluar rumah, ada yang naik motor sambil bawa helmet Iron Man, sampai kereta mewah Sahroni pun kena hentam sampai pecah. Netizen siap gelar kejadian ni “gabungan PUBG + GTA versi real life”.

Ramai yang anggap apa yang berlaku bukan sekadar ambil barang sesuka hati, tapi tanda kemarahan rakyat terhadap gaya hidup mewah elit politik. Lagi pedih bila result sekolah Sahroni yang tular menunjukkan keputusan sederhana je, buat rakyat tertanya-tanya: macam mana orang macam ni boleh jadi pemimpin?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Sahroni
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  3. 3

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  4. 4

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara